Monday, January 04, 2010

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua...Semoga Tahun 2010 akan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua...Tahun 2009 telah ditinggalkan untuk kita sama-sama koreksi diri,renung kembali dan hisab segala apa yang terjadi...muhasabah segala apa yang telah berlalu...mana yang tidak elok sama-sama kita tinggalkan dan mana-mana yang masih perlu diperbaiki sama-sama kita upgrade di tahun yang baru...Masih belum terlambat lagi untuk kita membina azam baru kerana Tahun 2010 baru sahaja menjengahkan diri dan 2009 baru juga melabuhkan tirainya...Ummu Nuha percaya masing-masing ada azam tersendiri dan wishlists yang ingin disempurnakan...
Azam UmmuNuha untuk tahun yang baru:-

1. Berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik buat hubby Firdaus Mohd Yusoff

2.Menjadi ummi yang terbaik untuk Nuha Aneesa bt Firdaus

3.Bersedia untuk menerima ahli baru dalam keluarga kami...adik Nuha

4.Menambahkan amalan-amalan yang kurang...(Ya Allah Kau ampunilah segala dosaku)

5.Memantapkan lagi perancangan MamiBabyAlley -oh kedaiku

6.kerja mau lagi rajin....

huhuhu...banyak lagi yang terbentang...moga berjaya untuk diriku dan anda semua...

No comments: