Showing posts with label My breastfeeding journey. Show all posts
Showing posts with label My breastfeeding journey. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

KISAH SUSU IBU...KASIH IBU YANG TIDAK TERNILAI

Bulan Ogos sinonim dengan bulan penyusuan susu ibu sedunia. Pelbagai acara dibuat untuk menyambut bulan penyusuan ini oleh pelbagai pihak hospital wajibnya dan tidak ketinggalan juga kumpulan sokongan susu ibu. Pihak televisyen dan radio juga tidak berkecuali…dianjurkan pelbagai rancangan tv dengan menemubual beberapa ahli penel yang arif tentang penyusuan.

Tahun ini bulan penyusuan disambut dengan kontroversi DNA. Banyak pihak tampil ke hadapan memberikan pendapat dan pandangan masing-masing…tidak kurang hebat juga cercaan dan tohmahan yang dilemparkan di media sosial. Aku mengambil sikap untuk berdiam diri tidak mahu mengeluarkan sebarang komen kerana diri sendiri pun tidak menyaksikan rakaman tersebut. Ini bukan kali pertama dalam umur hidupku aku mendengar kisah DNA susu lembu ini yang telah menjadi kontroversi seketika.

 Masih kuiingat lagi sewaktu dalam kelas Islamic Criminal Law di tahun kedua pengajian Sarjana Muda Undang-Undang, pensyarahku ketika itu seorang Assoc Profesor berbangsa Arab melemparkan soalan ke dalam kelas kami yang membuatkan telingaku rabak…soalannya diajukan dalam Bahasa Inggeris pelat kenapa banyak kejadian jenayah sekarang ini..merompak..mencuri…bunuh…Bising bilik kuliahku bilamana pelajar sibuk melontarkan idea masing-masing…namun tiada satupun yang betul. Semua salah!!! Jawapannya ialah kerana ramai orang sekarang minum susu lembu…susu lembu yang menjadi darah daging. Cuba kamu perhatikan tabiat lembu…kamu minum susu lembu kamu ikut perangai dia..ikut perangai binatang…tak dengar cakap ibu bapa…Bayi sekarang tidak minum susu ibu…lahir sahaja diberi susu lembu…ZASSSSSS!!!!! Terasa telingaku terbakar dan hatiku bernanah. Mahu sahaja aku lontarkan kemarahanku..ingin sahaja kujerit…Doktor…saya juga minum susu lembu…saya dibesarkan dengan susu lembu tapi saya tidak berperangai seperti itu….Kerana kata-kata keramat itu aku mula menanamkan azam bahawa anak-anakku nanti akan kususukan dengan susu ibu walau bagaimana keadaan sekalipun kerana aku berpegang dengan kata-kata pensyarahku…

Tahun berganti tahun dan aku mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan dan berkahwin dengan pemuda pilihan hatiku sendiri. Aku menyampaikan hasrat kepada suamiku untuk menyusukan zuriat kami dan Alhamdulillah hasratku disambut baik oleh suamiku. Apabila aku mula mengandungkan zuriat kami yang pertama, aku mula mencari info berkaitan susu ibu. Segala majalah, artikel dan website akan kubaca demi memenuhi cita-cita dan impian kami bahawa anak-anak mesti disusukan dengan susu ibu. Melalui pembacaan ku barulah aku mengetahui bezanya susu ibu, susu formula dan susu lembu.

Suamiku juga bersungguh-sungguh mencari info berkenaan susu ibu. Setiap artikel yang dibaca akan disimpan dan akan ditunjukkan kepadaku apabila kami berjumpa di waktu hujung minggu. Ini kerana aku bertugas di Kuala Terengganu dan suamiku bekerja di Kota Bharu. Kami hanya berjumpa setiap hujung minggu. Alhamdulillah syukur punyai suami yang sangat menyokong. Masih kuiingat lagi laman susuibu.com wajib aku layari setiap hari. Kebetulan pula seorang staf di pejabatku baru sahaja lepas cuti bersalin dan dia sememangya menyusukan anaknya dengan susu ibu. Melalui dia aku belajar banyak perkara mengenai susu ibu. Sungguh…aku amat mengagumi dia. Huda…terima ksih atas inspirasi ini..takkan kulupa sepanjang hayatku.

Banyak kisah suka duka yang aku lalui sepanjang menyusukan anak-anakku. Dari seorang hinggalah ke 5 orang sehingga kini. Masing-masing punyai cerita tersendiri.Namun aku bangga dengan diriku kerana akulah ‘provider’ kepada mereka. Apabila membelai setiap helai rambut mereka sentiasa di hati ini syukur ya Allah..rambut ini tumbuh hasil dari susuku. Setiap jari jemari mereka darah daging mereka jua dari susu ku. Alhamdulillah syukur padamu Ya Rabb.

Masih kuingat lagi di minggu-minggu akhir kehamilanku, keluarga mertua memintaku untuk menjaga anakku kerana anakku ini merupakan cucu sulung. Tambah lagi anakku yang bakal lahir adalah cucu perempuan. Aku termenung berfikir panjang kerana aku telah survey nursery untuk aku letakkan anakku nanti. Mereka memujukku dengan macam-macam cerita yang tidak enak perihal nursery. “Percaya ke orang jaga anak tu”…”tak sama datuk nenek dia jaga dengan orang jaga,”. Suamiku juga memujukku supaya meninggalkan anak bersama keluarganya kerana dia takut aku tidak dapat menguruskan anak sendirian di Kuala Terengganu sedangkan dia di Kota Bharu. Marah juga aku ketika itu kerana memang impianku untuk menyusukan anakku. Sekiranya ditinggalkan di kampung, sah la anakku tidak dapat menyusu sepenuhnya. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya kuakur dengan kehendak suami dan keluarganya untuk bayiku nanti dijaga di kampung dan aku mengambil keputusan untuk BERULANG setiap hari dari Bachok ke Kuala Terengganu. Maka bermulalah episode baru dalam kehidupanku.

Sungguh tidak kunafi banyak rintangan cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui demi sebuah cita-cita untuk menyusukan anak sepenuhnya. Minggu pertama selepas kelahiran lagi aku sudah tewas. Walaaupun ilmu penyusuan sudah tersemat dalam kepala namun gagal juga aku. Minggu pertama pantang (pantang di rumah mertua) anakku sudah  diberi formula lantaran susu yang belum keluar banyak. Tatkala aku sudah bersedia untuk menyusu anakku, mertuaku menghulurkan botol susu yang siap dibancuh. Aku memendam rasa yang amat. Hendak ditolak takut mertua kecil hati. Berulang kali aku mengingatkan suamiku bahawa aku ingin menyusukan anakku dengan susu ibu. NO FORMULA. Aku mula mengepam untuk membuat stok susu namun tidak banyak yang boleh dibuat stok kerana peti rumah mertuaku satu pintu. Mana mungkin stok susu bertahan lama. Ini juga dugaan dan cabaran. Suamiku juga bersungguh hati menerangkan kepada ibunya tentang hasratnya untuk anak kami diberi susu ibu sahaja. Aku membiarkan sahaja suamiku memberitahu ibunya. Soalan yang bermain di pemikiran ibu mertuaku ketika itu cukupkah susu untuk anak nanti. Kekadang suamiku juga memberikan beberapa artikel dari majalah kepada ibunya untuk memahamkan tentang penyusuan susu ibu.

Cabaran penyusuanku tidak berhenti di situ sahaja. Malah ianya makin mencabar apabila aku mula bekerja. Bayangkan seawall 4.00 pagi aku sudah bangun bersiap untuk ke tempat kerja. Aktiviti pagi hariku bermula dengan mengepam susu. Kemudian aku bergegas bersiap kerana suamiku akan menghantarku ke tempat menunggu bas di Pasir Tumbuh. Bas bertolak dari Kota Bharu tepat jam 5.00 pagi dan akan sampai di Pasir Tumbuh lebih kurang 5.12 pagi. Bayangkanlah aku meninggalkan anakku tatkala dia masih lena dibuai mimpi. Beginilah rutin harianku setiap hari. Setiap hari mengusung beg pam lengkap dengan pam spektra beserta icepack tanpa gagal. Kadang aku terlewat juga bangun dan terlepas bas. Bas tidak akan menunggu sama sekali. Kadang-kadang sampai ke Setiu suamkiu mengejar bas. Kadang-kadang kupandu sendiri kereta dari Bachok ke Kuala Terengganu.

Sampai sahaja di pejabatku perkara pertama akan dilakukan adalah mengepam susu. Aku ada geng ibu menyusu. Jadual menyusu kami sama di ofis. Jam 10 pagi, jam 1 tengahari dan jam 4.15 petang. Sambil mengepam sambal kami bercerita macam-macam cerita. Cerita perihal anak. Cerita perihal penyusuan susu ibi. Sungguh kami memang obsessed dengan susu ibu.Memang indah momen itu. Terima kasih Huda, Soleha…you were great friends of mine.

Tepat jam 5.00 petang aku sudah terpacak menunggu bas di hadapan JPJ Kuala Terengganu. Masih kuiingat lagi aku selalu disindir oleh penumpang lelaki yang mengusikku kerana hanya aku seorang yang memikul beg besar sedangkan penumpang yang lain hanya dengan tas tangan sahaja. Namun aku dengan bangga akan menjawab “saya membawa bekal untuk anak saya…rezeki untuk anak saya,”. Bila diberitahu bahawa isi beg adalah susu ibu masing-masing melopong hairan. Pernah aku ditanya kenapa begitu gigih kenapa tidak diberi sahaja susu formula. Namun aku hanya memberikan senyuman sahaja ke pada mereka.

Jam 8.30 malam suamiku sudah sedia menunggu ku di Melor. Biasanya aku sampai di rumah sekitar jam 9 malam. Kadang anakku sudah pun tidur. Kalau rezekiku baik, anakku masih belum tidur. Kalau difikirkan sekali terasa sangat sedih kerana setiap pagi aku turun dari rumah ke tempat kerja anakku masih belum bangun dan pulangku di malam hari kadang anakku sudah tidur. Kadang aku rasa menyeesal kerana anakku tidak dapat kulihat perkembangannya setiap hari. Sampai sahaja di rumah, suamiku akan mengambil beg pamku dan dia akan menguruskan segalanya. Dari membasuh peralatan pam sehinggalah membahagikan susu mengikut keperluan anak setiap hari. Malah suamiku jua akan memastikan bahawa bekalan air soya dan kurma tidak pernah putus dalam peti dan dia juga akan memastikan bahwa aku akan meminum soya atau susu tersebut sebelum tidur. Lantaran kepenatan seharian aku selalunya akan tidur awal kerana jadual harianku akan bermula jam 4 pagi.

Aku pernah ditanya suamiku kenapa aku begitu gigih mengepaam susu dengan keadaanku yang penat bekerja dan penat berulang dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu setiap hari dan inilah jawaapanku’ “ abi…kalau saya memberikan susu tin kepada anak kita maka hubungan saya dengan anak kita hanyalah ibu dan anak semata..tiada keterikatan antara saya dan anak dan saya hanyalah ibu pada nama sahaja. Saya awal pagi sudah bangun ke tempat kerja dan anak masih tidur dan pulang malam pun anak sudahpun tidur. Biarlah susu-susu yang saya tinggalkan dalam peti itu yang menghubungkan saya dengan anak saya. Biarlah dengan susu-susu yang diperah itu menjadi keterikatan saya dengan anak saya…walaupun ianya Nampak biasa bagi setengah orang namun ia punyai kesan emosi bagi saya. Susu yang diperah itulah tanda kasih saya sebagai ibu”

Hasrat hati untuk menyusu penuh tidak kesampaian kerana dalam usia 9 bulan aku terpaksa juga mencampurkan formula. Badanku yang keletihan kerana setiap hari aku terpaksa melalui perjalanan panjang menyebabkan susuku merudum. Puas ku ikhtiar membeli supplement dan sebagainya. Namun kutewas jua akhirnya. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku diberi peluang untuk menyusu anakku selama 9 bulan secara penuh.Namun aku bangga kerana dapat memahamkan ahli keluarga sekelilingku perihal susu ibu malah ibu mertuaku sendiri akan meminta sanak saudaraku yang baru bergelar ibu untuk belajar menyusu denganku...


Inilah cabaran dan dugaanku. Kini dengan lima cahayamata sudah pasti kisah penyusuan susu ibu punyai lima kisah yang berbeza. Akan kuceritakan satu persatu untuk tatapan generasiku suatu hari nanti. Terima kasih Ya Allah.

Monday, November 15, 2010

kenapa susuku merudum sesungguh-sungguhnya

cuaks..cuak sesangat...huhuhuh...semuanya bermula selepas raya puasa itu hari...setelah bercuti lama cuti beraya...tibalah hari kerja...di tempat kerja rutinku macam biasa...menegpam...mengepam n terus mengepam...jam 10 pagi...jam 1 tghr...n last jam 4.30 ptg....on the first day mengepam ebm yg terhasil amatla sikit...namun umi ignore je dulu..arghh mebe sbb kat umah time cuti dulu duk direct Muna je...?(satu peringatanm untuk diri sendiri....klu cuti panjang ngan anak pun don't ever skip pumping yea)...masuk hari kedua still sama...setiap kali perah hanya dpt 2-3 oz...biasanya sekali pump daptla dalm 5-6 oz...uiks...cuak lagi...dan ianya berterusan sehingga seminggu...puas dok pikir...aku ni tak cukup minum air ke...lebih 2 liter sehari aku minum...hmm salah makan ke....dok check2 takda plak...hmm dah cuak yg amat...oleh dek kerana ebm yg diperah dipejabat sikit so banyaklah stok yg terpaksa digunakan..aduss cammana ni....stok day banyak kurang...haaa...time ni kelam kelibut umi mengecall kawan-kawan kaunselor laktasi yg lain...wpun umi ni dah bergelar kaunselor laktasi agak cuak juga bila dah jadi camni...first call farah....dia ckp mebe sbb direct je masa cuti hari tu...hmm dok pikir2 ada betulnya juga...call pulak Linda....tapi masih tak dpt lagi nak cari sebab musababnya...n susu still lagi duk macam tu juga....dan yang peliknya selera makan bertambah-tambah....makan lalu aje...tetiba suatu hari dalam duk terpikir2 kenapa susu semakin sedikit...tertiba terlintas sesuatu...AM I PREGNANT??? pantas kusuarakan perkara tersebut kepada suami...

di rumah umi buat ujian kehamilan sendiri....jawapannya POSITIF....umi nangis terduduk bila melihat 2 line yg timbul n ummi menangis semahu2mahunya.....menangis sebab memikirkan Muna yg masih kecil...masih lagi menyusu...Muna baru sahaja 6 bulan...even umi pun belum lagi bagi Muna makan....keluar shj bilik air umi mendekati abi yg time tu tgh solat...usai sahaja abi memberi salam.."abi...positif,"ummi bagitau abi dgn air mata yg bergenang..."alhamdulillah," abi peluk umi..ummi nangis dalam pelukan abi...ummi menangis bukan kerana tidak menerima orang baru...ummi syukur sangat2 sbb dikurniakan rezeki cahaya mata...orang lain berhempas pulas berusaha...tapi ummi alhamdulillah dimudahkan Allah..

ummi menangis memikirkan nsib baby yg akan lahir nanti..adakah nasibnya sama seperti adik Muna...terkena jaundice yg disebabkan oleh masalah darah ummi...ABO incompatibility...masih teringat lagi susah payah...jerit perih ummi sewaktu adik Muna ditahan di wad...masuk NICU..seterusnya terpaksa Exchange Transfussion...masih terasa lagi di hati ummi ni kehibaan bila mendengar Muna yang menangis dengan kuat apabila darahnya diambil...masih terngiang-ngiang lagi tangisan Muna yang tidak mahu tidur di bawah foto...Muna hanya mahu berkepit dengan ummii...merasa hangatnya tubuh ummi....masih teringat-ingat lagi umi bila mana Muna terpaksa berpuasa sewaktu ET dijalankan...hanya menyonyot puting kosong...tangisan yang bergema...Ya Allah masih terasa perit hati ini.... masih terasa air mata yang mengalir tak henti-henti sewaktu Et dijalankan ke atas Muna...ummi tidak tidur semalaman..menemani Muna di wad NICU...sungguhh...ummi masih terasa semua itu....

Ummi juga sedih mengenangkan Muna yang masih lagi kuat menyusu...dan susu ummi yang makin berkurangan...alhamdulilah Muna boleh makan apabila diberi first solid food...ummi sedih sebab mengenangkan yang susu umi akan lama makin berkurangan kerana kandungan tersebut...kesian Muna...even sehingga hari ini ummi masih lagi mengepam walaupun sakit yg amat....sebab ummi bertekad utk terus menyusukan Muna sehingga ke titisan terakhir...

Ummi banyak bertanya kepada yang pakar...membuat research macamna nak handle this situation...untuk pengetahuan kalian..saat ini setaip kali ummi mengepam hanya akan dapat 1-1.5 oz sekali...n Muna minum 5-6 botol ebm 3oz stiap hari...wpun Muna sudah makan namun dia masih lagi kuat menyusu...ummi harap bila Muna dah start makan dia akan kurang menyusu..nampaknya jangkaan umi meleset sama sekali...stok ebm di dlm fridge memang sudah habis...kerana terpaksa digunakan...ummi sudah pening kepala...nak lebihkan makan Muna...rasa tidak sesuai sebab Muna baru sahaja dapat makan...itupun Muna makan bubur nasi yg diblend 4 kali sehari...but she still needs susu....

Ummi ke klinik untuk mengesahkan kandungan.....yup...alhamdulillah memang ummi pregnant...masa pergi check hari tu kandungan ummi dah cecah 10 minggu...patutlah susu umi merudum sesungguhnya....maknanya ummi dah pregnant sewaktu Muna berumur 4 bulan...ahli keluarga sekeliling sudah bising...untuk umi topup dengan fm...umi masih keraskan hati...sebenarnay ummi pun sgt sedih bila Muna menangis tak cukup susu...ummi call kawan-kawan tanya pendapat...rata2nya suggest utk top up...sebab Muna masih lagi kecil...baru 6 bulan...ummi surf website...kebanyaknnya pregnant bila anak dah berumur setahun lebih...so tak ada masalahla sebab anak dah makan betul...masalahnya Muna baru je 6 bulan....memang niat di hati nak tandem...tapi ntahla....bila melihat Muna hati ni akan menangis hiba...jadual kerja ummi pun jadi kalut...umi terpaksa balik ke rumah setiap hari sewaktu rehat tghri untuk menyusu Muna...perjalanan 30-35 minit..dari KB nak ke Bachok agak jauh juga...namun terpaksalah....

Sekarang ini kandungan ummi dah mencecah 14 minggu...keputusan berat yang terpaksa diambil untuk topup Muna dengan fm...terpaksa...umi aku dengan nasihat seorang kawan..."Huda,jgn ingat kerana kita adalah kaunselor laktasi...kita korbankan anak kerana pendirian kita...she is still young...kecik lagi...nak buat cammna..at least Muna berjaya eksklusif utk 6 bulan...bila tiba keadaan begini terpaksala topup...kesian kat Muna.." dan itulah keputusan yang diambil....

Ya Allah aku cuma berharap dan berdoa kepadaMu tabahkanlah hatiku dalam membesarkan anak-anakku..sesungguhnya aku ingin menyusukan anakku sehingga ke titisan terakhir...bantulah aku Ya Allah....

Friday, July 02, 2010

Stok EBM baru sikit...

huhuh...Rabu ni ummi dah nak masuk kerja..tapi stok EBM masih belum penuh peti..huhu...risau eh ummi...saya masih rsau lagi ni..meninggalkan Muna untuk kembali bekerja setelah 3 bulan bercuti panjang..ehh napa 3 bulan? dah start ke cuti bersalin 3 bulan tu..nopee...huhuhh..saja saya mengambil cuti tanpa gaji sebulan..bukan apa..dengan keadaan Muna yang sangat sensitif membuatkan saya amat ragu2 untuk meninggalkannya...kesan dari Exchange Transfussion hari tu kulit Muna sangat sensitif....sekarang ni the whole body jadi merah-merah, berair..gatal..kesian melihat Muna..akan tetapi keadaan Muna berubah jauh sekali bila berada di dalam suasana ber aircond...tidak lagi menggaru..tidak berair dan kulitnya tidak lagi kemerah-merahan...alamak...adik nak duk dalam aircond ye..huhuhu...hmm ntahlah..dah bermacam-macam krim disapu..semua tak jalan malahan lagi teruk adala...sudahnya skrg ni satu apa pun tak disapu...mandi tak bersabun...saya mandikan Muna dengan air teh...Bedak pun tidak dipakaikan...hanya tepung ubi kayu yang dilumur...alhamdulllah ada perubahan....agaknya Muna allergi chemicals...semalam baru je sampai losyen dan bedak jenama MEI MEI..yg organic punya..hmm harganya boleh tahan...nampak Muna cam ok je...hope so...



hmm..lagi satu yang membimbangkan saya ialah Muna tak nak minum EBM menggunakan botol..even sudu, cawan and syringe pun tak jalan...aduhaiii anak ummi...bikin ummi susah hati sangat-sangat...sebelum ni alhamdulillah..tak ada masalah...Muna mnum EBM melalui botol...cuma hari tu selepas pulang dari Cameron, Muna terus refused bottles...even sudu n cawan..so what to do? sbelum ni saya tinggal Muna seharian sibuk di kedai tidak ada masalah..malah Muna pernah menghabiskan 7 bekas dadih berisi 3oz EBM..means 7 x 3oz = 21 oz....sekarang ni langsung takmau....cawan pun bertukar ganti...sudu pun sama..syringe juga...yang agak menggelikan hati si cinoet Muna ni akan luahkan balik EBM yang dia minum...so skrg ni i got 4 days more to train Muna....kesian kat tokmi...tak duk diam jadinya..hmm..please help me..ada cara lain lagi tak...




Sekarang ni EBM yang terkumpul pun tak banyak..ummi baru kumpul 27 bekas..campur-campur bekas dadih n storage bags...so total EBM yg baru terkumpul is 27 x 3oz : 81 oz..hmm..kena kerja keras lagi ni..lagipun bulan puasa dah tak lama lagi dah...Caiyok.caiyok...Ya Allah permudahkanlah jalan ku ini...ameen

Sunday, July 05, 2009

Sanah helwah Ya Binti...

13 Rejab...genaplah umur cahayaku setahun...masih terbayang-bayang terngiang-ngiang lagi suasana tika ummi melahirkanmu sayang...jerit-perih ummi susah payah ummi melahirkanmu membuatkan ummi insaf akan kejadian tuhan...saat dan tika air mata mengalir lantaran melihat wajahmu mulus persis mutiara ummi kagum akan kebesaran Allah...sesaat mendengar jerit tangismu yang menjengah ke alam maya ini membuatkan ummi terharu..."Abi, anak kita sudah lahir ke dunia...inilah buah hati cinta kita sayang," dapat ummi lihat airmata yang bergenang di kelopak mata abi...air mata kegembiraan yang mengalir dari seorang abi...

"abi...inilah hadiah buat abi...ummi hadiahkan untuk abi untuk kita jaga sama-sama,"

ummi masih ingat lagi sayang...tika sayang masih di dalam icu, ummi bangun menggagahkan diri ummi untuk menjengukmu...ummi bimbang anak ummi lapar...ummi menangis bila bertanya pada abi yang saban waktu menjengahmu di wad sana "abi, anak kita mesti lapar...ummi nak bagi susu ummi...sian kat anak ummi...," tika itulah ummi pengsan yang agak lama...keadaan ummi buat misi dan doktor menjadi kalut..abi dan tok mi kian resah..."Mungkin pesakit depressed doktor..anaknya di icu," ulas misi pada sang doktor....ya, benarlah kata misi itu..ummi bimbangkanmu sayang...ummi sedih sebab tidak dapat menatap wajahmu sepuas hati ummi...tidur ummi malam itu hanyalah bertemankan selimut tanpa sayang di sisi....tidur ummi yang hanya bertemankan bimbang dan resah...

ummi senyum riang tatkala abi menyorong ummi ke bilikmu sayang..."abi,cammana dengan anak kita...menangiskah dia...tidurkah dia...laparkah dia," "tidak ummi...anak kita baik-baik sahaja...anak kita anak yang baik...," abi memujuk ummi...air mata ummi jatuh lagi saat ummi menatap wajahmu di dalam kotak kecil...sedih hati ummi melihat jarum di tangan kecilmu...sakit ye nak...kesian kat anak ummi...ummi menangis bila melihat wajahmu yang kecil comel...bibirmu yang kecil..ummi tidak puas-puas menciummu sayang...pipimu yang tembam membuat hati ummi terhibur....

"misi, boleh saya susukan anak saya," pinta ummi pada misi yang menjagamu...'"silakan...itu yang terbaik baginya,"ummi menangis lagi saat mulut mungilmu mencari-cari susu..ummi menangis dan terus menangis..."anak ummi lapar ye...kesian kat anak ummi...ummi ada ni sayang...," ummi peluk sayang sesungguh hati...Ya Allah kesian anakku....

Segala-galanya masih mekar dalam ingatan ummi...takkan ummi lupa sehingga bila-bila..itulah kenangan hidup ummi yang paling indah...ummi nekad untuk terus menyusukanmu secara eksklusif...biarpun ummi berdepan dengan pelbagai cabaran, masalah dan rintangan namun ummi tetap keras dan berdegil untuk terus menyusukanmu kerna ummi hanya mahu yang terbaik untukmu sayang..."kenapa tak ajar anak minum susu tin...susah nanti nak kerja kalau bagi susu dada je," itulah suara-suara sumbang yang cuba untuk menggagalkan niat ummi untuk terus menyusukanmu...namun hati ummi keras, bulat dan tekad untuk terus menyusukanmu...ummi bercita-cita untuk menyusukanmu sayang sehingga 2 tahun...itulah azam dan tekad ummi...biarlah ummi susah,biarlah ummi payah sekalipun...biarlah ummi terpaksa bangun seawal 3.30 pagi semata-mata untuk mengepam susu...itulah bekalan untukmu sehari nak...biarlah ummi sering ditertawa oleh kawan-kawan yang menaiki satu bas dengan ummi hanya kerna membawa beg yang berat setiap hari....biarlah begitu..hanya ummi sahaja yang tahu itulah beg susu dan pam yang ummi angkut setiap hari..namun tak kurang ada yang kagum dengan semangat ummi...ummi jadikan ia satu perangsang dan dorongan buat ummi...kerana ummi mahu hanya yang terbaik untukmu sayang....

bila melihatmu kini yang sudah boleh bertatih dan sudah mula menutur beberapa patah kata...ummi cukup terhibur...bila sayang sudah boleh memanggil ummi tatkala bangun tidur...ummi rasa bahagia yang amat...ummi gembira bila sayang menangis mencari ummi..ummi gembira bila sayang diam dalam pelukan ummi kerna ummi tahu sayang sememangnya memerlukan ummi

Namun ummi sedih tatkala terpaksa meninggalkanmu seawal jam 5 pagi lantaran mencari sesuap nasi...namun ummi gembira kerana setiap hari sayang menunggu ummi pulang ke rumah walaupun ummi sampai ke rumah jam 8 malam...ummi terharu dengan kesetiaanmu sayang menunggu ummi pulang...sanggup menahan kantuk yang amat....sunyi ummi hilang tatkala melihat senyummu yang menyambut ummi pulang...gelak tawamu menyerikan hidup ummi sayang...


Nuha Aneesa...ummi sayang kamu...ummi berdoa agar anak ummi ini akan menjadi anak yang solehah buat abi dan ummi...menjadi nurkasih untuk abi dan ummi...Nuha Aneesa...sampai kapan pun ummi tetap menyayangimu dan menyintaimu kerna engkaulah ratu hatiku...

satu-satu Nuha sayang Allah
Dua-Dua Nuha sayang Nabi
Tiga-Tiga sayang abi ummi
satu dua tiga sayang semuanya....


Dengarlah sayangku permata hatiku
bicara hati ummimu nan sorang
jadilah anak ummi yang bertakwa
taatilah Allah dan Rasul

Dengarlah sayangku Nuha Aneesa
bicara hati ummimu yang sayang
jadilah anak ummi yang solehah
nurkasih abi dan ummi

Dengarlah sayangku cinta hatiku
bicara hati ummimu nan sorang
jadilah anak ummi yang budiman
berbakti pada yang perlukan.....