Wednesday, December 31, 2008

SELASA, 30 DISEMBER 2008, HARIAN METRO, P A32

Kaku aku bila membelek Harian Metro halaman 32
Lantas air mata mengalir tanpa dipinta
setitis demi setitis
lalu membasahi helaian di tangan
kejam engkau zionis
bangsat engkau Yahudi
Gila engkau Israel
Lima saudara kaku di perbaringan
darah merah pekat mewarnai kain putih yang terbalut
di tubuhmu yang mulus
YA Allah betapa halusnya sang kanak-kanak berlima
Menjadi mangsa bedilan Israel yang gila
tujahan bom-bom yang ganas
Ya Allah syurgalah untuk mu nak
air mata ku makin laju
bila tertancap halaman seterusnya
merah darah membasahi muka si kanak-kanak kerdil
sambil diusap saudara yang entah siapa
kaku di atas dukungan
hati ku meraung pedih
sekali lagi
kejam engkau zionis
bangsat engkau Yahudi
Gila engkau Israel
Hei Mesir
bongkaknya engkau
membiar saudara seagamamu dilenyek ganas
dilunyai dimamah
bedilan-bedilan manusia gila yang rakus
tidak kesiankah engkau
melihat anak-anak kecil meraung kesakitan
meratap hiba pada sebuah kehilangan
tidak simpatikah engkau
pada sang tua yang ditembak setiap masa
bukalah pintumu wahai sang mesir
biarkan wargamu membantu saudara
bukalah sempadanmu
atau engkau kugelar sekutu zionis jahanam...

Tuesday, December 23, 2008

Hijrahku...


"ibu, hari ni kan Oja belajar pasal aurat kat sekolah agama..tapi kan ibu Oja tak faham sangat..nanti ibu ajarkan Oja boleh..Ustaz cakap Oja dah kena pakai tudung..jilbab...ibu, tudung tu apa bu...jilbab tu apa bu?" aku terkedu mendengar patah pertanyaan yang keluar dari mulut anak kecilku. Tangannya ligat bercerita sambil meletakkan beg Sponge Bob yang berisi buku sekolah. Oja baru sahaja pulang dari sekolah petangnya. Terdiam aku seketika."Ibu, boleh tak?" Oja mengulangi pertanyaannya sambil memegang tanganku."Erm...ok boleh nanti ibu ajarkan.Tapi Oja janji dengan ibu tukar baju dulu kemudian mandi dan makan.Ibu dah siapkan pasta untuk Oja. Ada bawah saji ya,"aku senyum pada anak tunggal kesayanganku yang baru menginjak usia 7 tahun. Oja berlari keriangan menuju ke biliknya sambil menyanyi kecil lagu yang baru kudengar dari bibir mungilnya hari ini .."sepohon kayu daunnya rendang..lebat buahnya.."

Aku termenung seketika mengenangkan permintaan anak kecil itu. Maafkan ibu Oja..Ibu tidak dapat mengajarmu..Hati kecilku berbisik penuh kekesalan. Lantas titisan air mata mula membasahi pipiku. Tudung?Aurat? sudah berzaman aku tinggalkan.Bukannya ibu tak mengerti akan permintaanmu Oja. Ibu tak terdaya Oja untuk memahamkanmu.

******

Jam sudah pun menujukkan 10 malam..Arghh kejap lagi sampailah Borhan tu..getus hati kecilku. Aku masih lagi bermalas-malasan di atas tilam empuk yang baru kubeli 2 minggu yang lalu.Tok..tok..tok.."assalamualaikum ibu...boleh Oja masuk," kelihatan kepala Oja yang dijengul di sebalik pintu. "Hmm..ok," aku bangun dari katilku menuju ke almari bajuku. Sehelai blaus sendat tanpa lengan berwarna maroon dan sehelai skirt pendek aku keluarkan dari almari dan aku letakkan di sisi Oja yang baru sahaja mencecahkan punggungnya di atas katilku. Di celah jari-jari halusnya terkepit sebuah buku cerita Si Tanggang yang baru aku belikan semalam. "Ibu, dah nak gi kerja ya. Nanti ibu balik pukul berapa. Nanti ibu belikan Oja coklat ye. Oja dah janji dengan Ain kat sekolah. Nak makan sama-sama," "Hmm..ok nanti ibu belikan. Ibu tak tau lagi balik jam berapa. Tapi kejap lagi Makcik Tina sampai temankan Oja. Jangan nakal-nakal ye. Buku tu Oja habiskan. Nanti ibu belikan yang baru. Oja keluar dulu ya. Ibu nak bersiap. Kejap lagi Uncle Borhan nak sampai. Nanti Ibu kena marah kalau lambat," kataku sambil aku mula mencalit foundation ke mukaku. "Ok..Ibu, tadi petang Ibu janji nak ajar Oja pasal aurat. Bila Ibu nak ajar," Oja memandang tepat ke arahku yang mula mengenakan lipstik di bibirku. "Laa..kan Ibu nak gi kerja ni. Nanti Ibu ajarlah. Ibu kan dah lambat ni. Oja tak nampak ke Ibu kan tengah siap nak gi kerja ni," aku meninggikan suaraku tanpa menghiraukan Oja yang sedikit terkejut. Oja bangun lalu keluar dari bilikku tanpa sepatah kata. Aku tidak menghiraukan Oja lantas terus mengenakan skirt pendek separas lutut dan balus tanpa lengan ke tubuhku. Aku segera berkemas mengenangkan Borhan yang akan tiba bila-bila sahaja. Tiba -tiba telefon Samsungku berdering dan aku mengerti bahawa Borhan sedang menungguku di luar rumah. Setelah menyemburkan haruman CK kegemaran ketubuhku, aku bergegas menuju ke pintu utama. Kedengaran suara Oja yang sedang membaca buku ceritanya sambil berselang seli suara Makcik Tina. Hmm...Makcik Tina dah sampai rupanya..getus hatiku.

******

Kereta yang aku naiki bersama Borhan telah pun tiba ke destinasi. Kelihatan pengunjung mula memenuhi Modesto Bangsar.Masing-masing berkepit dengan pasangan."ok Borhan. Aku masuk dulu.Dah lambat. Nanti bos aku marah. So jumpa nanti ye,"aku menutup pintu Honda City kepunyaan Borhan lalu bergegas masuk ke kelab malam yang agak terkenal di Kota Metropolitan ini. "Hai David..Aku kena kat mana malam ni?" aku menyapa bosku yang berambut kemerahan. Suasana semakin sesak dan lagu semakin rancak dimainkan.Kepalaku terhingguk mengikut rentak lagu yang semakin rancak. Kelihatan anak-anak muda menari bersama pasangan masing-masing."Ida, you kena entertain meja 11. So do your work . Lagi satu Ida. Ada VIP. So kerja elok-elok," David mengingatkanku. "Ok David. Macamla you tak kenal I. I kan GRO yang paling berpengalaman kat sini. So, don't worry ok," aku menepuk bahu David sambil membetul-betulkan skitku. Aku mula menghayun langkah menuju ke meja 11. Langkah ku atur cukup hati-hati dan wajahku tak lekang dengan senyuman yang aku hadiahkan kepada pengunjung-pengunjung yang biasa menghuni kelab ini. "Hai Ida..hot la you malam ni...so sexy," sapa seorang lelaki yang sudah berumur lingkungan 40 an. Aku mengenali lelaki ini. Seorang Dato' yang tidak puas - puas mengejar perempuan seksi untuk menemaninya saban malam. Aku kesiankan isterinya yang setia menunggu di rumah. "Mestilah Dato'. Inikan kerja I," aku membuahkan senyuman menggoda kepada Dato' yang miang itu.

Dari kejauhan kulihat seorang lelaki yang amat tampan sedang termenung merenung gelas minumannya. Meja 11..Itulah tempat tugasku malam ni."Excuse me..I'm Ida..You?"Aku melabuhkan punggungku rapat ke sebelah lelaki tersebut. Aku menghulurkan gelas minuman ke arahnya. Tanganku segera memaut bahunya. Diam.Lelaki itu diam menyepi.Tanpa sepatah kata."hmm...aku Imran," hanya itu yang keluar dari mulutnya.Tangannya menyambut gelas minuman yang aku hulurkan. "So..youla Ida ya...you ni cantiklah..temankan I malam ni ya," lelaki itu berbasa-basi tanpa memandang wajahku.

****
Nanti sambung lagi...tetiba jer idea kering...huhuhuhu

Sunday, December 21, 2008

...Apa Yang Kamu Rasa...

suatu hari tetiba je rasa cam malas nak cakap ngan org sekeliling
berpatah yang ditanya
hanya sepatah yang dijawab
oh...
apakah itu
dan tetiba je rasa cam nak duk sorang2 jer
jauh dari orang
so takyah nak pikir apa orang lain kata
nak duk kat tempat yang takde org
ohhh..apakah
aku kelemasan jiwa

Sunday, December 14, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam aidil adha... terkenang sirah dan sejarah yang terpahat...pengorbanan Si Ismail dan Ibrahim tatkala diseru Yang Maha Agung...terasa kerdilnya diri...Rayaku kali ini di rumah abi... terkenang aku pada suasana raya di rumah sendiri...kecoh dan gamat telatah adik2ku yang sebelas...raya di rumah abi agak sunyi...n suasana korban tak terasa sangat..tahun ni aku tak korban sebab buat akikah nuha pada raya kedua..walaupun undangan tidak lah ramai memadai saudara mara namun cukup untuk membuatkan aku terjelepuk keletihan...tapi puas hati sebab ramai yang puji menu kuah roti jala amat menyelerakan...kuzi kambing...thanks to my bro in law "Achik" yang memang pakar dalam masakan nie..huhuhu...penat

Sunday, December 07, 2008

Resepi Nuha Hari Ini

  • Nasi
  • Bilis sikit
  • Carrot
  • sawi
  • Kurma
then blend....hmm..marvellous la ummi..

Hmm..hari ni ummi nak gi pasar..cari buah pir sikit..nak buat puri pir untuk Nuha...seronok Ummi tengok Nuha makan..moga Nuha membesar dengan sihat n jadi anak solehah untuk Ummi n abi

Weaning session to My Little Nuha

Hasil bacaanku n also some researches that have been done (banyak dapt info kat MamaMiya punya page...tq kak..you helped me a lot..walaupun kita mungkin tidak mengenali di alam realiti namun alam maya ini cukup untuk membuahkan sebuah ikatan persaudaraan) aku dapati Nuha dah menunjukkan tanda-tanda nak makan...wpun umur Nuha lagi seminggu nak cecah 5 bulan...aku baru je set in my mind to give Nuha solid food time dia da masuk 5mo++... WHO recommended that the baby should be introduced with solid food at age 6mo since masa tu perut baby dah stabil...i've done some tests to Nuha..saja nak tengok whether Nuha da bley makan...n i ikut sebijik test yang cam Mama Miya buat...hikhik..thanks ye kak..for the panduan...n hasilnya mmg sahla anak aku dah nak makan...n now i got a new task to do which is to prepare food for my doter...First time aku masak bubur kat Nuha..campur isi ikan ckit n some carrots..pastu blend and tambah kurma ckit bagi ada rasa...n hasilnya Nuha makan kaw2...aku just suap 3ts bubur je...tapi Nuha ngamuk tak cukup...uiksss...sabau jela anak aku ni....tapi takut jugak.am i too early giving solid food to my baby...konpius....

anak @ suami...konpius..


hikhikhik..semalam my hubby bising..ummi ni sejak ada nuha dah tak hiraukan abi..suma nuha..itu nuha...ini nuha...klu gi supermarket mesti gi kat barangan babyy dulu pastu baru gi kat tempat lain...hikhik...abi..am I?ntahla..sejak dah ada baby..my mind always on her..maybe my hubby ada kecik hati..tapi sikit je abi kan...heheh..ummi pun tatau napa jadi camtu..semalam abi perli ummi lagi.."ni kita akan lalu depan butik Anakku...ada apa-apa yang terdetik di hati ker.." huhuhuu "abi perli ummi eh..hikhik" aku gelak jer sebab da tau even ayat yang kuar dari mulut my hubby bunyinya kedengaran agak ikhlas tapi nada yang dilagukan quite mengkonpiuskan...adakah org lain sama cam aku...hmm..ummi minta maaf ye bi..klu abi ada terasa ngan ummi.. i've tried my best and always trying to be a good cayang for you and also a good ummi to nuha..To my little Nuha...melihat dirimu membesar di hadapan mata Ummi membuatkan ummi menghargai hidup ummi...

Monday, November 17, 2008

Hari Yang Memenatkan...


semalam adalah hari yg amat memenatkan...dahla bas dtg lambat...naik pulak bas buruk...loya tekak semua bercampur baur...aku cuba pejamkan mata untuk tidur...lambat lagi nak sampai...di mataku terbayang keletah Nuha...Ummi tak sabar nak jumpa Nuha...Nuha..ummi sayang kamu...terharu sgt bila sampai umah kul 8.30 mlm Nuha masih belum tidur walaupun matanya terbayang kantuk yang amat sangat...akhirnya Nuha lena di pangkuan Ummi...I Luv U Cayang...

Sunday, November 16, 2008

I'm Back

huhuhu..i'm back..back from what?...yup..dulu aku punya blog tapi sekian lama menyepi..lantaran kesibukan waktu...namun keinginanku untuk kembali menulis membuatkan aku terpaksa menapak dari awal semula...dengan satu azam yang baru...mudah-mudahan usahaku ini diberkati..ameen....