Monday, August 24, 2009

.::Ramadhan Kareem::.

salam untuk semua...rasanya masih belum terlewat lagi untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertamu di bulan yang penuh keberkatan ini untuk kesekian kalinya...semoga luang dan ruang yang ada dapat diisi sepenuhnya...

Kedatangan Ramadhan kali ini amat bermakna buat kami sekeluarga...alhamdulillah aku telah dapat bertukar tempat kerja...pulang ke kampung halaman sendiri walaupun aku tahu hanya untuk sekejap cuma lantaran tuntutan tugasku secara 'nature'nya memang begitu iaitu tidak berlama-lama di suatu tempat...namun aku akur pada tuntutan sebegitu....Biarpun ianya hanya untuk sekejap cuma namun cukup untuk aku melepaskan lelahku yang bangun seawal 4 pagi setiap hari ketika aku berulang ke Kuala Terengganu..skrg ini aku tidak lagi berpenat lelah setiap hari mengejar bas dan suamiku kini boleh lena seamannya kerana tidak lagi perlu menghantar aku setiap pagi...kesian suamiku...

Dan sungguh aku teruja yang amat...dapat menatap wajah si comel Nuha sepuas hati...kini aku boleh bermain dengan Nuha setiap petang pulang dari kerja..bawa Nuha jalan-jalan...dan aku amat suka berjalan-jalan dengan Nuha...Nuha tak mahu dipimpin..mahu jalan sorang-sorang...Sungguh aku amat gembira...badanku tidak lagi penat-penat seperti dahulu....masaku kini banyak dengan famili...aku makin galak bercerita dengan suamiku sambil mengusik Nuha...Alhamdulillah..inilah Ramadhan yang amat membahagiakan aku....

Aku di tempat baru tiada ketara sangat perubahannya melainkan orang-orang di sekelilingku...nature kerjaku tetap sama....mendengar kes-kes yang sama....menandatangani dokumen-dokumen yang sama...namun aku tidak kisah...asal aku bahagia....asal aku dapat bersama dengan keluargaku...biarpun aku tidak tahu ianya untuk berapa lama kerana aku tahu aku tidak kekal selamanya di sini....

Salam Ramadhan untuk semua....