Bulan Ogos sinonim dengan bulan
penyusuan susu ibu sedunia. Pelbagai acara dibuat untuk menyambut bulan
penyusuan ini oleh pelbagai pihak hospital wajibnya dan tidak ketinggalan juga
kumpulan sokongan susu ibu. Pihak televisyen dan radio juga tidak berkecuali…dianjurkan
pelbagai rancangan tv dengan menemubual beberapa ahli penel yang arif tentang
penyusuan.
Tahun ini bulan penyusuan disambut
dengan kontroversi DNA. Banyak pihak tampil ke hadapan memberikan pendapat dan
pandangan masing-masing…tidak kurang hebat juga cercaan dan tohmahan yang
dilemparkan di media sosial. Aku mengambil sikap untuk berdiam diri tidak mahu
mengeluarkan sebarang komen kerana diri sendiri pun tidak menyaksikan rakaman
tersebut. Ini bukan kali pertama dalam umur hidupku aku mendengar kisah DNA
susu lembu ini yang telah menjadi kontroversi seketika.
Masih kuiingat lagi sewaktu dalam kelas
Islamic Criminal Law di tahun kedua pengajian Sarjana Muda Undang-Undang,
pensyarahku ketika itu seorang Assoc Profesor berbangsa Arab melemparkan soalan
ke dalam kelas kami yang membuatkan telingaku rabak…soalannya diajukan dalam
Bahasa Inggeris pelat kenapa banyak kejadian jenayah sekarang
ini..merompak..mencuri…bunuh…Bising bilik kuliahku bilamana pelajar sibuk
melontarkan idea masing-masing…namun tiada satupun yang betul. Semua salah!!!
Jawapannya ialah kerana ramai orang sekarang minum susu lembu…susu lembu yang
menjadi darah daging. Cuba kamu perhatikan tabiat lembu…kamu minum susu lembu
kamu ikut perangai dia..ikut perangai binatang…tak dengar cakap ibu bapa…Bayi
sekarang tidak minum susu ibu…lahir sahaja diberi susu lembu…ZASSSSSS!!!!!
Terasa telingaku terbakar dan hatiku bernanah. Mahu sahaja aku lontarkan
kemarahanku..ingin sahaja kujerit…Doktor…saya juga minum susu lembu…saya dibesarkan
dengan susu lembu tapi saya tidak berperangai seperti itu….Kerana kata-kata
keramat itu aku mula menanamkan azam bahawa anak-anakku nanti akan kususukan
dengan susu ibu walau bagaimana keadaan sekalipun kerana aku berpegang dengan
kata-kata pensyarahku…
Tahun berganti tahun dan aku mula
melangkahkan kaki ke alam pekerjaan dan berkahwin dengan pemuda pilihan hatiku
sendiri. Aku menyampaikan hasrat kepada suamiku untuk menyusukan zuriat kami
dan Alhamdulillah hasratku disambut baik oleh suamiku. Apabila aku mula
mengandungkan zuriat kami yang pertama, aku mula mencari info berkaitan susu
ibu. Segala majalah, artikel dan website akan kubaca demi memenuhi cita-cita
dan impian kami bahawa anak-anak mesti disusukan dengan susu ibu. Melalui
pembacaan ku barulah aku mengetahui bezanya susu ibu, susu formula dan susu
lembu.
Suamiku juga bersungguh-sungguh mencari info
berkenaan susu ibu. Setiap artikel yang dibaca akan disimpan dan akan
ditunjukkan kepadaku apabila kami berjumpa di waktu hujung minggu. Ini kerana
aku bertugas di Kuala Terengganu dan suamiku bekerja di Kota Bharu. Kami hanya
berjumpa setiap hujung minggu. Alhamdulillah syukur punyai suami yang sangat
menyokong. Masih kuiingat lagi laman susuibu.com wajib aku layari setiap hari.
Kebetulan pula seorang staf di pejabatku baru sahaja lepas cuti bersalin dan
dia sememangya menyusukan anaknya dengan susu ibu. Melalui dia aku belajar
banyak perkara mengenai susu ibu. Sungguh…aku amat mengagumi dia. Huda…terima
ksih atas inspirasi ini..takkan kulupa sepanjang hayatku.
Banyak kisah suka duka yang aku lalui
sepanjang menyusukan anak-anakku. Dari seorang hinggalah ke 5 orang sehingga
kini. Masing-masing punyai cerita tersendiri.Namun aku bangga dengan diriku
kerana akulah ‘provider’ kepada mereka. Apabila membelai setiap helai rambut
mereka sentiasa di hati ini syukur ya Allah..rambut ini tumbuh hasil dari
susuku. Setiap jari jemari mereka darah daging mereka jua dari susu ku.
Alhamdulillah syukur padamu Ya Rabb.
Masih kuingat lagi di minggu-minggu
akhir kehamilanku, keluarga mertua memintaku untuk menjaga anakku kerana anakku
ini merupakan cucu sulung. Tambah lagi anakku yang bakal lahir adalah cucu
perempuan. Aku termenung berfikir panjang kerana aku telah survey nursery untuk
aku letakkan anakku nanti. Mereka memujukku dengan macam-macam cerita yang
tidak enak perihal nursery. “Percaya ke orang jaga anak tu”…”tak sama datuk
nenek dia jaga dengan orang jaga,”. Suamiku juga memujukku supaya meninggalkan
anak bersama keluarganya kerana dia takut aku tidak dapat menguruskan anak
sendirian di Kuala Terengganu sedangkan dia di Kota Bharu. Marah juga aku
ketika itu kerana memang impianku untuk menyusukan anakku. Sekiranya
ditinggalkan di kampung, sah la anakku tidak dapat menyusu sepenuhnya. Setelah
melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya kuakur dengan kehendak suami dan
keluarganya untuk bayiku nanti dijaga di kampung dan aku mengambil keputusan
untuk BERULANG setiap hari dari Bachok ke Kuala Terengganu. Maka bermulalah
episode baru dalam kehidupanku.
Sungguh tidak kunafi banyak rintangan
cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui demi sebuah cita-cita untuk
menyusukan anak sepenuhnya. Minggu pertama selepas kelahiran lagi aku sudah
tewas. Walaaupun ilmu penyusuan sudah tersemat dalam kepala namun gagal juga aku.
Minggu pertama pantang (pantang di rumah mertua) anakku sudah diberi formula lantaran susu yang belum keluar
banyak. Tatkala aku sudah bersedia untuk menyusu anakku, mertuaku menghulurkan
botol susu yang siap dibancuh. Aku memendam rasa yang amat. Hendak ditolak
takut mertua kecil hati. Berulang kali aku mengingatkan suamiku bahawa aku
ingin menyusukan anakku dengan susu ibu. NO FORMULA. Aku mula mengepam untuk
membuat stok susu namun tidak banyak yang boleh dibuat stok kerana peti rumah
mertuaku satu pintu. Mana mungkin stok susu bertahan lama. Ini juga dugaan dan
cabaran. Suamiku juga bersungguh hati menerangkan kepada ibunya tentang
hasratnya untuk anak kami diberi susu ibu sahaja. Aku membiarkan sahaja suamiku
memberitahu ibunya. Soalan yang bermain di pemikiran ibu mertuaku ketika itu
cukupkah susu untuk anak nanti. Kekadang suamiku juga memberikan beberapa
artikel dari majalah kepada ibunya untuk memahamkan tentang penyusuan susu ibu.
Cabaran penyusuanku tidak berhenti di
situ sahaja. Malah ianya makin mencabar apabila aku mula bekerja. Bayangkan seawall
4.00 pagi aku sudah bangun bersiap untuk ke tempat kerja. Aktiviti pagi hariku
bermula dengan mengepam susu. Kemudian aku bergegas bersiap kerana suamiku akan
menghantarku ke tempat menunggu bas di Pasir Tumbuh. Bas bertolak dari Kota
Bharu tepat jam 5.00 pagi dan akan sampai di Pasir Tumbuh lebih kurang 5.12
pagi. Bayangkanlah aku meninggalkan anakku tatkala dia masih lena dibuai mimpi.
Beginilah rutin harianku setiap hari. Setiap hari mengusung beg pam lengkap
dengan pam spektra beserta icepack tanpa gagal. Kadang aku terlewat juga bangun
dan terlepas bas. Bas tidak akan menunggu sama sekali. Kadang-kadang sampai ke
Setiu suamkiu mengejar bas. Kadang-kadang kupandu sendiri kereta dari Bachok ke
Kuala Terengganu.
Sampai sahaja di pejabatku perkara
pertama akan dilakukan adalah mengepam susu. Aku ada geng ibu menyusu. Jadual
menyusu kami sama di ofis. Jam 10 pagi, jam 1 tengahari dan jam 4.15 petang.
Sambil mengepam sambal kami bercerita macam-macam cerita. Cerita perihal anak.
Cerita perihal penyusuan susu ibi. Sungguh kami memang obsessed dengan susu
ibu.Memang indah momen itu. Terima kasih Huda, Soleha…you were great friends of
mine.
Tepat jam 5.00 petang aku sudah terpacak
menunggu bas di hadapan JPJ Kuala Terengganu. Masih kuiingat lagi aku selalu
disindir oleh penumpang lelaki yang mengusikku kerana hanya aku seorang yang
memikul beg besar sedangkan penumpang yang lain hanya dengan tas tangan sahaja.
Namun aku dengan bangga akan menjawab “saya membawa bekal untuk anak saya…rezeki
untuk anak saya,”. Bila diberitahu bahawa isi beg adalah susu ibu masing-masing
melopong hairan. Pernah aku ditanya kenapa begitu gigih kenapa tidak diberi
sahaja susu formula. Namun aku hanya memberikan senyuman sahaja ke pada mereka.
Jam 8.30 malam suamiku sudah sedia
menunggu ku di Melor. Biasanya aku sampai di rumah sekitar jam 9 malam. Kadang
anakku sudah pun tidur. Kalau rezekiku baik, anakku masih belum tidur. Kalau difikirkan
sekali terasa sangat sedih kerana setiap pagi aku turun dari rumah ke tempat
kerja anakku masih belum bangun dan pulangku di malam hari kadang anakku sudah
tidur. Kadang aku rasa menyeesal kerana anakku tidak dapat kulihat
perkembangannya setiap hari. Sampai sahaja di rumah, suamiku akan mengambil beg
pamku dan dia akan menguruskan segalanya. Dari membasuh peralatan pam
sehinggalah membahagikan susu mengikut keperluan anak setiap hari. Malah
suamiku jua akan memastikan bahawa bekalan air soya dan kurma tidak pernah
putus dalam peti dan dia juga akan memastikan bahwa aku akan meminum soya atau
susu tersebut sebelum tidur. Lantaran kepenatan seharian aku selalunya akan
tidur awal kerana jadual harianku akan bermula jam 4 pagi.
Aku pernah ditanya suamiku kenapa aku
begitu gigih mengepaam susu dengan keadaanku yang penat bekerja dan penat
berulang dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu setiap hari dan inilah jawaapanku’
“ abi…kalau saya memberikan susu tin
kepada anak kita maka hubungan saya dengan anak kita hanyalah ibu dan anak
semata..tiada keterikatan antara saya dan anak dan saya hanyalah ibu pada nama
sahaja. Saya awal pagi sudah bangun ke tempat kerja dan anak masih tidur dan
pulang malam pun anak sudahpun tidur. Biarlah susu-susu yang saya tinggalkan
dalam peti itu yang menghubungkan saya dengan anak saya. Biarlah dengan
susu-susu yang diperah itu menjadi keterikatan saya dengan anak saya…walaupun
ianya Nampak biasa bagi setengah orang namun ia punyai kesan emosi bagi saya.
Susu yang diperah itulah tanda kasih saya sebagai ibu”
Hasrat hati untuk menyusu penuh tidak
kesampaian kerana dalam usia 9 bulan aku terpaksa juga mencampurkan formula.
Badanku yang keletihan kerana setiap hari aku terpaksa melalui perjalanan
panjang menyebabkan susuku merudum. Puas ku ikhtiar membeli supplement dan
sebagainya. Namun kutewas jua akhirnya. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur
ke hadrat Ilahi kerana aku diberi peluang untuk menyusu anakku selama 9 bulan secara
penuh.Namun aku bangga kerana dapat memahamkan ahli keluarga sekelilingku perihal susu ibu malah ibu mertuaku sendiri akan meminta sanak saudaraku yang baru bergelar ibu untuk belajar menyusu denganku...
Inilah cabaran dan dugaanku. Kini dengan
lima cahayamata sudah pasti kisah penyusuan susu ibu punyai lima kisah yang
berbeza. Akan kuceritakan satu persatu untuk tatapan generasiku suatu hari
nanti. Terima kasih Ya Allah.
No comments:
Post a Comment