Showing posts with label Kisah Nuha. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nuha. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

KISAH SUSU IBU...KASIH IBU YANG TIDAK TERNILAI

Bulan Ogos sinonim dengan bulan penyusuan susu ibu sedunia. Pelbagai acara dibuat untuk menyambut bulan penyusuan ini oleh pelbagai pihak hospital wajibnya dan tidak ketinggalan juga kumpulan sokongan susu ibu. Pihak televisyen dan radio juga tidak berkecuali…dianjurkan pelbagai rancangan tv dengan menemubual beberapa ahli penel yang arif tentang penyusuan.

Tahun ini bulan penyusuan disambut dengan kontroversi DNA. Banyak pihak tampil ke hadapan memberikan pendapat dan pandangan masing-masing…tidak kurang hebat juga cercaan dan tohmahan yang dilemparkan di media sosial. Aku mengambil sikap untuk berdiam diri tidak mahu mengeluarkan sebarang komen kerana diri sendiri pun tidak menyaksikan rakaman tersebut. Ini bukan kali pertama dalam umur hidupku aku mendengar kisah DNA susu lembu ini yang telah menjadi kontroversi seketika.

 Masih kuiingat lagi sewaktu dalam kelas Islamic Criminal Law di tahun kedua pengajian Sarjana Muda Undang-Undang, pensyarahku ketika itu seorang Assoc Profesor berbangsa Arab melemparkan soalan ke dalam kelas kami yang membuatkan telingaku rabak…soalannya diajukan dalam Bahasa Inggeris pelat kenapa banyak kejadian jenayah sekarang ini..merompak..mencuri…bunuh…Bising bilik kuliahku bilamana pelajar sibuk melontarkan idea masing-masing…namun tiada satupun yang betul. Semua salah!!! Jawapannya ialah kerana ramai orang sekarang minum susu lembu…susu lembu yang menjadi darah daging. Cuba kamu perhatikan tabiat lembu…kamu minum susu lembu kamu ikut perangai dia..ikut perangai binatang…tak dengar cakap ibu bapa…Bayi sekarang tidak minum susu ibu…lahir sahaja diberi susu lembu…ZASSSSSS!!!!! Terasa telingaku terbakar dan hatiku bernanah. Mahu sahaja aku lontarkan kemarahanku..ingin sahaja kujerit…Doktor…saya juga minum susu lembu…saya dibesarkan dengan susu lembu tapi saya tidak berperangai seperti itu….Kerana kata-kata keramat itu aku mula menanamkan azam bahawa anak-anakku nanti akan kususukan dengan susu ibu walau bagaimana keadaan sekalipun kerana aku berpegang dengan kata-kata pensyarahku…

Tahun berganti tahun dan aku mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan dan berkahwin dengan pemuda pilihan hatiku sendiri. Aku menyampaikan hasrat kepada suamiku untuk menyusukan zuriat kami dan Alhamdulillah hasratku disambut baik oleh suamiku. Apabila aku mula mengandungkan zuriat kami yang pertama, aku mula mencari info berkaitan susu ibu. Segala majalah, artikel dan website akan kubaca demi memenuhi cita-cita dan impian kami bahawa anak-anak mesti disusukan dengan susu ibu. Melalui pembacaan ku barulah aku mengetahui bezanya susu ibu, susu formula dan susu lembu.

Suamiku juga bersungguh-sungguh mencari info berkenaan susu ibu. Setiap artikel yang dibaca akan disimpan dan akan ditunjukkan kepadaku apabila kami berjumpa di waktu hujung minggu. Ini kerana aku bertugas di Kuala Terengganu dan suamiku bekerja di Kota Bharu. Kami hanya berjumpa setiap hujung minggu. Alhamdulillah syukur punyai suami yang sangat menyokong. Masih kuiingat lagi laman susuibu.com wajib aku layari setiap hari. Kebetulan pula seorang staf di pejabatku baru sahaja lepas cuti bersalin dan dia sememangya menyusukan anaknya dengan susu ibu. Melalui dia aku belajar banyak perkara mengenai susu ibu. Sungguh…aku amat mengagumi dia. Huda…terima ksih atas inspirasi ini..takkan kulupa sepanjang hayatku.

Banyak kisah suka duka yang aku lalui sepanjang menyusukan anak-anakku. Dari seorang hinggalah ke 5 orang sehingga kini. Masing-masing punyai cerita tersendiri.Namun aku bangga dengan diriku kerana akulah ‘provider’ kepada mereka. Apabila membelai setiap helai rambut mereka sentiasa di hati ini syukur ya Allah..rambut ini tumbuh hasil dari susuku. Setiap jari jemari mereka darah daging mereka jua dari susu ku. Alhamdulillah syukur padamu Ya Rabb.

Masih kuingat lagi di minggu-minggu akhir kehamilanku, keluarga mertua memintaku untuk menjaga anakku kerana anakku ini merupakan cucu sulung. Tambah lagi anakku yang bakal lahir adalah cucu perempuan. Aku termenung berfikir panjang kerana aku telah survey nursery untuk aku letakkan anakku nanti. Mereka memujukku dengan macam-macam cerita yang tidak enak perihal nursery. “Percaya ke orang jaga anak tu”…”tak sama datuk nenek dia jaga dengan orang jaga,”. Suamiku juga memujukku supaya meninggalkan anak bersama keluarganya kerana dia takut aku tidak dapat menguruskan anak sendirian di Kuala Terengganu sedangkan dia di Kota Bharu. Marah juga aku ketika itu kerana memang impianku untuk menyusukan anakku. Sekiranya ditinggalkan di kampung, sah la anakku tidak dapat menyusu sepenuhnya. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya kuakur dengan kehendak suami dan keluarganya untuk bayiku nanti dijaga di kampung dan aku mengambil keputusan untuk BERULANG setiap hari dari Bachok ke Kuala Terengganu. Maka bermulalah episode baru dalam kehidupanku.

Sungguh tidak kunafi banyak rintangan cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui demi sebuah cita-cita untuk menyusukan anak sepenuhnya. Minggu pertama selepas kelahiran lagi aku sudah tewas. Walaaupun ilmu penyusuan sudah tersemat dalam kepala namun gagal juga aku. Minggu pertama pantang (pantang di rumah mertua) anakku sudah  diberi formula lantaran susu yang belum keluar banyak. Tatkala aku sudah bersedia untuk menyusu anakku, mertuaku menghulurkan botol susu yang siap dibancuh. Aku memendam rasa yang amat. Hendak ditolak takut mertua kecil hati. Berulang kali aku mengingatkan suamiku bahawa aku ingin menyusukan anakku dengan susu ibu. NO FORMULA. Aku mula mengepam untuk membuat stok susu namun tidak banyak yang boleh dibuat stok kerana peti rumah mertuaku satu pintu. Mana mungkin stok susu bertahan lama. Ini juga dugaan dan cabaran. Suamiku juga bersungguh hati menerangkan kepada ibunya tentang hasratnya untuk anak kami diberi susu ibu sahaja. Aku membiarkan sahaja suamiku memberitahu ibunya. Soalan yang bermain di pemikiran ibu mertuaku ketika itu cukupkah susu untuk anak nanti. Kekadang suamiku juga memberikan beberapa artikel dari majalah kepada ibunya untuk memahamkan tentang penyusuan susu ibu.

Cabaran penyusuanku tidak berhenti di situ sahaja. Malah ianya makin mencabar apabila aku mula bekerja. Bayangkan seawall 4.00 pagi aku sudah bangun bersiap untuk ke tempat kerja. Aktiviti pagi hariku bermula dengan mengepam susu. Kemudian aku bergegas bersiap kerana suamiku akan menghantarku ke tempat menunggu bas di Pasir Tumbuh. Bas bertolak dari Kota Bharu tepat jam 5.00 pagi dan akan sampai di Pasir Tumbuh lebih kurang 5.12 pagi. Bayangkanlah aku meninggalkan anakku tatkala dia masih lena dibuai mimpi. Beginilah rutin harianku setiap hari. Setiap hari mengusung beg pam lengkap dengan pam spektra beserta icepack tanpa gagal. Kadang aku terlewat juga bangun dan terlepas bas. Bas tidak akan menunggu sama sekali. Kadang-kadang sampai ke Setiu suamkiu mengejar bas. Kadang-kadang kupandu sendiri kereta dari Bachok ke Kuala Terengganu.

Sampai sahaja di pejabatku perkara pertama akan dilakukan adalah mengepam susu. Aku ada geng ibu menyusu. Jadual menyusu kami sama di ofis. Jam 10 pagi, jam 1 tengahari dan jam 4.15 petang. Sambil mengepam sambal kami bercerita macam-macam cerita. Cerita perihal anak. Cerita perihal penyusuan susu ibi. Sungguh kami memang obsessed dengan susu ibu.Memang indah momen itu. Terima kasih Huda, Soleha…you were great friends of mine.

Tepat jam 5.00 petang aku sudah terpacak menunggu bas di hadapan JPJ Kuala Terengganu. Masih kuiingat lagi aku selalu disindir oleh penumpang lelaki yang mengusikku kerana hanya aku seorang yang memikul beg besar sedangkan penumpang yang lain hanya dengan tas tangan sahaja. Namun aku dengan bangga akan menjawab “saya membawa bekal untuk anak saya…rezeki untuk anak saya,”. Bila diberitahu bahawa isi beg adalah susu ibu masing-masing melopong hairan. Pernah aku ditanya kenapa begitu gigih kenapa tidak diberi sahaja susu formula. Namun aku hanya memberikan senyuman sahaja ke pada mereka.

Jam 8.30 malam suamiku sudah sedia menunggu ku di Melor. Biasanya aku sampai di rumah sekitar jam 9 malam. Kadang anakku sudah pun tidur. Kalau rezekiku baik, anakku masih belum tidur. Kalau difikirkan sekali terasa sangat sedih kerana setiap pagi aku turun dari rumah ke tempat kerja anakku masih belum bangun dan pulangku di malam hari kadang anakku sudah tidur. Kadang aku rasa menyeesal kerana anakku tidak dapat kulihat perkembangannya setiap hari. Sampai sahaja di rumah, suamiku akan mengambil beg pamku dan dia akan menguruskan segalanya. Dari membasuh peralatan pam sehinggalah membahagikan susu mengikut keperluan anak setiap hari. Malah suamiku jua akan memastikan bahawa bekalan air soya dan kurma tidak pernah putus dalam peti dan dia juga akan memastikan bahwa aku akan meminum soya atau susu tersebut sebelum tidur. Lantaran kepenatan seharian aku selalunya akan tidur awal kerana jadual harianku akan bermula jam 4 pagi.

Aku pernah ditanya suamiku kenapa aku begitu gigih mengepaam susu dengan keadaanku yang penat bekerja dan penat berulang dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu setiap hari dan inilah jawaapanku’ “ abi…kalau saya memberikan susu tin kepada anak kita maka hubungan saya dengan anak kita hanyalah ibu dan anak semata..tiada keterikatan antara saya dan anak dan saya hanyalah ibu pada nama sahaja. Saya awal pagi sudah bangun ke tempat kerja dan anak masih tidur dan pulang malam pun anak sudahpun tidur. Biarlah susu-susu yang saya tinggalkan dalam peti itu yang menghubungkan saya dengan anak saya. Biarlah dengan susu-susu yang diperah itu menjadi keterikatan saya dengan anak saya…walaupun ianya Nampak biasa bagi setengah orang namun ia punyai kesan emosi bagi saya. Susu yang diperah itulah tanda kasih saya sebagai ibu”

Hasrat hati untuk menyusu penuh tidak kesampaian kerana dalam usia 9 bulan aku terpaksa juga mencampurkan formula. Badanku yang keletihan kerana setiap hari aku terpaksa melalui perjalanan panjang menyebabkan susuku merudum. Puas ku ikhtiar membeli supplement dan sebagainya. Namun kutewas jua akhirnya. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku diberi peluang untuk menyusu anakku selama 9 bulan secara penuh.Namun aku bangga kerana dapat memahamkan ahli keluarga sekelilingku perihal susu ibu malah ibu mertuaku sendiri akan meminta sanak saudaraku yang baru bergelar ibu untuk belajar menyusu denganku...


Inilah cabaran dan dugaanku. Kini dengan lima cahayamata sudah pasti kisah penyusuan susu ibu punyai lima kisah yang berbeza. Akan kuceritakan satu persatu untuk tatapan generasiku suatu hari nanti. Terima kasih Ya Allah.

Monday, November 16, 2009

Anak ummi sudah pandai

"Nuha, ni apa?" sambil tangan kutunjuk pada gambar kucing .."cat..."
"Ini apa?"(gajah) "aaajaaah,"
ini? (ayam) " aaaayaam"
ayam bunyi cammana? "taaaktokk," (which is refer to kokkerekkok)
ini apa? (zirafah) "aapahhh"
ini? (itik) "duckk,"
singa bunyi cammana ? "ghmmmm,"(bunyi cam menderam sikit)
ini apa?(harimau) " imauuu," imau bunyi cammana? "aauuumm," sambil dia bulatkan mata...nak kasi org takut konon...hehehe
tu apa?(cicak) sambil dongak ke siling "ciiicakk,"
cicak bunyi cammana "cupcucup...,"dia buat bunyi guna lidah past dia akan cakap "atuuut," which is refer to takut...anak aku ni takut cicak...hehehe..benda lain dia tak takut

Nuha sayang ummi dok..."ayang...,"sambil angguk2 kepala
nuha sayang abi? "ayang...,"
waaaa happinya anakaku dah pandai cakap ayang...heheheh

klu dia nampak aku n hubby tgh bersiap2 mesti dia akan tanya " aaaaana mi," (mana umi)
hahahaha...kusuka sesangat...

Thursday, November 12, 2009

Nuha again....



Aksi manja saya





Pandang apa tu...


posing...posing...



anak abi...sayang sikit..



lenanya dia tido...penat ek

Sunday, July 05, 2009

Sanah helwah Ya Binti...

13 Rejab...genaplah umur cahayaku setahun...masih terbayang-bayang terngiang-ngiang lagi suasana tika ummi melahirkanmu sayang...jerit-perih ummi susah payah ummi melahirkanmu membuatkan ummi insaf akan kejadian tuhan...saat dan tika air mata mengalir lantaran melihat wajahmu mulus persis mutiara ummi kagum akan kebesaran Allah...sesaat mendengar jerit tangismu yang menjengah ke alam maya ini membuatkan ummi terharu..."Abi, anak kita sudah lahir ke dunia...inilah buah hati cinta kita sayang," dapat ummi lihat airmata yang bergenang di kelopak mata abi...air mata kegembiraan yang mengalir dari seorang abi...

"abi...inilah hadiah buat abi...ummi hadiahkan untuk abi untuk kita jaga sama-sama,"

ummi masih ingat lagi sayang...tika sayang masih di dalam icu, ummi bangun menggagahkan diri ummi untuk menjengukmu...ummi bimbang anak ummi lapar...ummi menangis bila bertanya pada abi yang saban waktu menjengahmu di wad sana "abi, anak kita mesti lapar...ummi nak bagi susu ummi...sian kat anak ummi...," tika itulah ummi pengsan yang agak lama...keadaan ummi buat misi dan doktor menjadi kalut..abi dan tok mi kian resah..."Mungkin pesakit depressed doktor..anaknya di icu," ulas misi pada sang doktor....ya, benarlah kata misi itu..ummi bimbangkanmu sayang...ummi sedih sebab tidak dapat menatap wajahmu sepuas hati ummi...tidur ummi malam itu hanyalah bertemankan selimut tanpa sayang di sisi....tidur ummi yang hanya bertemankan bimbang dan resah...

ummi senyum riang tatkala abi menyorong ummi ke bilikmu sayang..."abi,cammana dengan anak kita...menangiskah dia...tidurkah dia...laparkah dia," "tidak ummi...anak kita baik-baik sahaja...anak kita anak yang baik...," abi memujuk ummi...air mata ummi jatuh lagi saat ummi menatap wajahmu di dalam kotak kecil...sedih hati ummi melihat jarum di tangan kecilmu...sakit ye nak...kesian kat anak ummi...ummi menangis bila melihat wajahmu yang kecil comel...bibirmu yang kecil..ummi tidak puas-puas menciummu sayang...pipimu yang tembam membuat hati ummi terhibur....

"misi, boleh saya susukan anak saya," pinta ummi pada misi yang menjagamu...'"silakan...itu yang terbaik baginya,"ummi menangis lagi saat mulut mungilmu mencari-cari susu..ummi menangis dan terus menangis..."anak ummi lapar ye...kesian kat anak ummi...ummi ada ni sayang...," ummi peluk sayang sesungguh hati...Ya Allah kesian anakku....

Segala-galanya masih mekar dalam ingatan ummi...takkan ummi lupa sehingga bila-bila..itulah kenangan hidup ummi yang paling indah...ummi nekad untuk terus menyusukanmu secara eksklusif...biarpun ummi berdepan dengan pelbagai cabaran, masalah dan rintangan namun ummi tetap keras dan berdegil untuk terus menyusukanmu kerna ummi hanya mahu yang terbaik untukmu sayang..."kenapa tak ajar anak minum susu tin...susah nanti nak kerja kalau bagi susu dada je," itulah suara-suara sumbang yang cuba untuk menggagalkan niat ummi untuk terus menyusukanmu...namun hati ummi keras, bulat dan tekad untuk terus menyusukanmu...ummi bercita-cita untuk menyusukanmu sayang sehingga 2 tahun...itulah azam dan tekad ummi...biarlah ummi susah,biarlah ummi payah sekalipun...biarlah ummi terpaksa bangun seawal 3.30 pagi semata-mata untuk mengepam susu...itulah bekalan untukmu sehari nak...biarlah ummi sering ditertawa oleh kawan-kawan yang menaiki satu bas dengan ummi hanya kerna membawa beg yang berat setiap hari....biarlah begitu..hanya ummi sahaja yang tahu itulah beg susu dan pam yang ummi angkut setiap hari..namun tak kurang ada yang kagum dengan semangat ummi...ummi jadikan ia satu perangsang dan dorongan buat ummi...kerana ummi mahu hanya yang terbaik untukmu sayang....

bila melihatmu kini yang sudah boleh bertatih dan sudah mula menutur beberapa patah kata...ummi cukup terhibur...bila sayang sudah boleh memanggil ummi tatkala bangun tidur...ummi rasa bahagia yang amat...ummi gembira bila sayang menangis mencari ummi..ummi gembira bila sayang diam dalam pelukan ummi kerna ummi tahu sayang sememangnya memerlukan ummi

Namun ummi sedih tatkala terpaksa meninggalkanmu seawal jam 5 pagi lantaran mencari sesuap nasi...namun ummi gembira kerana setiap hari sayang menunggu ummi pulang ke rumah walaupun ummi sampai ke rumah jam 8 malam...ummi terharu dengan kesetiaanmu sayang menunggu ummi pulang...sanggup menahan kantuk yang amat....sunyi ummi hilang tatkala melihat senyummu yang menyambut ummi pulang...gelak tawamu menyerikan hidup ummi sayang...


Nuha Aneesa...ummi sayang kamu...ummi berdoa agar anak ummi ini akan menjadi anak yang solehah buat abi dan ummi...menjadi nurkasih untuk abi dan ummi...Nuha Aneesa...sampai kapan pun ummi tetap menyayangimu dan menyintaimu kerna engkaulah ratu hatiku...

satu-satu Nuha sayang Allah
Dua-Dua Nuha sayang Nabi
Tiga-Tiga sayang abi ummi
satu dua tiga sayang semuanya....


Dengarlah sayangku permata hatiku
bicara hati ummimu nan sorang
jadilah anak ummi yang bertakwa
taatilah Allah dan Rasul

Dengarlah sayangku Nuha Aneesa
bicara hati ummimu yang sayang
jadilah anak ummi yang solehah
nurkasih abi dan ummi

Dengarlah sayangku cinta hatiku
bicara hati ummimu nan sorang
jadilah anak ummi yang budiman
berbakti pada yang perlukan.....




Monday, April 20, 2009

::Gambar Nuha Lagi::

kali ni nak taruk gambar2 Nuha pakai tudung...moga jadi anak abi ummi yang solehah ye sayang

Nuha pakai tudung kaler pink





Nuha pakai tudung kaler peach




tudung kaler birula plak











update gambar

waa dah lama tak update blog ni...uiks bz sangat ke aku ni eh...iskiskisk dah bersawang blog ni...kalian nampak tak..heheheh...sebagaimana yang dijanjikan dlm entry dulu gambar2 nuha yang kena demam campak...baru je nak upload....






Nuha yang keletihan



walaupun demam tapi sempat mengganas...menarik telinga sepupunya Nasuha dengan selamba





Nuha yang keriangan selepas demam...susut sungguh badan anak aku nih..huhuhu










sian anak ummi...sedey tengok timbang naik 200 gram jer...gara2 demam punya pasal...tapi takper anak umi dah start makan nasik dengan jayanya...kita tengok lagi dua bulan..adiosss





Saturday, March 07, 2009

hujung minggu yang membahagiakan...

yea...yea..boleh mandi laut...fuyyooo syoknya...
menghabiskan hujung minggu di tepi laut memang satu idea yang menarik

rancangan abi bermalam di chalet Sri Aur amat mengagumkan
..
hanya aku, Nuha and my beloved hubby..
2 malam di chalet sangat menyeronokkan... melayan karenah Nuha amat mengujakan
hanya aku n my hubby
tiada orang lain.. Yesss....bebas.... Nuha pun macam agak seronok bila bersama abi n ummi

bila pagi je bawak nuha jalan2 tepi laut
saja kenalkan nuha dengan ombak
sangat suka
aku sememangnya gila akan laut

thank you sayang...
tapi sayang tak banyak gambar yang di snap
sebab lupa bawak kamera...
last2 guna je henset cokia wat tangkap gambar....


Nuha yang tengah tido..macam tak mo bangun



nuha baru bangun tido..
.




jalan-jalan ngan abi n ummi kat tepi pantai



Sunday, February 22, 2009

Thank You Sayang

Hari ini aku baru sajer menjejakkan kaki ke opis setelah berkursus seminggu di ILKAP, Bangi.
Masuk je opis aku terbuntang melihat fail menimbun di atas meja
menunggu masa untuk diconteng
waduss....nilah bahana meninggalkan opis seminggu
fail yang menimbun itu kalau disusun elok
aku rasa ada setinggi seorang lelaki biasa
tetib aje aku rasa lemas...

Tinggalkan anak selama seminggu buat aku jadi gila..hehehe..
mana taknya aku tak pernah berpisah dengan si kenit cenoit tu
aku plak yang mengalir air mata waktu nak bertolak
siang malam my hubby terpaksa melayan karenah ku
"Sayang..anak kita tgh wat apa..pakai baju mana hari ni...hantarla gambar...umi rindu nak tgk dia"
" Sayang, anak kita nangis tak malam2...agak2nya anak kita ingat tak umi dia.." huhuhu
"Abi, watla loudspeaker..biar Nuha dengar suara ummi dia"...
Alhamdulillah kupunya hubby yang tersangatlah sporting
asal pagi jer bila anak bangun tido my hubby akan call
"Nuha..cakap ngan ummi ye sayang...ummi...Nuha ni..."
Waaaaaa tak mo tinggal anak lama2...sobsobsob
Agak2nya laki ku kecik ati tak bila aku asyik tanya pasal anak jer...huhuhuh
Sorriii Yang..bukan tak ingat...you're always in my heart...
and Thank You so much for being a very wonderful husband to me...
Mmmuahhhh Cayang abi....

Monday, January 19, 2009

...Permata Hati Bonda...

Nuha Aneesa...sebaik sahaja dilahirkan..13.07.2008



Nuha Aneesa...selepas keluar dari HUSM..15.07.2008


Nuha Aneesa...selepas dibotakkan kepala oleh Tok Abah





Nuha Aneesa...2 bulan





Nuha Aneesa...3 bulan








Nuha Aneesa...4 bulan






Nuha Aneesa....5 bulan




Nuha Aneesa...sekarang...6++





Sayang anak ummi...
melihat dikau tersenyum dan ketawa
membuatkan ummi begitu bahagia...
dan Ummi bersyukur yang amat
atas anugerah Ummi yang telah diberikan...