Tuesday, July 27, 2010

Celik Undang-undang

Saban hari bergelumang dengan kes-kes mahkamah membuat saya termenung sendirian...masyarakat kita seolah-olah mengenepikan undang-undang...malah mungkin menganggap undang-undang itu tiada apa-apa...tapi bila dah terkena apa-apa mulalah menggelabah...setiap hari menatap kes-kes kebankrapan melihat akan kejatuhan bangsa sendiri...dan juga agama...kes-kes kebankrapan di kalangan masyarakat membuatkan saya takut...seawal 20an sudah dikenakan tindakan kebankrapan...adusss...terlalu muda untuk bergelar seorang bankrap sedang perjalanan masih jauh lagi di hadapan...hari ini teringin untuk berkongsi tentang kes kebankrapan...apa itu bankrap...macammana boleh kena bankrap..kesan2 bankrap...

BANKRAP secara mudahnya ialah Mahkamah akan mengisytiharkan seseorang itu menjadi bankrap atau muflis apabila dia tidak lagi mampu menjelaskan hutang dengan pemiutang dan hutangnya melebihi rm30,000.

Terdapat 2 jenis bankrap :-

1) bankrap sendiri - individu tersebut yang memohon untuk Mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai bankrap apabila tidak lagi mampu menjelaskan hutang.

2)Dibankrapkan - yang mana pemiutang ( Judgment creditor) yang membuat permohonan ke Mahkamah melalui Petisyen Pemiutang untuk membankrapkan penghutang (Judgment Debtor) apabila penghutang gagal untuk melunaskan hutang

KESAN APABILA DIISYTIHARKAN BANKRAP


1- tidak lagi boleh membuat pinjaman
2- agak susah bagi yang bekerja kerajaan
3-tidak boleh keluar negeri....boleh keluar hanya dengan kebenaran (cth: ke Mekah)

Perasan tak kalau nak minta kerja mesti ada syarat yang pemohon bukanlah seorang yang bankrap/muflis..

BAGAIMANA BOLEH JADI BANKRAP

Saya terangkan dalam bentuk penceritaan...senang nampak situasi dan insya Allah sebarang penggunaan istilah undang-undang akan cuba dikurangkan untuk senang difahami...
Ceritanya begini..katakanlah Ahmad (bukan nama sebenar) membuat pnjaman sewa beli kereta Perdana dengan bank ZZZ dan isterinya Minah sebagai penjamin kepada pinjaman sewabeli kenderaan tersebut...setelah beberapa bulan menggunakan kereta Perdana tersebut, tiba-tiba Ahmad gagal untuk melunaskan bayaran bulanan...kebiasaannya pihak bank akan call dulu if tak bayar kereta dalam masa 2 bulan..dan ahmad still lagi gagal untuk menjelaskan bayaran bulanan kereta tersebut. Oleh kerana still tiada bayaran, bank ZZZ menghantar Notice of Demand ( surat tuntutan ) melalui syarikat peguam yang dilantik kepada Ahmad menuntut Ahmad untuk menjelaskan bayaran tertunggak...dan di akhir surat tersebut ada dinyatakan bahawa perlu diselesaikan dalam masa 14 hari...haaa kalau sapa-sapa ada terima surat tu mesti ada ayat tu..n if tak selesaikan, pihak Bank akan meneruskan dengan tindakan undang-undang....

Walaupun surat tuntutan telah dihantar, Ahmad wat derk je...still tak buat payment...tunggakan bulanan makin bertambah...oleh kerana tiada juga bayaran yang dibuat peguam bank menghantar Notice of Termination ( surat penamatan) pinjaman yang mana menyatakan bahawa perjanjian telah ditamatkan dan bank menuntut keseluruhan pinjaman...pada peringkat ini, Ahmad sepatutnya menjelaskan tunggakan tersebut...tapi Ahmad still buat tak tahu dan tidak membuat bayaran....

Tindakan seterusnya diambil oleh pihak peguam iaitu menghantar Saman dan Pernyataan Tuntuan...menuntut Ahmad ke Mahkamah...walau bagaimana pun Ahmad tidak pergi ke mahkamah kerana takut @ macam-macam ada....oleh kerana Ahmad tidak hadir ke Mahkamah, peguam telah mengambil Penghakiman Ingkar ( Ingkar kerana tak hadir) yang mana Ahmad kena membayar keseluruhan pinjaman tersebut...haaa kan dah jadi masalah....dari 2 bulan tak bayar dan seterusnya dah kena bayar untuk keseluruhan pinjaman.....

Si Ahmad masih lagi belum membuat bayaran...tindakan seterusnya yang diambil oleh pihak peguam bank ialah memohon ke Mahkamah Tinggi untuk mengambil tindakan kebankrapan iaitu melalui notis Permintaan untuk mengeluarkan Notis kebankrapan...setelah mendapat kebenaran mahkamah, peguam akan menghantar Notis Kebankrapan tersebut kepada Ahmad menuntut untuk mejelaskan hutang dan juga faedah...(haaaa kan dah nasib tak baik...faedah dikira dari tarikh mendapat penghakiman tadi, ye)...walau bagaimanapun Ahmad masih lagi tidak membuat bayaran.

Notis Kebankrapan ini hayatnya adalah 6 bulan...sekranya masih tiada lag bayaran yang dilakukan, maka tindakan seterusnya ialah peguam meneruskan dengan Petisyen Pemiutang...di stage inilah permohonan untuk membankrapkan Ahmad dilakukan sewaktu hari pendengaran Petisyen Pemiutang di Mahkamah...Ahmad, walaupun telah diserahkan Petisyen pemiutang tersebut kepadanya masih tidak menghadirkan diri ke mahkmah....oleh kerana Ahmad tdak juga muncul, maka Perntah Penerimaan dan Perintah Penghukuman iaitu dihukum bankrap direkodkan ke atas Ahmad.....maka bankraplah Ahmad....

begitulah senario yang berlaku...untuk sahabat-sahabat sekalian, sekiranya ada saudara-mara yang menerima sebarang notis dari peguam atau phak mahkamah, bertindaklah segera...cubalah berbincang dengan pihak Bank untuk sebarang penyelesaian....

kes ini juga sama dengan kes-kes kad kredit....moga kita dijauhkan...ammennnn

10 comments:

Nailofar said...

Terima kasih puan..:)

Anonymous said...

bn= 3 bulan ke 6 bulan?

Anonymous said...

salam. Info yang baik.

saya ada pertanyaan katakan lah si peminjam telah diistihar bankrap dan telah melapor diri & membuat komitmen bayaran di Ensolvesi. Tetapi si penjamin pula mendapat notis bankrap apa yang perlu dilakukan.

Adakah penjamin kena membuat bayaran di bank bg melangsaikan hutang tersebut.

Adakah sipenjamin boleh dibankrapkan.

Shah Amal said...

Asslamualaikum Puan,
Baru baru ini suami saya telah dikejutkn dgn pggilan telpn meminta dia melunaskn hutng tunggakan kereta yg melebihi rm32k..kalau tidak akn diistiharkn bangkrup.terkesima seketika kerana setelah 10 thn dia berpisah dgn bekas isteri baru kini isu dia menjd penjamin timbul..bgmana cara terbaik utk menyelesaikn perkara ini kerana bekas isteri suami seorg yg ego dan tidak boleh dibawa berbincang.

amin said...

t'kasih info yg berguna... cuma saya nak tanya kalau sudah ditahap dapat surat hadir ke mahkamah tinggi... apa yg perlu saya lakukan sekiranya saya hadir ke mahkamah?

Anonymous said...

salam nk tanya mcm mana nak ambil tindakan kepada orang yang kita bagi pinjam duit gagal membayar hutang tersebut mengikut tarikh yang ditetapkan,harap boleh memberi sedikit pencerahan.

emailkan: askmeachik@gmail.com

sekian terima kasih

Zali Putatan said...

terima kasih.mohon tanya,sekiranya tidak hadir ke mahkamah,adakah waran tangkap dikeluarkan??bankrap ni jenis apa ya?boleh terangkan satu persatu jenis bankrap?

Anonymous said...

Assalam puan. Boleh terangkan apa tindakan yang blh diambil sekiranya kita memberi pinjaman tetapi peminjam gagal menjelaskan bayaran. Sedangkan peminjam mempunyai harta yang memang hendak dijual bagi melunaskan hutang tetapi peminjam seolah2 berubah fikiran dan tidak mahu membayar hutang

~cahaya petunjuk~ said...

Assalamualaikum puan.jika seseorang Enggan menjelaskan ansuran bayaran bulanan seperti yang dijanjikan apakah tindakan undang2 yang boleh di laksanakan

Anonymous said...

assalamualaikun
saya mohon puan memberi komen utk masalah saya ini utk melangsaikan kebingugan dan kebimbangan saya
ceritanya begini
- pada tahun 1996 saya membeli investment fund dengan MBF finance. sikit je kena bayar 79.00sebulan
- Tahun pertama saya bayar setiap bulan bersama deposit rm 17500.00
- Tahun seterusnya banjir besar segala dokumen musnah
- saya tak bayar lagi kerana saya menyerahkan segala keuntunga drp saham itu kpd bank. tak tahu berapa keuntungannya kerana bank tak dapat hubungi saya. saya juga tak dat hubungi bank kerana MBF telah ditutup diambil oleh oleh Malayan banking
- 2005 Bank telah menjual saham tanpa pengetahuan saya
- 12 /7/2013 - penghakiman difailkan di mahkamah
- 26/9/2013 notis kebankrapan telah dikeluarkan
- 1/3/2014 - Notis kebankrapan dikeluarkan dikeluarkan di berita Harian
- 22/ 7/2014 - Notis Pemberhentian terhadap penghutang Penghakiman di failkan di mahkamah.
Yang membingungkan saya:
1. Mengapa diberhentikan tiba-tiba sebelum petisyen pemiutang
2. Apakah tindakan untuk membangkrapkan saya boleh/ akan diteruskan
3. Apakah yang sepatutnya saya lakukan.
utk pengetahuan, saya tidak berniat langsung utk tidak membayar hutang tetapi saya menganggap yang saya tidak pernah mengambil keuntungan itu dan deposit yang saya bayar memadai lebih-lebih lagi saya tidak pernah dihubungi. saya tidak dapat keuntungan apa-apa malah kerugian.
mohon pencerahan tentang masalah saya ini.