Tuesday, December 23, 2008

Hijrahku...


"ibu, hari ni kan Oja belajar pasal aurat kat sekolah agama..tapi kan ibu Oja tak faham sangat..nanti ibu ajarkan Oja boleh..Ustaz cakap Oja dah kena pakai tudung..jilbab...ibu, tudung tu apa bu...jilbab tu apa bu?" aku terkedu mendengar patah pertanyaan yang keluar dari mulut anak kecilku. Tangannya ligat bercerita sambil meletakkan beg Sponge Bob yang berisi buku sekolah. Oja baru sahaja pulang dari sekolah petangnya. Terdiam aku seketika."Ibu, boleh tak?" Oja mengulangi pertanyaannya sambil memegang tanganku."Erm...ok boleh nanti ibu ajarkan.Tapi Oja janji dengan ibu tukar baju dulu kemudian mandi dan makan.Ibu dah siapkan pasta untuk Oja. Ada bawah saji ya,"aku senyum pada anak tunggal kesayanganku yang baru menginjak usia 7 tahun. Oja berlari keriangan menuju ke biliknya sambil menyanyi kecil lagu yang baru kudengar dari bibir mungilnya hari ini .."sepohon kayu daunnya rendang..lebat buahnya.."

Aku termenung seketika mengenangkan permintaan anak kecil itu. Maafkan ibu Oja..Ibu tidak dapat mengajarmu..Hati kecilku berbisik penuh kekesalan. Lantas titisan air mata mula membasahi pipiku. Tudung?Aurat? sudah berzaman aku tinggalkan.Bukannya ibu tak mengerti akan permintaanmu Oja. Ibu tak terdaya Oja untuk memahamkanmu.

******

Jam sudah pun menujukkan 10 malam..Arghh kejap lagi sampailah Borhan tu..getus hati kecilku. Aku masih lagi bermalas-malasan di atas tilam empuk yang baru kubeli 2 minggu yang lalu.Tok..tok..tok.."assalamualaikum ibu...boleh Oja masuk," kelihatan kepala Oja yang dijengul di sebalik pintu. "Hmm..ok," aku bangun dari katilku menuju ke almari bajuku. Sehelai blaus sendat tanpa lengan berwarna maroon dan sehelai skirt pendek aku keluarkan dari almari dan aku letakkan di sisi Oja yang baru sahaja mencecahkan punggungnya di atas katilku. Di celah jari-jari halusnya terkepit sebuah buku cerita Si Tanggang yang baru aku belikan semalam. "Ibu, dah nak gi kerja ya. Nanti ibu balik pukul berapa. Nanti ibu belikan Oja coklat ye. Oja dah janji dengan Ain kat sekolah. Nak makan sama-sama," "Hmm..ok nanti ibu belikan. Ibu tak tau lagi balik jam berapa. Tapi kejap lagi Makcik Tina sampai temankan Oja. Jangan nakal-nakal ye. Buku tu Oja habiskan. Nanti ibu belikan yang baru. Oja keluar dulu ya. Ibu nak bersiap. Kejap lagi Uncle Borhan nak sampai. Nanti Ibu kena marah kalau lambat," kataku sambil aku mula mencalit foundation ke mukaku. "Ok..Ibu, tadi petang Ibu janji nak ajar Oja pasal aurat. Bila Ibu nak ajar," Oja memandang tepat ke arahku yang mula mengenakan lipstik di bibirku. "Laa..kan Ibu nak gi kerja ni. Nanti Ibu ajarlah. Ibu kan dah lambat ni. Oja tak nampak ke Ibu kan tengah siap nak gi kerja ni," aku meninggikan suaraku tanpa menghiraukan Oja yang sedikit terkejut. Oja bangun lalu keluar dari bilikku tanpa sepatah kata. Aku tidak menghiraukan Oja lantas terus mengenakan skirt pendek separas lutut dan balus tanpa lengan ke tubuhku. Aku segera berkemas mengenangkan Borhan yang akan tiba bila-bila sahaja. Tiba -tiba telefon Samsungku berdering dan aku mengerti bahawa Borhan sedang menungguku di luar rumah. Setelah menyemburkan haruman CK kegemaran ketubuhku, aku bergegas menuju ke pintu utama. Kedengaran suara Oja yang sedang membaca buku ceritanya sambil berselang seli suara Makcik Tina. Hmm...Makcik Tina dah sampai rupanya..getus hatiku.

******

Kereta yang aku naiki bersama Borhan telah pun tiba ke destinasi. Kelihatan pengunjung mula memenuhi Modesto Bangsar.Masing-masing berkepit dengan pasangan."ok Borhan. Aku masuk dulu.Dah lambat. Nanti bos aku marah. So jumpa nanti ye,"aku menutup pintu Honda City kepunyaan Borhan lalu bergegas masuk ke kelab malam yang agak terkenal di Kota Metropolitan ini. "Hai David..Aku kena kat mana malam ni?" aku menyapa bosku yang berambut kemerahan. Suasana semakin sesak dan lagu semakin rancak dimainkan.Kepalaku terhingguk mengikut rentak lagu yang semakin rancak. Kelihatan anak-anak muda menari bersama pasangan masing-masing."Ida, you kena entertain meja 11. So do your work . Lagi satu Ida. Ada VIP. So kerja elok-elok," David mengingatkanku. "Ok David. Macamla you tak kenal I. I kan GRO yang paling berpengalaman kat sini. So, don't worry ok," aku menepuk bahu David sambil membetul-betulkan skitku. Aku mula menghayun langkah menuju ke meja 11. Langkah ku atur cukup hati-hati dan wajahku tak lekang dengan senyuman yang aku hadiahkan kepada pengunjung-pengunjung yang biasa menghuni kelab ini. "Hai Ida..hot la you malam ni...so sexy," sapa seorang lelaki yang sudah berumur lingkungan 40 an. Aku mengenali lelaki ini. Seorang Dato' yang tidak puas - puas mengejar perempuan seksi untuk menemaninya saban malam. Aku kesiankan isterinya yang setia menunggu di rumah. "Mestilah Dato'. Inikan kerja I," aku membuahkan senyuman menggoda kepada Dato' yang miang itu.

Dari kejauhan kulihat seorang lelaki yang amat tampan sedang termenung merenung gelas minumannya. Meja 11..Itulah tempat tugasku malam ni."Excuse me..I'm Ida..You?"Aku melabuhkan punggungku rapat ke sebelah lelaki tersebut. Aku menghulurkan gelas minuman ke arahnya. Tanganku segera memaut bahunya. Diam.Lelaki itu diam menyepi.Tanpa sepatah kata."hmm...aku Imran," hanya itu yang keluar dari mulutnya.Tangannya menyambut gelas minuman yang aku hulurkan. "So..youla Ida ya...you ni cantiklah..temankan I malam ni ya," lelaki itu berbasa-basi tanpa memandang wajahku.

****
Nanti sambung lagi...tetiba jer idea kering...huhuhuhu

4 comments:

Unknown said...

best nih..bolehlah nanti ibukukan..heh. teruskan..nak baca..hiiii

salida amran said...

good try..sambung la lagi..
ummp, link aku dah okey..

FirJah said...

wat sendiri ker... bijok ah cik de...
inagt ambe lagi dok? ambo nak link kan blog cik de yer...

UmmuNuha said...

Uwais Amzar: huda menulis time ada mood je n time ada ilham...hehehe..for the time being iham dah ader tapi masa plak tarak..hheheh

Salida: wokeh..thanks yer..tgh cari time nak smabung ni..hope can be finished before end of this Muharram

Firjah: yup...tulis sendiri..dah lama tak wat cerpen..koleksi sendiri jer..tapi kan still takleh nak recognize sape ni ek...hope bley introduce...sowwi ek...hanya teman2 yang rapat je yang panggil cikde ni...hurmmm