Tuesday, January 25, 2011

Setulus Kasih Ibu...Kasih ke akhir hayat

Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang kami sekeluarga dari teratak kami menuju ke rumah TokAyah dan Tok Mi, kami sama-sama mendengar tazkirah Maghrib dari radio IKIM. Penyampainya tidak umi ketahui siapa namanya kerana sewaktu kami menukar channel IKIM, tazkirah sudah berada di pertengahan.

Topik yang dikupas amat menarik. Ianya berkisar mengenai pengorbanan ibu...kasih ibu pada si anak. Di akhir tazkirah tersebut, Ustaz ada berkongsi cerita mengenai pengalaman seorang anggota bomba yang melihat tulusnya kasih ibu di depan matanya sendiri. Kisahnya dalam suatu kemalangan. anggota bomba tersebut telah ditugaskan untuk menyelamatkan mangsa kemalangan yang cedera parah. Si ibu berada di kerusi hadapan dengan luka yang sangat teruk. Darah mengalir tidak berhenti-henti. Si Ibu tersepit di depan. Kepalanya luka teruk. Cebisan kulit kepala si ibu terlekat di dashboard. Cermin hadapan pecah berkecai. Keadaan si ibu waktu itu sungguh tersiksa. Dapat dilihat di wajah ibu yang sedang menanggung kesakitan yang amat. Hanya menunuggu masa untuk dijemput tuhan.


Namun Kuasa Tuhan yang Maha Besar. Anak kecil di kerusi belakang tidak cedera walau sedikitpun. Hanya menangis. Ketakutan mungkin. Apabila anggota bomba ini berjaya mengeluarkan bayi tersebut dari tempat duduknya di belakang, si ibu hanya mengisyaratkan melalui matanya kepada anggota bomba tersebut supaya memberikan anaknya kepadanya. di saat diri si ibu berlumuran dengan darah pekat, anggota bomba t
ersebut meletakkan anak tersbut di pangkuan si Ibu yang pada masa itu masih lagi tersepit. Dalam kepayahan dan kesakitan si Ibu tadi menyelak bajunya yang dibasahi darah lalu menyusukan anaknya. Masya Allah..Subhanallah...terdiam anggota bomba tersebut melihat kejadian tersebut. Tatkala si ibu dibasahi darah merah yang pekat, si anak masih mampu untuk menikmati titis-titis susu putih dari ibunya. Si anak terus menikmati susu ibunya sehinggalah tiba masanya si ibu dijemput Allah pulang. Setelah si ibu menghembuskan nafasnya, anggota tersebut mengambil anak kecil yang kekenyangan tersebut dari pangkuan ibunya. Maha suci Allah mu nak...Alhamdulillah anak kecil itu masih sempat menerima titisan-titisan akhir susu si ibu hingga ke akhir hayat ibunya. Air mata ummi bergenang mendengar cerita tersebut. Abi pun begitu... Begitulah hebatnya kuasa si ibu...Begitulah tulusnya kasih si Ibu...Begitulah pengorbanan Si Ibu..Walau dalam kesakitan yang amat sanggup melupakan kesakitan itu semata-mata untuk menyusukan anaknya...Hebatnya seorang ibu...

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu di atas peluang menjadi seorang ibu...aku amat memahami perasaan si ibu itu kerana aku jua seorang ibu... Ya Allah, aku bersyukur padaMu aku masih punyai ibu...Ya Allah sungguh sekalipun aku tidak mampu membalas jasa Ummiku, namun aku sentiasa berdoa padaMU untuk aku terus berbakti kepadanya sehingga akhir hayatnya...setiap titis susu ibu yang mengalir dalam tubuhku itulah tanda kasih ibuku kepadaku. Ya Allah syukur padaMu atas kurniaan seorang ibu kepadaku...


Thursday, January 20, 2011

Geram Mode



iskkk geram sungguhla...niat di hati nak sambung topik sebelum ni.. cabran dalam mendidik anak part 2..tapi alahai..dah siap dah pun draft..tetiba separuh hilang..mak oiii sakitnya hati...punyala panjang..jenuh menaip..alih-alih hilang gitu ajer.. nak tulis balik cam dah lupa apa yg ditulis..ujian tul..sabar..sabar...

Cabaran Mendidik Anak 2

Semalam kami suami isteri tersentak. Terkejut melihat aksi Kak Yong yang memegang getah gelang. Disuruhnya kami semua tidur. "Tidur...tidur...semua orang tidur. Kalau tak tidur kak Yong bidah (lastik)," uiks...apakah...mungkin dia hanya meniru pengasuh di nurseri yang menggunakan pendekatan begini untuk memaksa kanak-kanak kecil tidur. Seisi rumah ketawa kelucuan melihat aksi Kak Yong. Namun tidak bagi Ummi. Ummi tidak menganggap ianya lelucon sekali-kali. Terdetik di hati ini..arhh anakku sudah besar..pandai untuk meniru segala.


Melihatkan aksi sebegitu membuatkan umi semakin cuak. ya, betul..kanak-kanak akan explore dunia mereka sendiri. Tapi mereka mencipta dunia mereka bersandarkan apa yang dilihat di mata dan didengar di telinga. Kalau tidak masakan kanak-kanak terpengaruh dengan Ultraman, Shin Chan (sepatutnya kanak-kanak tidak didedahkan dengan kartun sebegini) kerana itu yang mereka lihat dan dengar melalui televisyen. Sebenarnya kitalah sebagai ibu bapa harus menunjukkan atau mewujudkan suasana atau biah yang baik buat mereka. Biarlah mereka membuat acuan dunia mereka sendiri tapi berdasarkan apa yang baik buat mereka.



Kak Yong sendiri tidak terkecuali. Sangat terpengaruh dengan Upin Ipin. Tapi ummi tidak khuatir sebab Upin Ipin banyak mengajar kanak-kanak benda yang baik. Alhamdulillah Kak Yong masih belum lagi mengenali watak Cinderella, Hello Kitty, Minnie Mouse. Tetapi akhir-akhir ini sudah pandai meminta barang-barang Ben 10...Selipar Ben 10, beg Ben 10...Mungkin terpengaruh
dengan rakan-rakan di nurseri. Bagi ummi mungkin tidak mengapa kerana dia masih lagi dalam pencarian. Mencari minat yang sendiri.



Bila melihat KakYong yang begitu terasa di hati ini ingin menukar sahaja Nurseri kedua beradik ini. Teringat ummi bicara ummi dan abi bersama Dr Hafizah..Pentingnya memilih institusi pendidikan awal untuk anak-anak. Mungkin saudara mara dan sahabat handai berbangga memilih Smart Reader untuk anak-anak mereka tapi tidak Ummi. Ummi tidak mahu anak-anak ummi diajar menyanyi dan menari sahaja. Biarlah anak-anak Ummi kenal Allah dahulu sebagai pencipta. Bahasa Inggeris, Maths boleh diajar kemudian. Kanak-kanak ni jiwa mereka bersih dan suci begitu juga akal mereka. Mudah untuk menangkap segala. Insya allah...Biarlah anak-anak orang lain seusia Kak Yong pandai bertutur English tapi ummi tidak kisah. Sampai suatu masa nanti Kak Yong akan pandai juga. Ummi lagi senang hati bila ditanyakan Kak Yong siapa yang jadikan air Milo ni. kak Yong akan menjawab Allah yang jadikan air. Biar Kak Yong faham asas-asas Islam dulu.Biar Kak Yong belajar kenal Allah dahulu.

Semalam sewaktu ummi menjengah ke blog-blog pendidikan anak-anak, ummi terjumpa ini dari blog ini. Mohon dishare ye untuk manfaat bersama.

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLA

H ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalk

an semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)

* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)

* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib

(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

* menakutkan anak-anak dengan sekolah

* menakutkan dengan tempat gelap

* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).

* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


Semoga kita mendapat manfaat . Teringat Ummi akan satu hadis " Setiap anak yang dilahirkan suci bersih. Ibu bapalah yang akan mencorakkan anaknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.Semoga kita mampu mendidik anak-anak permata hati kita sebagaimana Rasulullah mendidik putera-puteri baginda.

Wednesday, January 19, 2011

Cabaran Dalam Mendidik Anak

Bila melihat anak-anak yang semakin membesar terasa begitu bahagia sekali.Tidak sabar rasanya melihat Kak Yong beralih ke alam persekolahan. Tahun ini Kak Yong menginjak ke 3 tahun. Mulutnya semakin petah berkata-kata.Celotehnya amat menghiburkan hati.Terasa sangat sunyi kalau Kak Yong tiada dalam perjalanan.Macam-macam cerita yang keluar dari mulut mungilnya. bila melihat Kak Yong yang semakin membesar, semakin cerdas terasa begitu seronok sekali hati si ibu.

Namun jauh di sudut hati terselit perasaan yang semakin cuak. Bila melihat Kak Yong semakin membesar, semakin gusar di hati ini. Bimbang dan resah bercampur baur apabila memikirkan mampukah aku dalam mendidik anak-anakku. Sedar dan pasrah akan cabaran dan mehnah dunia kini membuatkan aku semakin cuak. Bagaimanakah cara untuk aku melakar kehidupan anak-anak kecilku ini. Pernah aku berbual dengan suami "abi...boleh tak kalau ummi taknak anak kita jadi besar...biar sahaja kecil-kecil begini,". Mungkin abi seakan tidak memahami maksudku. Mungkin baginya aku hanya bergurau. Namun, sungguh aku serius berbicara demikian. "Kenapa?biarla diorang jadi besar..seronok apa," tukas abi. Aku menjuihkan bibir tanda tidak bersetuju. Aghh...nampaknya suamiku tidak memahami kenapa tuturku begitu. " Ummi risaula abi nak didik anak-anak kita.Umi takut kita menjadi ibu bapa yang gagal dalam mendidik anak-anak. Biarlah anak-anak kecil begini. Kita tak perlu nak fikir sangat.Ummi bimbang dengan mehnah dunia sekarang ini. Tambahan pula anak-anak kita semuanya perempuan. Membesarkan anak-anak gadis bukannya mudah tau," aku meluahakan kebimbanganku. Melihatkan masalah dunia yang melanda baik sosial membuatkan aku begitu takut sekali untuk menghadapi sata-saat di mana anak-anak semakin dewasa.

Saat mendidik anak semakin terasa sekarang ini. Mungkin adik Muna masih belum lagi mengerti. Tetapi Kak Yong sudah boleh memahami segala. Terasa cabaran dalam mendidik anak sudah bermula apabila Kak yong sudah mula pandai menuturkan kata-kata yang pelik. Kesan dari suasana di nurseri mungkin. Kak Yong sekarang sudah mula pandai berasa takut. Sedangkan sebelum ini kami tidak pernah mengajarnya takut. Takut hanya pada Allah. Sayang juga pada Allah. Tetapi semenjak dua ini semakin kerap takut itu bermain di bibirnya.."Ummi...kak Yong takut hantu...dalam bilik Ayah Ngah ada hantu," ungkapan yang keluar bukan hanya sekadar mainan tetapi dengan reaksi wajah yang menunjukkan sememangnya dia takut. " Kak Yong, mana ada hantu...dalam dunia ni hantu tak ada..," amat sukar sekali memahamkan dia bahawa tiada hantu..Mungkin Kak Yong terikut-ikut dengan pengsuh di nurseri yang cuba menakut-nakutkan anak-anak kecil dengan hantu, orang gila, anjing gila dan sebagainya.. Pening sekali memikirkan hal ini.



Teringat Firman Allah

Ù…

Your riches and your children may be but a trial: but in the Presence of Allah, is the highest, Reward


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Amat takut sekali bila memikirkan cabaran ini...

Thursday, December 23, 2010

Kelas Untuk Ibu-Ibu Mengandung...

Kali pertama pregnant?berdebar-debar menuggu saat kelahiran?apa yang perlu dilakukan apabila tiba saat untuk melahirkan anak?petua-petua untuk mudah bersalin?saat-saat dalam labour room...Sertailah Mamibabyalley untuk mengetahui bagaimana menghadapi saat-saat di atas...

Coffee Talk : Preparation of Preggie Mama
Date : 01.01.2011 (Saturday)
Time : 3pm-5pm
Venue: Mamibabyalley, Kubang Kerian
Sharing moment with KJ Noorbaizura and JT Ruzita Yassin

RM30 per head/RM50 with husband...Come and register now..Please sms me if you're interested (0139248813)
See you there....

Wednesday, December 08, 2010

adik-17 minggu



Semalam checkup kat klinik...adik dah 17 weeks...Dr Hafizah cakap mebe awal lagi..2 or 3 weeks lagi ummi akan start rasa adik gerak-gerak...smlm pun Kak Fizah cakap tgk tu haa kuat baby awak nendang...huhuh...haa skrg ni jantina is in the making..huhhu...doa2lah..mana tau muna ngan nuha nak dapat adik boy...kak fizah bilang sama ummi...hmmm kalau boy boleh teman abi...ummi fikir...sbnrnya ummi tak kisah girl atau boy....asalkan adik lahir sihat, sempurna sifat...sudah cukup...wpun ada hasrat dan keinginan biarlah kali ini boy...kesian kat abi...

Dah seminggu umi n abi berulang alik kerja dari Besut...tokmi Rokiah tidak sihat...asma..kena bawa ke husm..nasib baik tak admit...Muna pun demam...nak hantar gi nursery kak ani rasa cam tak selesa pula..sudahya 2 beradik tu dihantar ke besut...takpe tokmi zahrah n tok abah tak skolah...cuti...boleh ngasuh cucu...mebe dah tiba masa untuk hantar k.yong ngan adik Muna ke nurseri...kesian kat tokmi...sepatutnya di usia begini rehat-rehat sahaja di rumah tetapi kena mengasuh cucu pula...abi...it's the time for us to think...ahli kita semakin bertambah...biarlah tokmi rehat2 di rumah...

Semalam kami meninjau keadaan rumah sewa kami yang bakal diduduki nanti...plannya nak masuk pertengahan Disember ni..a lot of things to do...semuanya diserahkan pada pokngoh...pakcikkku yg mmg pandai segala...umah nak kena pasang kipas...mebe nak cat sikit...umi nak suasana baru...of cos memikirkan pasal duit juga..yela peralatan nak naik rumah...alat letrik harus dicari segala...katil, almari, peti, dapur memasak, televisyen segala...aiiikkk naik pokai nampaknya...huhuhu...abi, kita kena usaha lebih sedikit...banyak nak pakai duit ni..hhuuhuhu.

Sekarang ini ummi duk memikirkan perancangan untuk 2011...perancangan 2010 masih lagi ada yang tak terbuat,,,opssss....sebelum berceloteh lagi panjang...salam maal hijrah buat semua...doa akhir tahun dan juga doa awal tahun..pastikan dibaca.




Bila tahun baru menjelang bermakna usia jua sudah meningkat...usiaku kini menginjak ke 29 tahun...walaupun besday umi lambat lagi tapi hanya sekadar utk ingatan...mula memuhasabah,berfikir-fikir dan merenung-renung amal selama ini...bila usia makin meningkat bermakna juga saat kematian makin hampir...adakah amal selama ini mencukupi untuk dijadikan bekalan ke alam sana...dikuis-kuis sejarah amal yang lepas terasa banyak benar lompangnya...hubungan dengan Ya Rabb tuhan Pencipta juga masih terumbang-ambing...masih banyak ruang kosongya....tanggungjawab sebagai isteri...sempurnakah...tanggungjawab sebagai anak dan menantu...okkah...tanggungjawab sebagai ummi...lengkapkah...tanggungjwb sbg khalifah Allah...cukupkah...terasa hina dan kerdilnya diri ini di sisiMu Ya Tuhan...benarkah aku ini tergolong dalam golonganMu yang dijanjikan...selak-selak amalan terasa sangat diri ini tidak layak untuk menjadi ahliMu....

Ya Allah..ampunilah aku atas segala dosa-dosaku...bimbinglah aku Ya Allah agar aku bisa menjadi hambaMu yang bertaqwa...Ya Allah kuatkankanlah aku dalam menjalankan tanggungjwabku sebagai isteri buat suamiku...ummi untuk anak-anakku...dan anak kepada kedua orang tuaku...Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam mendidik anak-anakku dalam mengenaliMu Ya Allah..sesunnguhnya akulah hambaMu yang lemah...terkadang alpa , lupa dan lalai...Ya Allah aku mohon berlindung dari hasutan iblis dan syaitan laknatullah....ameen


Sunday, November 21, 2010

Resipi Buah untuk Muna 'Izzah

she really2 loves fruit...betik especially...cepat sahaja habiskan satu potong..huhu..bukan potong yang panjang ye...pisang pun sama...suka tgk adik Muna makan...hari tu sekali ummi buat buah-buah campur untuk Muna...biar adik Muna rasa apa itu manis...bukan manis dari gula ye...masam....

Resepi Buah

Betik - sepotong betik kemudian potong kecik-kecik (ambil sepotong yang kecik tu je)
sepotong buah pir (kupas kulit)
sepotong mangga

Campur ketiga-tiga bahan...then blend

taraa...dah siap...n now you can serve it your little baby.....


* gambar nanti upload kemudian ye...huhuh


Monday, November 15, 2010

kenapa susuku merudum sesungguh-sungguhnya

cuaks..cuak sesangat...huhuhuh...semuanya bermula selepas raya puasa itu hari...setelah bercuti lama cuti beraya...tibalah hari kerja...di tempat kerja rutinku macam biasa...menegpam...mengepam n terus mengepam...jam 10 pagi...jam 1 tghr...n last jam 4.30 ptg....on the first day mengepam ebm yg terhasil amatla sikit...namun umi ignore je dulu..arghh mebe sbb kat umah time cuti dulu duk direct Muna je...?(satu peringatanm untuk diri sendiri....klu cuti panjang ngan anak pun don't ever skip pumping yea)...masuk hari kedua still sama...setiap kali perah hanya dpt 2-3 oz...biasanya sekali pump daptla dalm 5-6 oz...uiks...cuak lagi...dan ianya berterusan sehingga seminggu...puas dok pikir...aku ni tak cukup minum air ke...lebih 2 liter sehari aku minum...hmm salah makan ke....dok check2 takda plak...hmm dah cuak yg amat...oleh dek kerana ebm yg diperah dipejabat sikit so banyaklah stok yg terpaksa digunakan..aduss cammana ni....stok day banyak kurang...haaa...time ni kelam kelibut umi mengecall kawan-kawan kaunselor laktasi yg lain...wpun umi ni dah bergelar kaunselor laktasi agak cuak juga bila dah jadi camni...first call farah....dia ckp mebe sbb direct je masa cuti hari tu...hmm dok pikir2 ada betulnya juga...call pulak Linda....tapi masih tak dpt lagi nak cari sebab musababnya...n susu still lagi duk macam tu juga....dan yang peliknya selera makan bertambah-tambah....makan lalu aje...tetiba suatu hari dalam duk terpikir2 kenapa susu semakin sedikit...tertiba terlintas sesuatu...AM I PREGNANT??? pantas kusuarakan perkara tersebut kepada suami...

di rumah umi buat ujian kehamilan sendiri....jawapannya POSITIF....umi nangis terduduk bila melihat 2 line yg timbul n ummi menangis semahu2mahunya.....menangis sebab memikirkan Muna yg masih kecil...masih lagi menyusu...Muna baru sahaja 6 bulan...even umi pun belum lagi bagi Muna makan....keluar shj bilik air umi mendekati abi yg time tu tgh solat...usai sahaja abi memberi salam.."abi...positif,"ummi bagitau abi dgn air mata yg bergenang..."alhamdulillah," abi peluk umi..ummi nangis dalam pelukan abi...ummi menangis bukan kerana tidak menerima orang baru...ummi syukur sangat2 sbb dikurniakan rezeki cahaya mata...orang lain berhempas pulas berusaha...tapi ummi alhamdulillah dimudahkan Allah..

ummi menangis memikirkan nsib baby yg akan lahir nanti..adakah nasibnya sama seperti adik Muna...terkena jaundice yg disebabkan oleh masalah darah ummi...ABO incompatibility...masih teringat lagi susah payah...jerit perih ummi sewaktu adik Muna ditahan di wad...masuk NICU..seterusnya terpaksa Exchange Transfussion...masih terasa lagi di hati ummi ni kehibaan bila mendengar Muna yang menangis dengan kuat apabila darahnya diambil...masih terngiang-ngiang lagi tangisan Muna yang tidak mahu tidur di bawah foto...Muna hanya mahu berkepit dengan ummii...merasa hangatnya tubuh ummi....masih teringat-ingat lagi umi bila mana Muna terpaksa berpuasa sewaktu ET dijalankan...hanya menyonyot puting kosong...tangisan yang bergema...Ya Allah masih terasa perit hati ini.... masih terasa air mata yang mengalir tak henti-henti sewaktu Et dijalankan ke atas Muna...ummi tidak tidur semalaman..menemani Muna di wad NICU...sungguhh...ummi masih terasa semua itu....

Ummi juga sedih mengenangkan Muna yang masih lagi kuat menyusu...dan susu ummi yang makin berkurangan...alhamdulilah Muna boleh makan apabila diberi first solid food...ummi sedih sebab mengenangkan yang susu umi akan lama makin berkurangan kerana kandungan tersebut...kesian Muna...even sehingga hari ini ummi masih lagi mengepam walaupun sakit yg amat....sebab ummi bertekad utk terus menyusukan Muna sehingga ke titisan terakhir...

Ummi banyak bertanya kepada yang pakar...membuat research macamna nak handle this situation...untuk pengetahuan kalian..saat ini setaip kali ummi mengepam hanya akan dapat 1-1.5 oz sekali...n Muna minum 5-6 botol ebm 3oz stiap hari...wpun Muna sudah makan namun dia masih lagi kuat menyusu...ummi harap bila Muna dah start makan dia akan kurang menyusu..nampaknya jangkaan umi meleset sama sekali...stok ebm di dlm fridge memang sudah habis...kerana terpaksa digunakan...ummi sudah pening kepala...nak lebihkan makan Muna...rasa tidak sesuai sebab Muna baru sahaja dapat makan...itupun Muna makan bubur nasi yg diblend 4 kali sehari...but she still needs susu....

Ummi ke klinik untuk mengesahkan kandungan.....yup...alhamdulillah memang ummi pregnant...masa pergi check hari tu kandungan ummi dah cecah 10 minggu...patutlah susu umi merudum sesungguhnya....maknanya ummi dah pregnant sewaktu Muna berumur 4 bulan...ahli keluarga sekeliling sudah bising...untuk umi topup dengan fm...umi masih keraskan hati...sebenarnay ummi pun sgt sedih bila Muna menangis tak cukup susu...ummi call kawan-kawan tanya pendapat...rata2nya suggest utk top up...sebab Muna masih lagi kecil...baru 6 bulan...ummi surf website...kebanyaknnya pregnant bila anak dah berumur setahun lebih...so tak ada masalahla sebab anak dah makan betul...masalahnya Muna baru je 6 bulan....memang niat di hati nak tandem...tapi ntahla....bila melihat Muna hati ni akan menangis hiba...jadual kerja ummi pun jadi kalut...umi terpaksa balik ke rumah setiap hari sewaktu rehat tghri untuk menyusu Muna...perjalanan 30-35 minit..dari KB nak ke Bachok agak jauh juga...namun terpaksalah....

Sekarang ini kandungan ummi dah mencecah 14 minggu...keputusan berat yang terpaksa diambil untuk topup Muna dengan fm...terpaksa...umi aku dengan nasihat seorang kawan..."Huda,jgn ingat kerana kita adalah kaunselor laktasi...kita korbankan anak kerana pendirian kita...she is still young...kecik lagi...nak buat cammna..at least Muna berjaya eksklusif utk 6 bulan...bila tiba keadaan begini terpaksala topup...kesian kat Muna.." dan itulah keputusan yang diambil....

Ya Allah aku cuma berharap dan berdoa kepadaMu tabahkanlah hatiku dalam membesarkan anak-anakku..sesungguhnya aku ingin menyusukan anakku sehingga ke titisan terakhir...bantulah aku Ya Allah....