Wednesday, January 19, 2011

Cabaran Dalam Mendidik Anak

Bila melihat anak-anak yang semakin membesar terasa begitu bahagia sekali.Tidak sabar rasanya melihat Kak Yong beralih ke alam persekolahan. Tahun ini Kak Yong menginjak ke 3 tahun. Mulutnya semakin petah berkata-kata.Celotehnya amat menghiburkan hati.Terasa sangat sunyi kalau Kak Yong tiada dalam perjalanan.Macam-macam cerita yang keluar dari mulut mungilnya. bila melihat Kak Yong yang semakin membesar, semakin cerdas terasa begitu seronok sekali hati si ibu.

Namun jauh di sudut hati terselit perasaan yang semakin cuak. Bila melihat Kak Yong semakin membesar, semakin gusar di hati ini. Bimbang dan resah bercampur baur apabila memikirkan mampukah aku dalam mendidik anak-anakku. Sedar dan pasrah akan cabaran dan mehnah dunia kini membuatkan aku semakin cuak. Bagaimanakah cara untuk aku melakar kehidupan anak-anak kecilku ini. Pernah aku berbual dengan suami "abi...boleh tak kalau ummi taknak anak kita jadi besar...biar sahaja kecil-kecil begini,". Mungkin abi seakan tidak memahami maksudku. Mungkin baginya aku hanya bergurau. Namun, sungguh aku serius berbicara demikian. "Kenapa?biarla diorang jadi besar..seronok apa," tukas abi. Aku menjuihkan bibir tanda tidak bersetuju. Aghh...nampaknya suamiku tidak memahami kenapa tuturku begitu. " Ummi risaula abi nak didik anak-anak kita.Umi takut kita menjadi ibu bapa yang gagal dalam mendidik anak-anak. Biarlah anak-anak kecil begini. Kita tak perlu nak fikir sangat.Ummi bimbang dengan mehnah dunia sekarang ini. Tambahan pula anak-anak kita semuanya perempuan. Membesarkan anak-anak gadis bukannya mudah tau," aku meluahakan kebimbanganku. Melihatkan masalah dunia yang melanda baik sosial membuatkan aku begitu takut sekali untuk menghadapi sata-saat di mana anak-anak semakin dewasa.

Saat mendidik anak semakin terasa sekarang ini. Mungkin adik Muna masih belum lagi mengerti. Tetapi Kak Yong sudah boleh memahami segala. Terasa cabaran dalam mendidik anak sudah bermula apabila Kak yong sudah mula pandai menuturkan kata-kata yang pelik. Kesan dari suasana di nurseri mungkin. Kak Yong sekarang sudah mula pandai berasa takut. Sedangkan sebelum ini kami tidak pernah mengajarnya takut. Takut hanya pada Allah. Sayang juga pada Allah. Tetapi semenjak dua ini semakin kerap takut itu bermain di bibirnya.."Ummi...kak Yong takut hantu...dalam bilik Ayah Ngah ada hantu," ungkapan yang keluar bukan hanya sekadar mainan tetapi dengan reaksi wajah yang menunjukkan sememangnya dia takut. " Kak Yong, mana ada hantu...dalam dunia ni hantu tak ada..," amat sukar sekali memahamkan dia bahawa tiada hantu..Mungkin Kak Yong terikut-ikut dengan pengsuh di nurseri yang cuba menakut-nakutkan anak-anak kecil dengan hantu, orang gila, anjing gila dan sebagainya.. Pening sekali memikirkan hal ini.



Teringat Firman Allah

م

Your riches and your children may be but a trial: but in the Presence of Allah, is the highest, Reward


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Amat takut sekali bila memikirkan cabaran ini...

No comments: