Monday, April 06, 2009

::Ujian Tuhan::

arrgghh..sudah lama blog ini tidak diupdate..maafkan aku...bukan kerana aku kekeringan idea maupun ketandusan bahan untuk ditulis...di kepala ku ini ada sahaja idea-idea baru yang ingin dikongsi bersama..namun apakan daya...terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidupku 2-3 minggu kebelakangan ini yang membuatkan aku tidak berkesempatan untuk duduk mengadap pc ini...

Minggu kedua bulan Mac myLittle Nuha kena campak...demam dari hari Isnin hinggalah ke Isnin berikutnya...demam panas yang amat..merengek tak berhenti...tidur terpaksa diriba..kesian sungguh si kecil itu yang tidak memahami segalanya dan aku terpaksa mengorbankan hari kerjaku 3 hari...susut sungguh jadinya Nuha dek demam yang berpanjangan...dalam pada masa yang sama ibu mertuaku juga demam panas dan diserang lelah yang amat teruk sehingga 2/3 kali berulang ke hospital maupun klinik swasta untuk menyedut oksigen...

Minggu berikutnya aku pula yang demam panas sampai tak terbangun..alhamdulillah dek kesabaran my beloved hubby menjagaku aku sihat akhirnya...sekalipun hubbyku juga diserang demam panas pada malamnya...thanks ye abi...

sekali lagi kami sekeluarga diuji apabila nenek suamiku yang tinggal bersama jatuh di depan bilik air yang menyebabkan beliau tidak boleh bangun langsung seminggu...makan terpaksa bersuap...tidur bangun terpaksa diangkat..hanya aku dan suamiku yang terpaksa melakukan semuanya kerana isi rumah yang lain tidak sihat sangat...

Mungkin Allah benar-benar menguji kami sekeluarga lagi apabila minggu ini ibu mertuaku terpaksa ditahan di wad HUSM...Kuman dalam paru-paru kata doktor...mungkin mengambil masa yang agak lama untuk pulih kembali...kami sekeluarga berulang alik dari HUSM saban hari...nasib baiklah nenek di rumah kini sudah boleh bangun tanpa dipapah lagi...kalu tidak tak tahulah kami macammana untuk mengartur semuanya...Sesungguhnya Allah telah mengatur perjalanan yang terbaik bagi kami dan Alhamdulillah kami mampu mengharungi segalanya dengan lancar...Ya Allah sesungguhnya ujian kesakitan yang engkau timpakan ke atas kami benar-benar mendidik kami..jadikanlah kami hambaMU yang sentiasa bersyukur.....


***gambar-gambar kejadian akan diupload kemudian***

No comments: