Sunday, August 01, 2010

KELAS PENYUSUAN MAMIBABYALLEY

first and foremost, thank you so much to all the participants eventho tak ramai yang join...only five participants including one gentleman & very cool abi...eventho tak ramai yang join tapi rasa cam happening sebab kelas dibuat secara santai..diselang-seli dengan iklan-iklan dari anak-anak kecil...saya lebih senang begitu...kelas yang tak ramai dan secara santai...senang...boleh fokus...terasa 4 jam berlalu tanpa disedari...setiap penjelasan yang diberikan mesti bersambut dengan soalan-soalan peserta...tidak perlu untuk menunggu sesi soal jawab...tanya sahaja apa yang terlintas...4 jam bagaikan tidak cukup lantaran banyak topic yang perlu dicover...memandangkan majoriti peserta adalah ibu baru dan masih dalam proses untuk menyusu...hanya saya dan Ummi Ummair yang mempunyai sedikit pengalaman...yang ironinya, umur kami semua adalah sebaya...kelakar plak ada...alhamdulillah kelas berjalan lancar...kelas kali ini lebih kepada perbincangan...sangat santai...masing-masing dengan gaya yang sendiri...semoga ilmu yang dikongsi bersama dapat dimanfaatkan demi kebaikan anak yang tercinta...Buat tiqa yang sedang menunggu saat kelahiran...moga lahir buah hatimu dipermudahkan dan moga impian untuk menyusukan baby baru akan berjaya...ameen...


khusyuk....


tiqa tg sedang menghitung hari...da bersalin nanti gtau ye...ummi ummair & hubby




sambil menyusu Muna..akhirnya terlena dia...sessi bapa-ke bapa...sharing moment with Tengku Azlan..Sajirah's hubby...terkenang soalan Azlan...anak yg nyusu badan lebih rapat ngan ibu berbanding ayahnya...ayah jeles ...huhuhh


sesi demo memerah susu dengan tangan...


usai majlis....

lagi cerita di sini...

Tuesday, July 27, 2010

Celik Undang-undang

Saban hari bergelumang dengan kes-kes mahkamah membuat saya termenung sendirian...masyarakat kita seolah-olah mengenepikan undang-undang...malah mungkin menganggap undang-undang itu tiada apa-apa...tapi bila dah terkena apa-apa mulalah menggelabah...setiap hari menatap kes-kes kebankrapan melihat akan kejatuhan bangsa sendiri...dan juga agama...kes-kes kebankrapan di kalangan masyarakat membuatkan saya takut...seawal 20an sudah dikenakan tindakan kebankrapan...adusss...terlalu muda untuk bergelar seorang bankrap sedang perjalanan masih jauh lagi di hadapan...hari ini teringin untuk berkongsi tentang kes kebankrapan...apa itu bankrap...macammana boleh kena bankrap..kesan2 bankrap...

BANKRAP secara mudahnya ialah Mahkamah akan mengisytiharkan seseorang itu menjadi bankrap atau muflis apabila dia tidak lagi mampu menjelaskan hutang dengan pemiutang dan hutangnya melebihi rm30,000.

Terdapat 2 jenis bankrap :-

1) bankrap sendiri - individu tersebut yang memohon untuk Mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai bankrap apabila tidak lagi mampu menjelaskan hutang.

2)Dibankrapkan - yang mana pemiutang ( Judgment creditor) yang membuat permohonan ke Mahkamah melalui Petisyen Pemiutang untuk membankrapkan penghutang (Judgment Debtor) apabila penghutang gagal untuk melunaskan hutang

KESAN APABILA DIISYTIHARKAN BANKRAP


1- tidak lagi boleh membuat pinjaman
2- agak susah bagi yang bekerja kerajaan
3-tidak boleh keluar negeri....boleh keluar hanya dengan kebenaran (cth: ke Mekah)

Perasan tak kalau nak minta kerja mesti ada syarat yang pemohon bukanlah seorang yang bankrap/muflis..

BAGAIMANA BOLEH JADI BANKRAP

Saya terangkan dalam bentuk penceritaan...senang nampak situasi dan insya Allah sebarang penggunaan istilah undang-undang akan cuba dikurangkan untuk senang difahami...
Ceritanya begini..katakanlah Ahmad (bukan nama sebenar) membuat pnjaman sewa beli kereta Perdana dengan bank ZZZ dan isterinya Minah sebagai penjamin kepada pinjaman sewabeli kenderaan tersebut...setelah beberapa bulan menggunakan kereta Perdana tersebut, tiba-tiba Ahmad gagal untuk melunaskan bayaran bulanan...kebiasaannya pihak bank akan call dulu if tak bayar kereta dalam masa 2 bulan..dan ahmad still lagi gagal untuk menjelaskan bayaran bulanan kereta tersebut. Oleh kerana still tiada bayaran, bank ZZZ menghantar Notice of Demand ( surat tuntutan ) melalui syarikat peguam yang dilantik kepada Ahmad menuntut Ahmad untuk menjelaskan bayaran tertunggak...dan di akhir surat tersebut ada dinyatakan bahawa perlu diselesaikan dalam masa 14 hari...haaa kalau sapa-sapa ada terima surat tu mesti ada ayat tu..n if tak selesaikan, pihak Bank akan meneruskan dengan tindakan undang-undang....

Walaupun surat tuntutan telah dihantar, Ahmad wat derk je...still tak buat payment...tunggakan bulanan makin bertambah...oleh kerana tiada juga bayaran yang dibuat peguam bank menghantar Notice of Termination ( surat penamatan) pinjaman yang mana menyatakan bahawa perjanjian telah ditamatkan dan bank menuntut keseluruhan pinjaman...pada peringkat ini, Ahmad sepatutnya menjelaskan tunggakan tersebut...tapi Ahmad still buat tak tahu dan tidak membuat bayaran....

Tindakan seterusnya diambil oleh pihak peguam iaitu menghantar Saman dan Pernyataan Tuntuan...menuntut Ahmad ke Mahkamah...walau bagaimana pun Ahmad tidak pergi ke mahkamah kerana takut @ macam-macam ada....oleh kerana Ahmad tidak hadir ke Mahkamah, peguam telah mengambil Penghakiman Ingkar ( Ingkar kerana tak hadir) yang mana Ahmad kena membayar keseluruhan pinjaman tersebut...haaa kan dah jadi masalah....dari 2 bulan tak bayar dan seterusnya dah kena bayar untuk keseluruhan pinjaman.....

Si Ahmad masih lagi belum membuat bayaran...tindakan seterusnya yang diambil oleh pihak peguam bank ialah memohon ke Mahkamah Tinggi untuk mengambil tindakan kebankrapan iaitu melalui notis Permintaan untuk mengeluarkan Notis kebankrapan...setelah mendapat kebenaran mahkamah, peguam akan menghantar Notis Kebankrapan tersebut kepada Ahmad menuntut untuk mejelaskan hutang dan juga faedah...(haaaa kan dah nasib tak baik...faedah dikira dari tarikh mendapat penghakiman tadi, ye)...walau bagaimanapun Ahmad masih lagi tidak membuat bayaran.

Notis Kebankrapan ini hayatnya adalah 6 bulan...sekranya masih tiada lag bayaran yang dilakukan, maka tindakan seterusnya ialah peguam meneruskan dengan Petisyen Pemiutang...di stage inilah permohonan untuk membankrapkan Ahmad dilakukan sewaktu hari pendengaran Petisyen Pemiutang di Mahkamah...Ahmad, walaupun telah diserahkan Petisyen pemiutang tersebut kepadanya masih tidak menghadirkan diri ke mahkmah....oleh kerana Ahmad tdak juga muncul, maka Perntah Penerimaan dan Perintah Penghukuman iaitu dihukum bankrap direkodkan ke atas Ahmad.....maka bankraplah Ahmad....

begitulah senario yang berlaku...untuk sahabat-sahabat sekalian, sekiranya ada saudara-mara yang menerima sebarang notis dari peguam atau phak mahkamah, bertindaklah segera...cubalah berbincang dengan pihak Bank untuk sebarang penyelesaian....

kes ini juga sama dengan kes-kes kad kredit....moga kita dijauhkan...ammennnn

Thursday, July 15, 2010

KELAS PENYUSUAN SESI JULAI 2010

Kelas Penyusuan Susu Ibu: Cabaran dan Halangan Penyusuan secara Eksklusif di kalangan Ibu Berkerjaya"

Kelas Penyusuan Susu Ibu: "Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Berkerjaya & Bagaimana Persiapan Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan"

Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)
Tempat : Mamibabyalley ,Kubang Kerian, Kelantan
Jam : 9.00 pagi - 1 tghr
Penceramah : Puan Farah (Kaunselor Laktasi/Sarakids), Puan Nurul (Kaunselor Laktasi/MamibabyAlley)
Yuran Penyertaan : RM50 individu/RM80 bersama pasangan
Bayaran boleh dibuat ke 553104414205 (Maybank Account). Sila email ke admin@mamibabyalley.com bukti pembayaran.
Sila hubungi 012-9696746 atau email ke admin@mamibabyalley.com untuk sebarang pertanyaan
Pendaftaran dibuka dan terhad kepada 20 org sahaja.
tarikh tutup penyertaan ialah pada 29hb Julai 2010

Tuesday, July 06, 2010

uhhh...penatttt

Program pertama setelah bergelar Kaunselor Laktasi...Seminar Infertiliti on 4th July di HUSM...saya telah diberi peluang oleh Dr Nik untuk membentangkan topik Induced Lactation & Relactation...agak gabra dan berpeluh juga..a week before the programme dr Nik call " Huda, you boleh tak bagi talk pasal Induced Lactation pada hari seminar tu..replace tempat Dr Tengku Alina...Dr Tengku kena gi kursus kat Perth,"..."hmm...ok..insyaAllah..i'll try Dr...", alhamdulillah berjaya juga disampaikan sedikit sebanyak perkongsian ilmu...Gabra? yela sebab among of the participants are the specialists and the doctors also nurses...cuak gila sebab saya ni bukannya from medical background..Bermalam-malam membuat research dan juga bertanya kepada kawan-kawan kaunselor laktasi yang lain..credit tu Farah (Sarakids) and Linda (BabyTodd) atas tunjuk ajar and also some tips for me...mmg kena persediaan yang rapi sebab yela expectation from the audience mesti tinggi..dan juga risau soalan 2 yang bakal ditanya akan menggegar otak..huhuhu...tapi alhamdulillah dah lepas....lega den...in fact ada seorang pakar ONG di situ mengatakan kekaguman terhadap saya sebab mampu bagi talk sebegitu...saya cuma gelak saja...dan saya bagitau "dr, saya takdela bagi banyak sangat..lagipun saya ni takda background medic..even sains pun tidak...sikit je saya bagi...saya biasa2 je..kalau dr nak tau ramai lagi yang kat luar sana lagi knowledgeable pasal benda ni dari saya...(teringat akan diskusi kwn2 di forum SusuIbu dan juga blog kawan-kawan..ramai lagi blogger yang hebat2) "...huhuhuh.....

and the second day which was on 5th July was the Seminar Reproduksi....ada kaitan dengan breastfeeding...dan Seminar hari itu diakhiri dengan slot saya.."Demonstrasi Penyusuan Susu ibu bagi ibu yang bekerja"...the topic which was assigned on me..hmm no problem..sebab kita memang praktis...lebih kepada sharing experience...tunjuk peralatan penyusuan in live...how to handle EBM...how to manage the stress of being a mak yang menyusu..etc..also i did some demo how to breastfeed in public..using baby wears etc..alhamdulillah respond dari peserta agak baik...jumlah peserta dalam seminar yang kedua ini lebih ramai almost 150 orang..and i enjoyed myself on the stage..sharing experience with all of them...and i ended my session with Chicken Dance...sangat2 menghiburkan....and i was so happy...

Beside being a presenter, saya juga ada membuka gerai jualan di situ...alhamdulillah respon yang diterima cukup baik...alhamdulillah jua BREASTFEEDING ni makin mendapat tempat di hati orang-orang Kelantan...kini daku semakin bersemangat untuk membudayakan breastfeeding ni di bumi Kelantan...oghe Kelate...maghila kito...huhuhhu



bersemangat bercerita...huhuh



gabra time ni....






among of the participants...




gerai yang dibuka..million thanks to my cuzzie Zaimah for the help..terkejut melihat orang menyerbu...huhuhh


Hmm hari ni juga menjadi sejarah buat Nuha Aneesa..5/7..Nuha buat kali pertama dihantar ke nurseri...biarlah dia belajar bersosial..belajar berkawan-kawan..walaupun banyak cerita-cerita negatif mengenai nurseri kuserahkan saja padaNya...bagiku Nuha sudah cukup besar untuk belajar bergaul...dan alhamdulillah performance Nuha first day di nuseri agak cemerlang kukira..mengikut kata kak ani..Nuha menangis sekejap saja selepas ditinggalkan...lepas tu dia dah boleh bawa diri..cuma tak tahan sebab Nuha hanya mau pada kak Ani sorang..pengasuh lain dia taknak..takpe nak..slow2..banyak hari lagi..Insya Allah Nuha boleh suaikan diri...kata kak Ani semuanya taknak di nuseri..ajak makan katanya nak makan di rumah...ajak mandi..nak mandi kat umah..ajak tukar diaper ckp nak tukar kat umah...ajak tidur pun nak tidur kat umah...pada abi..sabar ye bi..biasala dalam proses nak belajar...abi cakap nak cuti nak teman Nuha kat nurseri...huhuhu.."ku bilang pada abi..takyah teman2...biasala anak nangis..kat tempat baru..let her to be independent...maklumlah Nuha ni anak abi...abi tak sanggup kot tgk kak Yong Nuha nangis-nangis..huhuh...ramai sedara bertanya kenapa dihantar ke nurserri..biarlah dia bermain di rumah..tokmi,tokayah,tokki n mokki (kedua2 moyang Nuha) masih ada..teman bermain..tak kesian kat orang tua ke..sunyila dorang tanpa Nuha...Sebenarnya aku lagi kesian pada si kecik Muna..dahla dengan keadaan kulit yang begitu..juga aku kesian sekali pada Tok Mi..penat menguruskan kedua-anak ku...lalu kami mengambil keputusan untuk menghantar Nuha ke nurseri..biarla dia di situ...moga Allah permudahkan segalanya...Ameen














Friday, July 02, 2010

Stok EBM baru sikit...

huhuh...Rabu ni ummi dah nak masuk kerja..tapi stok EBM masih belum penuh peti..huhu...risau eh ummi...saya masih rsau lagi ni..meninggalkan Muna untuk kembali bekerja setelah 3 bulan bercuti panjang..ehh napa 3 bulan? dah start ke cuti bersalin 3 bulan tu..nopee...huhuhh..saja saya mengambil cuti tanpa gaji sebulan..bukan apa..dengan keadaan Muna yang sangat sensitif membuatkan saya amat ragu2 untuk meninggalkannya...kesan dari Exchange Transfussion hari tu kulit Muna sangat sensitif....sekarang ni the whole body jadi merah-merah, berair..gatal..kesian melihat Muna..akan tetapi keadaan Muna berubah jauh sekali bila berada di dalam suasana ber aircond...tidak lagi menggaru..tidak berair dan kulitnya tidak lagi kemerah-merahan...alamak...adik nak duk dalam aircond ye..huhuhu...hmm ntahlah..dah bermacam-macam krim disapu..semua tak jalan malahan lagi teruk adala...sudahnya skrg ni satu apa pun tak disapu...mandi tak bersabun...saya mandikan Muna dengan air teh...Bedak pun tidak dipakaikan...hanya tepung ubi kayu yang dilumur...alhamdulllah ada perubahan....agaknya Muna allergi chemicals...semalam baru je sampai losyen dan bedak jenama MEI MEI..yg organic punya..hmm harganya boleh tahan...nampak Muna cam ok je...hope so...



hmm..lagi satu yang membimbangkan saya ialah Muna tak nak minum EBM menggunakan botol..even sudu, cawan and syringe pun tak jalan...aduhaiii anak ummi...bikin ummi susah hati sangat-sangat...sebelum ni alhamdulillah..tak ada masalah...Muna mnum EBM melalui botol...cuma hari tu selepas pulang dari Cameron, Muna terus refused bottles...even sudu n cawan..so what to do? sbelum ni saya tinggal Muna seharian sibuk di kedai tidak ada masalah..malah Muna pernah menghabiskan 7 bekas dadih berisi 3oz EBM..means 7 x 3oz = 21 oz....sekarang ni langsung takmau....cawan pun bertukar ganti...sudu pun sama..syringe juga...yang agak menggelikan hati si cinoet Muna ni akan luahkan balik EBM yang dia minum...so skrg ni i got 4 days more to train Muna....kesian kat tokmi...tak duk diam jadinya..hmm..please help me..ada cara lain lagi tak...




Sekarang ni EBM yang terkumpul pun tak banyak..ummi baru kumpul 27 bekas..campur-campur bekas dadih n storage bags...so total EBM yg baru terkumpul is 27 x 3oz : 81 oz..hmm..kena kerja keras lagi ni..lagipun bulan puasa dah tak lama lagi dah...Caiyok.caiyok...Ya Allah permudahkanlah jalan ku ini...ameen

Thursday, June 03, 2010

anak ummi makin tembam..yeayyy

hahahha..macam kanak2 ribena lak..huhuhu..bukan apa..Muna 'Izzah tersangtalah tembam...hahha puas hati ummi...tubuh Muna pun pejal...kalau ada yang menegur mesti cakap..eiiii tembammnya...bagi minum susu apa ye..lactogen ek? klu baby minum lactogen mesti tembam...uiksss taklaaa...Muna hanya minum susu ummi je...sihat badan...tubuh pun semangat je...bangga je ummi..hehehh..alhamdulillah rezeki yang Allah bagi..kenapa nak disia-siakan...pastu soalan lanjut yang akan keluar ialah..tak campur langsung ke..tak susah ke nak gi kerja...ooo perah susu ye..tak penat ke dok perah je....
Hmm...ini adalah soalan-soalan biasa yang ditanya..so dengan senyum ummi akan cakap...insyaallah Muna hanya akan minum susu ummi...walau letih walau penat ummi akan tetap memerah..sebab ummi hanya mahu yang terbaik untukmu...sebagaimana yang ummi lakukan kepada kak Yong Nuha begitu juga ummi akan lakukan untukmu....ummi puas hati melihat Muna dan Nuha membesar dengan titis air susu ummi..setiap darah yang mengalir di setiap jari mulus mu nak...setiap helai rambutmu...kedua-dua bibir mungil...dan sepasang mata yang mempesona itu dan setiap urat tubuhmu membesar dengan susu ummi..Ya Allah aku bersyukur atas kurniaanMu...

Monday, May 24, 2010

Baru ada masa and ada mood nak update

uiksss..teruk sungguh la Ummi Nuha ni..dah berkurun tak update blog..bukan takde masa...masa tu ada sangat...bukan tak sempat..sebenarnya sempat sangat..n bukannya takda cerita..ada sangat cerita yang nak dikongsi..tapi entahla..sejak pregnant masuk third trimester mood berubah2...malas makin menjadi2...kerja2 opis pun melambak-lambak..and the last date blog ni di update was on 01.04.2010...and on 6th april...alhamdulillah cahaya mata kami kedua selamat dilahirkan...Muna 'Izzah...moga lahirmu memberi seribu satu kebahagiaan buat abi dan ummi...banyak sungguh dugaan dan halangan ummi melahirkanmu nak..betul apa yang orang cakap...lahir anak ni lain-lain...anak sulung lahirnya lain...anak kedua lain..dan aku telah merasa pengalaman melahirkan anak yg kedua..memang lain sesangat.. Lahir Muna ikut aturannya... Nuha dulu lain.. Nuha dulu aku leaking 3 hari..perut tak sakit..at last kena induce...Masa deliver Nuha dulu rasa cam nak habis nyawa...6 kali push...tak reti...maklumlah anak sulung...masa tu pasrah dan redha dah..siap mintak maaf ngan hubby...mntak ampun...redhakan aku sebagai isteri...sbb rasa cam nak mati dah time tu...

Kisah kelahiran Muna lain plak..segala2 galanya ikut flow...mula2sakit perut then turun darah...dlm labour pun sekejap je..setengah jam..kelahiran muna mudah sekali..sekali push...sampai makcik yang meneman sampai heran bila aku push..Mungkin disebabkan aku terlalu aktif ke sana kemari di akhir-akhir kehamilan..terlalu sibuk menguruskan kedai yang nak dibuka..alhamdulillah kedai milik abi dan ummi selamat beroperasi...alhamdulillah sambutan cukup memberangsangkan...bayangkanlah tgh2 sarat ummi kalut ke kedai mencari perabot, mengecat kedai bersama adik-adik...inilah impian abi ngan ummi...Sampai tokmi tok abah bising jgn duk gerak kuat2 sangat..nanti terberanak plak bila tokmi melihat keadaan ummi dua minggu sblm kedai dibuka...sibuk mencari barang-barang...huhuh tapi aku buat derk je...siap ckp takper mudah nak bersalin nanti...huhuhu


alhamdulillah segalanya teratur sekali..namun ujian kami sebagai ummi dan abi tidak terhenti di situ...Muna disahkan jaundice..ABO incompatibility...Muna terus ditahan di KBMC..3 hari 2 mlm...sepanjang itulah aku berendam air mata...kesian melihat Muna di bawah fototerapi...layanan nurses cukup mesra sekali..namun aku cukup kesal dgn sikap nurses yg seolah-olah tidak mesra breastfeeding...itulah pekdahnya bila memilih hospital yang bukan rakan bayi..sudah kutinggalkan ebm untuk bekalan Muna...tapi reaksi yang diberikan cukup mengecewakan...akhirnya Muna dibenarkan pulang...
aku cukup bahagia sekali dapat memeluk dan mencium Muna sepuas-puasnya...dan yang paling membahagiakan aku bila mana Muna tidak lagi perlu minum ebm melalui picagari..Muna dpt direct nyusu...itulah saat terindah bagi seorang ibu...namun segala2nya tidak lama...Muna terpaksa ke wad semula..SB yang amat tinggi...380...@ 3 ptg...dibawa ke emergency room...SB meningkat 479...mlm itu juga ditahan di NICU...aku pasrah...air mata jadi peneman...kesian melihat Muna...hubbyku sentiasa di sisi memberi semangat..."Mama dan abah...kami terpaksa juga teruskan dengan Exchange Transfussion...keadaan Muna tidak berubah walaupun telah melalui Intensif Fototerapi..." Dr Azuar menemui kami jam 6.00 pagi...Usai solat Subuh ET dijalankan ke atas Muna..aku menangis mengenangkan nasib Muna..air mata tak henti2 mengalir..."Darah siapala yg masuk dalam tubuh anak kita,bi..." aku mengeluh kepada suamiku..."Sabarlah ummi..ujian utk kita tak sebesar ujian org lain..cuba tgk di sekeliling Muna...baby lain lagi kritikal...InsyaAllah..Muna kita akan jadi kuat..sebab dia dah diuji dari kecil...ujian tu utk kuatkan dia...aku pasrah...Ummi jgn sedih..Baby Muna tau ummi sedih..Ummi sedih nanti susu drop...,". Itulah suamiku...tak putus-putus memberi semangat....




alhamdulillah...kini segalanya telah selamat dan selesai..Muna semakin sihat dan membesar dengan jayanya dengan hanya meminum susu ummi...Ya Allah..kuatkanlah aku dalam membesarkan anak-anakku...Muna kini makin bam bam dan sangat cerdik...dia cukup suka kalu ada org bercakap-cakap ngan dia..Muna akan memandang seolah memahami apa yang kita bualkan..Muna cukup suka kalu ummi urut pagi-pagi sebelum mandi..Muna diam je...suka ummi tengok...Moga membesar jadi kanak-kanak juara ye nak...

Thursday, April 01, 2010

Kelas Penyusuan Susu Ibu: "Cabaran dan Halangan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Berkerjaya"


Kelas Penyusuan Susu Ibu: "Cabaran dan Halangan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Berkerjaya"

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Tempat : Mamibabyalley ,Kubang Kerian, Kelantan
Jam : 9.00 pagi - 1 tghr
Penceramah : Puan Farah (Kaunselor Laktasi/Sarakids)
Yuran Penyertaan : RM50 individu/RM80 bersama pasangan
Bayaran boleh dibuat ke 113015198589 (Maybank Account). Sila email ke mamibabyalley@yahoo.com bukti pembayaran.
Sila hubungi 0139248813 untuk pertanyaan
Pendaftaran dibuka dan terhad kepada 20 org sahaja.