Tuesday, January 13, 2009

Gaza...


currently... not in e mood of updating my blog...terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza...bersimpati dengan kanak-kanak kecil yang menjadi mangsa...namun amat kagum dengan semangat jihad dan juang yang berkobar dalam setiap nadi Palestin...terharu dengan ketabahan dan kekuatan mereka dalam menuju Syurga Allah...Setiap hari menitis air mata melihat si kerdil diperlakukan sebegini rupa...Ya Allah... Kau bantulah saudaraku di sana...Kuatkanlah iman mereka dalam menghadapi Ujian Peperangan mereka...Ameen...

* Dunia Islam hanya mampu diam membisu...menaip dan menyusun seribu macam resolusi...bercakap berdegar-degar hanya untuk menunjukkan simpati...Hantar sahaja kami yang sentiasa bersedia untuk membantu saudara-saudara kami...tidak perlu untuk persidangan tergempar di sana dan di sini...hanya sekadar untuk sebuah resolusi...apa yang ada pada sebuah resolusi sedang Israel kian menjadi...memamah lunyai anak-anak kami...Resolusi hanyalah resolusi...buatlah berjuta pun resolusi...Si Israel hanya memandang sepi...entah disepak atau hanya diletakkan di tepi...

*semoga Allah mengurniakanmu kemenangan wahai saudara-saudaraku...

No comments: