Tuesday, November 02, 2010

Kelas lagi...

Kelas Penyusuan Susu Ibu: Cabaran dan Halangan Penyusuan secara Eksklusif di kalangan Ibu Berkerjaya"

Kelas Penyusuan Susu Ibu: "Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Berkerjaya
Tarikh : 06 November 2010 (Sabtu)
Tempat : Mamibabyalley ,Kubang Kerian, Kelantan
Jam : 9.00 pagi - 1 tghr
Penceramah : Puan Nurul (Kaunselor Laktasi/MamibabyAlley)
Yuran Penyertaan : RM50 individu/RM80 bersama pasangan
Bayaran boleh dibuat ke 553104414205 (Maybank Account). Sila email ke admin@mamibabyalley.com bukti pembayaran.
Sila hubungi 013-9248813 atau email ke admin@mamibabyalley.com untuk sebarang pertanyaan
Pendaftaran dibuka dan terhad kepada 10 org sahaja.
tarikh tutup penyertaan ialah pada 05hb November 2010

Thursday, October 28, 2010

cuti yang lama

Lama sungguh ummi cuti...cuti dari mengupdate blog..sebenarnya tak sangka ramai yg baca blog ummi ni..tak sangka sungguh....yang boleh tau ni sbb bila jumpa org even yg tak kenal puan knapa dah lama tak update blog...uiksss..takjub..hahahhaha..sebab sgt2 tak sangka..ada jugak yg follow blog secangkir rasa ni...for all readers thank you for the support..you inspired me to keep on writing...sebenarnya agak malu sbb asalnya blog ni just utk tulis apa yg dirasa sahaja...apa saja yg terlintas...huhuh..tak sangka plak ada yg menengoknya..huhu..hmm agak2 lepas ni kena bertapis sikit kot..ye tak...

Rasanya dah lebih 2 bulan tak update Secangkir Rasa ni...dalam 2 bulan banyak perkara yang terjadi..macam-macam...ada yang sedih, seronok..tak kurang juga ada yang pahit..tapi alhamdulillah semuanya berjaya dilalui..itulah kehidupan...life is full of colors...kita yg mencoraknya..let us color our life ourselves...if u choose it to be black so gelaplak kaler hidup...mendung manjang...gelap dan kelam..sure kita taknak kan...i want it to be colourful...ada green,blue,pink,red..yellow..and sometimes need black and grey too...kenala jugak ada...takkan nak yg ceria je..sbb kadang2 yg gelap tu la yg mengajar kita erti hidup...bila susah gelisah itulah yang mematangkan kita...cuba bayanhkan kalau kehidupan kita asyik ceria..tak ada masalah...hidup gembira je..serious...no FUN at all...even kita pun tak dapat belajar...

Ummi bangga dan bersyukur dengan kehidupan yg ummi ada hari ini...keluarga yang sempurna di mana ada abi yang sentiasa memahami ummi...sentiasa support in whatever i do..ada kak yong yang mulutnya Ya Rabbi semakin petah tak ingat...sgt2 menghiburkan hati..yg sangat suka membebel bila ada sesuatu yang tak kena.."ishhhh..ummi nih.."..."adik minumlah susu tu...janganlah nangis..ummi ngan abi gi kerja'' ..itulah kak yong sangat 2 memainkan perananya sebagai kakak...bila sampai sahaja di rumah ada saja laporan hariannya.."ummi , adik nangis kuat..tokse isap susu..kak yong isap susu..adik ni...'" itulah mulut dia..pekat dgn loghat kelantannya...kalau ke mana-mana tanpa dia terasa sunyi sangat..terasa sangat tak lengkap....dan juga umi sangat syukur ada adik Muna yg piilnya lain sungguh dari Kak yong...kat rumah sentiasa menangis....tapi adik Muna sangat manja...suka sangat kalau ummi atau abi cium pipi dia lama-lama...dah boleh meniarap sejak 4 bulan lagi..n snow she's 6mths...dah start makan bubur..bubur nasi yang ada ayam...ikan bilis, carrot dan macam-macam...sangat suka makan pisang lecek dgn betik...bila try sua nestum buat muka taknak..even tak pandang pun bekas mkann...adik Muna sgt suka bila ada orang sembang ngn dia..percayalah..paling suka bila kakyong main dgn dia...siap boleh ketawa2 lagi....terasa hidup ini sudah lengkap bagai..dan sekrg ini ummi bertambah-tambah lagi syukur kerana di dalam rahim ummi ini ada penghuninya...sudah 3 bulan dia di dalama sana...hari-hari mendengar suara kak Yong yang menyanyi utk adik muna..hari-hari mendengar ummi zikir utuk adik Muna...nanti 'dia' pun akan mendengar nyanyian yang sama dari ummi....lagu peberet kak yong....

sek sek mi mi
air pasang pagi surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi kolam
itik bertelu ayamm menetas
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit
naik keretapi singgah Kuala Lumpur
Jumpa isteri cantik
terselit bawah dapur
popopop...


lagu lain....

anak ummi 2 orang
sorang nuha sorang muna
dua-dua ummi sayang
anak umi semuanya manja

anak yg sulung nuha aneesa
anak kedua muna izzah
harapan abi dan juga ummi'
agar menjadi anak solehah...

lagu-lagu ini sentiasa di bibir mulut kak yong...dah boleh nyanyi sendiri...skrg ni kak yong dah boleh ngaji al fatihah...dah boleh sambung bacaan bila kita baca....alhamdulillah..stu perkembangan positif utk dia...

Bila dah lama tak update ni mulalah terasa banyak cerita yang nak ditulis..kisah raya la (wpun dah basi),puasa, kisah jalan-jalan sefamili...kisah Muna yang makin banyak keletahnya..rasa cam nak tulis suma..tapi nantilah dulu..slow2....tapi kisah ulangtahun perkahwinan kami nak jugak cerita kat sini...25.10.2010...tahun ni kami tak sambut di mana-mana sebab abi terlalu bz...kami belum sambut lagi..huhuh..just wish cam tu je...nak buat camna masa yang amat suntuk..tunggulah celebrate nanti-nantilah bila abi dah tak sibuk..ummi faham...umi just masak special utk abi je..yang mana kami makan nasi malam @ 12 mlm..abi baru balik..mlm tu ummi masak siakap sweet sour n ayam masak halia je...ingat nak masak banyak lauk lagi...tapi takpela..lain kali je abi ek....wish ummi pd mlm anniversary..abi takda kat umah time tu..tinggal ummi ngan ank-anak je...

salam ulangtahun perkahwinan kita yang ke 3...thanks to Allah having u as my husband...smg phubungan kita berkekalan hingga ke jannah sana...i love u so much n will never stop loving u until the end of my life...umi bahagia menjadi istri abi dan umi utk nuha n muna...ampunkan umi atas kegagaln ummi utk menjadi isteri yg tbaik utk abi... I LOVE U SO MUCH....
...SMS @ 12MLM...

Ya Allah kau rahmatilah suamiku...
Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa suamiku..
Ya Allah peliharalah dia walau di mana dia berada
Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana dia suamiku...
abi...Firdaus bin Mohd Yusoff...terima kasih kerana memahami diri ini....

Wednesday, October 13, 2010

Kelas Penyusuan Susu Ibu: Cabaran dan Halangan Penyusuan secara Eksklusif di kalangan Ibu Berkerjaya"

Kelas Penyusuan Susu Ibu: "Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Berkerjaya
Tarikh : 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat : Mamibabyalley ,Kubang Kerian, Kelantan
Jam : 9.00 pagi - 1 tghr
Penceramah : Puan Nurul (Kaunselor Laktasi/MamibabyAlley)
Yuran Penyertaan : RM50 individu/RM80 bersama pasangan
Bayaran boleh dibuat ke 553104414205 (Maybank Account). Sila email ke admin@mamibabyalley.com bukti pembayaran.
Sila hubungi 013-9248813 atau email ke admin@mamibabyalley.com untuk sebarang pertanyaan
Pendaftaran dibuka dan terhad kepada 10 org sahaja.
tarikh tutup penyertaan ialah pada 15hb Oktober 2010

Sunday, August 01, 2010

KELAS PENYUSUAN MAMIBABYALLEY

first and foremost, thank you so much to all the participants eventho tak ramai yang join...only five participants including one gentleman & very cool abi...eventho tak ramai yang join tapi rasa cam happening sebab kelas dibuat secara santai..diselang-seli dengan iklan-iklan dari anak-anak kecil...saya lebih senang begitu...kelas yang tak ramai dan secara santai...senang...boleh fokus...terasa 4 jam berlalu tanpa disedari...setiap penjelasan yang diberikan mesti bersambut dengan soalan-soalan peserta...tidak perlu untuk menunggu sesi soal jawab...tanya sahaja apa yang terlintas...4 jam bagaikan tidak cukup lantaran banyak topic yang perlu dicover...memandangkan majoriti peserta adalah ibu baru dan masih dalam proses untuk menyusu...hanya saya dan Ummi Ummair yang mempunyai sedikit pengalaman...yang ironinya, umur kami semua adalah sebaya...kelakar plak ada...alhamdulillah kelas berjalan lancar...kelas kali ini lebih kepada perbincangan...sangat santai...masing-masing dengan gaya yang sendiri...semoga ilmu yang dikongsi bersama dapat dimanfaatkan demi kebaikan anak yang tercinta...Buat tiqa yang sedang menunggu saat kelahiran...moga lahir buah hatimu dipermudahkan dan moga impian untuk menyusukan baby baru akan berjaya...ameen...


khusyuk....


tiqa tg sedang menghitung hari...da bersalin nanti gtau ye...ummi ummair & hubby




sambil menyusu Muna..akhirnya terlena dia...sessi bapa-ke bapa...sharing moment with Tengku Azlan..Sajirah's hubby...terkenang soalan Azlan...anak yg nyusu badan lebih rapat ngan ibu berbanding ayahnya...ayah jeles ...huhuhh


sesi demo memerah susu dengan tangan...


usai majlis....

lagi cerita di sini...

Tuesday, July 27, 2010

Celik Undang-undang

Saban hari bergelumang dengan kes-kes mahkamah membuat saya termenung sendirian...masyarakat kita seolah-olah mengenepikan undang-undang...malah mungkin menganggap undang-undang itu tiada apa-apa...tapi bila dah terkena apa-apa mulalah menggelabah...setiap hari menatap kes-kes kebankrapan melihat akan kejatuhan bangsa sendiri...dan juga agama...kes-kes kebankrapan di kalangan masyarakat membuatkan saya takut...seawal 20an sudah dikenakan tindakan kebankrapan...adusss...terlalu muda untuk bergelar seorang bankrap sedang perjalanan masih jauh lagi di hadapan...hari ini teringin untuk berkongsi tentang kes kebankrapan...apa itu bankrap...macammana boleh kena bankrap..kesan2 bankrap...

BANKRAP secara mudahnya ialah Mahkamah akan mengisytiharkan seseorang itu menjadi bankrap atau muflis apabila dia tidak lagi mampu menjelaskan hutang dengan pemiutang dan hutangnya melebihi rm30,000.

Terdapat 2 jenis bankrap :-

1) bankrap sendiri - individu tersebut yang memohon untuk Mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai bankrap apabila tidak lagi mampu menjelaskan hutang.

2)Dibankrapkan - yang mana pemiutang ( Judgment creditor) yang membuat permohonan ke Mahkamah melalui Petisyen Pemiutang untuk membankrapkan penghutang (Judgment Debtor) apabila penghutang gagal untuk melunaskan hutang

KESAN APABILA DIISYTIHARKAN BANKRAP


1- tidak lagi boleh membuat pinjaman
2- agak susah bagi yang bekerja kerajaan
3-tidak boleh keluar negeri....boleh keluar hanya dengan kebenaran (cth: ke Mekah)

Perasan tak kalau nak minta kerja mesti ada syarat yang pemohon bukanlah seorang yang bankrap/muflis..

BAGAIMANA BOLEH JADI BANKRAP

Saya terangkan dalam bentuk penceritaan...senang nampak situasi dan insya Allah sebarang penggunaan istilah undang-undang akan cuba dikurangkan untuk senang difahami...
Ceritanya begini..katakanlah Ahmad (bukan nama sebenar) membuat pnjaman sewa beli kereta Perdana dengan bank ZZZ dan isterinya Minah sebagai penjamin kepada pinjaman sewabeli kenderaan tersebut...setelah beberapa bulan menggunakan kereta Perdana tersebut, tiba-tiba Ahmad gagal untuk melunaskan bayaran bulanan...kebiasaannya pihak bank akan call dulu if tak bayar kereta dalam masa 2 bulan..dan ahmad still lagi gagal untuk menjelaskan bayaran bulanan kereta tersebut. Oleh kerana still tiada bayaran, bank ZZZ menghantar Notice of Demand ( surat tuntutan ) melalui syarikat peguam yang dilantik kepada Ahmad menuntut Ahmad untuk menjelaskan bayaran tertunggak...dan di akhir surat tersebut ada dinyatakan bahawa perlu diselesaikan dalam masa 14 hari...haaa kalau sapa-sapa ada terima surat tu mesti ada ayat tu..n if tak selesaikan, pihak Bank akan meneruskan dengan tindakan undang-undang....

Walaupun surat tuntutan telah dihantar, Ahmad wat derk je...still tak buat payment...tunggakan bulanan makin bertambah...oleh kerana tiada juga bayaran yang dibuat peguam bank menghantar Notice of Termination ( surat penamatan) pinjaman yang mana menyatakan bahawa perjanjian telah ditamatkan dan bank menuntut keseluruhan pinjaman...pada peringkat ini, Ahmad sepatutnya menjelaskan tunggakan tersebut...tapi Ahmad still buat tak tahu dan tidak membuat bayaran....

Tindakan seterusnya diambil oleh pihak peguam iaitu menghantar Saman dan Pernyataan Tuntuan...menuntut Ahmad ke Mahkamah...walau bagaimana pun Ahmad tidak pergi ke mahkamah kerana takut @ macam-macam ada....oleh kerana Ahmad tidak hadir ke Mahkamah, peguam telah mengambil Penghakiman Ingkar ( Ingkar kerana tak hadir) yang mana Ahmad kena membayar keseluruhan pinjaman tersebut...haaa kan dah jadi masalah....dari 2 bulan tak bayar dan seterusnya dah kena bayar untuk keseluruhan pinjaman.....

Si Ahmad masih lagi belum membuat bayaran...tindakan seterusnya yang diambil oleh pihak peguam bank ialah memohon ke Mahkamah Tinggi untuk mengambil tindakan kebankrapan iaitu melalui notis Permintaan untuk mengeluarkan Notis kebankrapan...setelah mendapat kebenaran mahkamah, peguam akan menghantar Notis Kebankrapan tersebut kepada Ahmad menuntut untuk mejelaskan hutang dan juga faedah...(haaaa kan dah nasib tak baik...faedah dikira dari tarikh mendapat penghakiman tadi, ye)...walau bagaimanapun Ahmad masih lagi tidak membuat bayaran.

Notis Kebankrapan ini hayatnya adalah 6 bulan...sekranya masih tiada lag bayaran yang dilakukan, maka tindakan seterusnya ialah peguam meneruskan dengan Petisyen Pemiutang...di stage inilah permohonan untuk membankrapkan Ahmad dilakukan sewaktu hari pendengaran Petisyen Pemiutang di Mahkamah...Ahmad, walaupun telah diserahkan Petisyen pemiutang tersebut kepadanya masih tidak menghadirkan diri ke mahkmah....oleh kerana Ahmad tdak juga muncul, maka Perntah Penerimaan dan Perintah Penghukuman iaitu dihukum bankrap direkodkan ke atas Ahmad.....maka bankraplah Ahmad....

begitulah senario yang berlaku...untuk sahabat-sahabat sekalian, sekiranya ada saudara-mara yang menerima sebarang notis dari peguam atau phak mahkamah, bertindaklah segera...cubalah berbincang dengan pihak Bank untuk sebarang penyelesaian....

kes ini juga sama dengan kes-kes kad kredit....moga kita dijauhkan...ammennnn

Thursday, July 15, 2010

KELAS PENYUSUAN SESI JULAI 2010

Kelas Penyusuan Susu Ibu: Cabaran dan Halangan Penyusuan secara Eksklusif di kalangan Ibu Berkerjaya"

Kelas Penyusuan Susu Ibu: "Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Berkerjaya & Bagaimana Persiapan Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan"

Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)
Tempat : Mamibabyalley ,Kubang Kerian, Kelantan
Jam : 9.00 pagi - 1 tghr
Penceramah : Puan Farah (Kaunselor Laktasi/Sarakids), Puan Nurul (Kaunselor Laktasi/MamibabyAlley)
Yuran Penyertaan : RM50 individu/RM80 bersama pasangan
Bayaran boleh dibuat ke 553104414205 (Maybank Account). Sila email ke admin@mamibabyalley.com bukti pembayaran.
Sila hubungi 012-9696746 atau email ke admin@mamibabyalley.com untuk sebarang pertanyaan
Pendaftaran dibuka dan terhad kepada 20 org sahaja.
tarikh tutup penyertaan ialah pada 29hb Julai 2010

Tuesday, July 06, 2010

uhhh...penatttt

Program pertama setelah bergelar Kaunselor Laktasi...Seminar Infertiliti on 4th July di HUSM...saya telah diberi peluang oleh Dr Nik untuk membentangkan topik Induced Lactation & Relactation...agak gabra dan berpeluh juga..a week before the programme dr Nik call " Huda, you boleh tak bagi talk pasal Induced Lactation pada hari seminar tu..replace tempat Dr Tengku Alina...Dr Tengku kena gi kursus kat Perth,"..."hmm...ok..insyaAllah..i'll try Dr...", alhamdulillah berjaya juga disampaikan sedikit sebanyak perkongsian ilmu...Gabra? yela sebab among of the participants are the specialists and the doctors also nurses...cuak gila sebab saya ni bukannya from medical background..Bermalam-malam membuat research dan juga bertanya kepada kawan-kawan kaunselor laktasi yang lain..credit tu Farah (Sarakids) and Linda (BabyTodd) atas tunjuk ajar and also some tips for me...mmg kena persediaan yang rapi sebab yela expectation from the audience mesti tinggi..dan juga risau soalan 2 yang bakal ditanya akan menggegar otak..huhuhu...tapi alhamdulillah dah lepas....lega den...in fact ada seorang pakar ONG di situ mengatakan kekaguman terhadap saya sebab mampu bagi talk sebegitu...saya cuma gelak saja...dan saya bagitau "dr, saya takdela bagi banyak sangat..lagipun saya ni takda background medic..even sains pun tidak...sikit je saya bagi...saya biasa2 je..kalau dr nak tau ramai lagi yang kat luar sana lagi knowledgeable pasal benda ni dari saya...(teringat akan diskusi kwn2 di forum SusuIbu dan juga blog kawan-kawan..ramai lagi blogger yang hebat2) "...huhuhuh.....

and the second day which was on 5th July was the Seminar Reproduksi....ada kaitan dengan breastfeeding...dan Seminar hari itu diakhiri dengan slot saya.."Demonstrasi Penyusuan Susu ibu bagi ibu yang bekerja"...the topic which was assigned on me..hmm no problem..sebab kita memang praktis...lebih kepada sharing experience...tunjuk peralatan penyusuan in live...how to handle EBM...how to manage the stress of being a mak yang menyusu..etc..also i did some demo how to breastfeed in public..using baby wears etc..alhamdulillah respond dari peserta agak baik...jumlah peserta dalam seminar yang kedua ini lebih ramai almost 150 orang..and i enjoyed myself on the stage..sharing experience with all of them...and i ended my session with Chicken Dance...sangat2 menghiburkan....and i was so happy...

Beside being a presenter, saya juga ada membuka gerai jualan di situ...alhamdulillah respon yang diterima cukup baik...alhamdulillah jua BREASTFEEDING ni makin mendapat tempat di hati orang-orang Kelantan...kini daku semakin bersemangat untuk membudayakan breastfeeding ni di bumi Kelantan...oghe Kelate...maghila kito...huhuhhu



bersemangat bercerita...huhuh



gabra time ni....






among of the participants...




gerai yang dibuka..million thanks to my cuzzie Zaimah for the help..terkejut melihat orang menyerbu...huhuhh


Hmm hari ni juga menjadi sejarah buat Nuha Aneesa..5/7..Nuha buat kali pertama dihantar ke nurseri...biarlah dia belajar bersosial..belajar berkawan-kawan..walaupun banyak cerita-cerita negatif mengenai nurseri kuserahkan saja padaNya...bagiku Nuha sudah cukup besar untuk belajar bergaul...dan alhamdulillah performance Nuha first day di nuseri agak cemerlang kukira..mengikut kata kak ani..Nuha menangis sekejap saja selepas ditinggalkan...lepas tu dia dah boleh bawa diri..cuma tak tahan sebab Nuha hanya mau pada kak Ani sorang..pengasuh lain dia taknak..takpe nak..slow2..banyak hari lagi..Insya Allah Nuha boleh suaikan diri...kata kak Ani semuanya taknak di nuseri..ajak makan katanya nak makan di rumah...ajak mandi..nak mandi kat umah..ajak tukar diaper ckp nak tukar kat umah...ajak tidur pun nak tidur kat umah...pada abi..sabar ye bi..biasala dalam proses nak belajar...abi cakap nak cuti nak teman Nuha kat nurseri...huhuhu.."ku bilang pada abi..takyah teman2...biasala anak nangis..kat tempat baru..let her to be independent...maklumlah Nuha ni anak abi...abi tak sanggup kot tgk kak Yong Nuha nangis-nangis..huhuh...ramai sedara bertanya kenapa dihantar ke nurserri..biarlah dia bermain di rumah..tokmi,tokayah,tokki n mokki (kedua2 moyang Nuha) masih ada..teman bermain..tak kesian kat orang tua ke..sunyila dorang tanpa Nuha...Sebenarnya aku lagi kesian pada si kecik Muna..dahla dengan keadaan kulit yang begitu..juga aku kesian sekali pada Tok Mi..penat menguruskan kedua-anak ku...lalu kami mengambil keputusan untuk menghantar Nuha ke nurseri..biarla dia di situ...moga Allah permudahkan segalanya...Ameen














Friday, July 02, 2010

Stok EBM baru sikit...

huhuh...Rabu ni ummi dah nak masuk kerja..tapi stok EBM masih belum penuh peti..huhu...risau eh ummi...saya masih rsau lagi ni..meninggalkan Muna untuk kembali bekerja setelah 3 bulan bercuti panjang..ehh napa 3 bulan? dah start ke cuti bersalin 3 bulan tu..nopee...huhuhh..saja saya mengambil cuti tanpa gaji sebulan..bukan apa..dengan keadaan Muna yang sangat sensitif membuatkan saya amat ragu2 untuk meninggalkannya...kesan dari Exchange Transfussion hari tu kulit Muna sangat sensitif....sekarang ni the whole body jadi merah-merah, berair..gatal..kesian melihat Muna..akan tetapi keadaan Muna berubah jauh sekali bila berada di dalam suasana ber aircond...tidak lagi menggaru..tidak berair dan kulitnya tidak lagi kemerah-merahan...alamak...adik nak duk dalam aircond ye..huhuhu...hmm ntahlah..dah bermacam-macam krim disapu..semua tak jalan malahan lagi teruk adala...sudahnya skrg ni satu apa pun tak disapu...mandi tak bersabun...saya mandikan Muna dengan air teh...Bedak pun tidak dipakaikan...hanya tepung ubi kayu yang dilumur...alhamdulllah ada perubahan....agaknya Muna allergi chemicals...semalam baru je sampai losyen dan bedak jenama MEI MEI..yg organic punya..hmm harganya boleh tahan...nampak Muna cam ok je...hope so...



hmm..lagi satu yang membimbangkan saya ialah Muna tak nak minum EBM menggunakan botol..even sudu, cawan and syringe pun tak jalan...aduhaiii anak ummi...bikin ummi susah hati sangat-sangat...sebelum ni alhamdulillah..tak ada masalah...Muna mnum EBM melalui botol...cuma hari tu selepas pulang dari Cameron, Muna terus refused bottles...even sudu n cawan..so what to do? sbelum ni saya tinggal Muna seharian sibuk di kedai tidak ada masalah..malah Muna pernah menghabiskan 7 bekas dadih berisi 3oz EBM..means 7 x 3oz = 21 oz....sekarang ni langsung takmau....cawan pun bertukar ganti...sudu pun sama..syringe juga...yang agak menggelikan hati si cinoet Muna ni akan luahkan balik EBM yang dia minum...so skrg ni i got 4 days more to train Muna....kesian kat tokmi...tak duk diam jadinya..hmm..please help me..ada cara lain lagi tak...




Sekarang ni EBM yang terkumpul pun tak banyak..ummi baru kumpul 27 bekas..campur-campur bekas dadih n storage bags...so total EBM yg baru terkumpul is 27 x 3oz : 81 oz..hmm..kena kerja keras lagi ni..lagipun bulan puasa dah tak lama lagi dah...Caiyok.caiyok...Ya Allah permudahkanlah jalan ku ini...ameen