Masih lagi aku terngiang-ngiang kenangan bersama arwah..arwah insan yang terlalu baik..jiwanya yang luhur...seorang teman yang sangat ramah...tika di zaman pengajian dulu kami sering bertukar-tukar cerita...fiilnya kekadang seakan keanak-anakan...arwah selalu mengusik aku bersama kembarnya...pernah sekali arwah berpakat dengan kembarnya untuk mengenakan aku...masih ku ingat lagi di hadapan auditorium UIA...aku terserempak dengan arwah dan kembarnya...kembarnya memanggil namaku...dan arwah buat seolah-olah tidak mengenaliku..aku keliru..akhir sekali kedua-duanya menggelakkan aku kerana berjaya mengenakanku...
arwah juga sering berkunjung ke teratakku bersama kembarnya ketika di hari raya..malah seluruh isi keluargaku mengenali arwah...pagi tadi ummiku terkejut setelah aku mengkhabarkan pemergian beliau. Aku juga turut menghadiri majlis perkahwinannya bersama Mawar di Kg Bari..walaupun kami tiba hari sudah pun senja...namun tetap dilayani baik oleh arwah dan keluarga.
YA Allah..Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pencipta atas segala makhlukMu...hadirmu Jay dipinjamkan Allah ke dunia...dan kini engkau dikembalikan kepada penciptaMU...Ya Allah...Engkau letakkanlah sahabtaku ini di kalangan orang-orang yang beriman...yang beramal soleh..Sesungguhnya pemergiannya sanagt dirasai kami sahabat handai...apatah lagi dirasai oleh ahli keluarga seisi...
Buat Mawar...bersabarlah wahai adikku...sungguhpun kita tidak saling mengenali namun kakak mengenalimu sebagai isteri kepada sahabat kakak...Tabahlah dalam mengharungi hidupmu dik...berdoalah semoga Allah memberimu kekuatan...Sesungguhnya Ahmad meninggalkan sesuatu kepadamu sebagai amanah...anak-anakmu sebagai tanda ingatan dia kepadamu..Adikku Mawar...Hadirnya Ahmad dalam hidupmu dipinjamkan Allah sementara untuk dia mencurahkan segala kasih sayangnya sebagai suami kepadamu dan ayah kepada anak-anakmu...Ahmad milik Allah jua...dipinjamkan dan sekarang dikembalikan kepada PenciptanYa...Sabar dan tabahlah adikku...insan-insan sekelilingmu mengasihimu dan menyayangimu...Kuatlah dan bertahanlah demi anak-anakmu Nadaa dan Marwa...
Untuk Nadaa dan Marwa...beruntunglah kalian punyai ayah yang berjiwa luhur...berbanggalah kalian atas segala kasih sayangnya...segala coretan ayahandamu di nafastari itulah tanda ingatan dan kasih ayahmu wahai anak...sungguh walau kita belum pernah bersua...namun ukhuwwah dan silatulrahim yang terjalin membuatkan ummi mengenalimu wahai anak-anak...Jadilah anak yang solehah sebagai hadiah untuk ayahanda yang tersayang...Jadilah anakanda yang taat pada bondamu Mawar...Ceriakanlah hidup bondamu wahai anak-anak...
Alfatihah...Wan Ahmad Fadzil dalam kenangan...Semoga Jannah tempatmu...terima kasih atas sebuah persahabatan yang sangat luhur ini...
16 comments:
Ya Allah sedihnya..moga isterinya tabah..
berita kematian suami sahabat taulan selalu membuatkan jie menanam azam dlm diri agar sentiasa m'hargai suami selagi ada hayatnya.ataupn jika kita yg pergi dulu..insyaAllah.
UmmiUmmair: yg sedihnya jie...diorg on the way balik bercuti di kg...kawan ni kerja kat pakistan..balik cuti...eksiden kat lembah bidong..langgar kuda..ada kuar dlm tv
huda, mmg nak nagis teringatkan mawar, embun dan kekwa, apakan daya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali..terkenang ramah mesra sepanjang persahabatan di Universiti dan seorang yang tidak lokek dengan senyuman dan sapaan setiap kali bersua di mana-mana..
Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hamba2NYA yang beriman..Semoga isteri dan keluarga arwah sabar dan redha dengan pemergian arwah yang mengejut ni..Ya Allah tabahkanlah hati2 mereka..Ameeennn
tk dpt melawan sebak didada membaca entry tentang arwah..beliau merupakan sahabat sy di sekolah rendah n sekampung..
mmg arwah org baik dan disukai ramai..
hidup hanyalah pinjaman buat kita..
al fatihah buat arwah paa...:((
Chikde, masih segar segala kenangan bersama arwah, terutama semasa di Sendi Censerve..
Kakak ipar arwah satu pejabat dengan Chik Ah, banyak tahu perkembangan arwah melaluinya.
Tazkiran kematian sebaik peringatan buat kita yang masih bernyawa, utk sentiasa beramal kepada Tuhan, berbakti kepada insan.. moga beliau ditempatkan bersama kekasih2 Allah..
Sebak membaca coretan ini....
Lagi sedih bila mengenangkan Nur & anak2 arwah..
al fatihah
i was there this morning, at his house. Walaupun duduk satu negeri, rumah dekat2, tapi susah nak jumpa sbb tugas masing, sbb mmg lama xjumpa selepas grad dari UIA. Tak sangka pulak dapat jumpa hanya selepas nyawa Jay diambil tuhan. Mmg sangat2 pilu dan sedih melihat keadaan Arwah dan Isteri serta anak2... Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh
Nangis... T_T
bergenang air mata membaca coretan ini.. al-fatihah buat arwah..juga sahabatku... ~umi solehah~
cried...
Tidak mengenali arwah cuma melalui blognya. Dr Allah kt dtg, dan kpd Allah jua kt kembali..Moga arwah ditempatkan bersama-sama org beriman. Moga isteri arwah diberi ketabahan dan kekuatan utk meneruskan perjuangan hidup yg sementara dan menunaikan amanah yg tak ternilai, Embun dan Kekwa..
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
Dua kali beliau datang ke sini. Sekali sendiri. Sekali bersama Mawar dan Embun.
Rupa-rupanya, pagi yang sejuk itu merupakan pagi terakhir untuk kami
Janji untuk bertemu di tanah air tidak dapat ditunaikan. Semoga ditempatkan di sebaik-baik tempat dalam syurga.
Amin
Al-fatihah buat arwah ahmad..smga rohnya dirahmati Allah dan ditmptkn di kalangan org2 beriman. sebak membaca coretan arwah buat anakanda kedua dan catatan saudari huda.. bertmbh sebak mendgrkan lagu latar blog saudari huda ni.. kami smua merindui arwah. smga aman d sana..
ya.dia mmg baik.
Post a Comment