Sunday, April 10, 2016

Entri khas untuk kakYong

Semalam abi bermusafir ke Kuala Lumpur selama 2 hari.. Tinggallah umi bersama anak-anak syurga berlima..Sebelum bermusafir pelbagai nasihat dan pesanan abi titipkan kepada anak-anak

"Kak Yong..tolong abi jaga ummi dan adik-adik,"

"Anak-anak abi jangan nakal-nakal..dengar cakap ummi..kesian dekat ummi.. ummikan bawa adik baby dalam perut..umi sakit,"

"Kak Ngah..tolong Kak Yong jaga adik-adik,"

" Kak Yong, Kak Ngah jangan tinggal solat...ikut cakap umi,"

Alhamdulillah abi..sepanjang permusafiran abi anak-anak begitu baik sekali. Semuanya mendengar kata. Namun ada juga terbabas sekali dua..Biasalah anak-anak. Karenah dan kelakunya yang menguji kesabaran ummi

Alhamdulillah abi..sepanjang permusafiran abi, ummi dijaga baik sekali oleh anak-anak..

Alhamdulillah abi...Kak Yong sangat membantu umi...Kak Yong ingat sangat-sangat pesan abi...Kak Yong ambil alih tugas ummi jadi warden..kak Yong tolong ummi kemas rumah. Semalam waktu sarapan umi masak sotong rebus dan dging goreng. Anak-anak makan dengan selera sekali. Itu lauk yang ummi masak untuk TokAbah dan Tokmi sahur. Tokmi dan Tok abah mahu puasa 1 Rejab..
Usai sarapan dengan anak-anak, umi tertidur...Mungkin sebab umi berjaga awal memasak makan sahur tokmi dan tokabah...Bila ummi terjaga, ummi pelik sebab anak-anak semua senyap. Rupanyan anak syurga semua di tingkat atas menonton tv. Ummi masuk dapur..Niaat di hati hendak menyelesaikan pinggan mangkuk di sinki hasil dari sarapan tadi. Umi terkejut bilamana dapur kemas bersih. Pinggan yang memenuh di sinki semuanya tiada

"umi dah bangun? Kakyong ajak adik-adik naik tengok tv. takut kalau main kat bawah nanti bising ummi nak tidur,"

"kak Yong tolong ummi cuci pinggan ye..terima kasih kakyong sebab tolong ummi,"

Petang Sabtu ummi bilang sama anak-anak syurga " abi dah nak balik..jom anak-anak tolong ummi kemas rumah. Mesti abi bangga bila sampai rumah tengok rumah kita kemas je. nanti ummi bagaitahu abi bahawa anak-anak syurga abi yang kemas.

Di atas meja kelihatan kakyong menulis sesuatu di buku catatan. Ummi masuk ke bilik air. Keluar sahaja dari bilik air , anak-anak syurga memasing sudah memulakan kerja mengemas. Rupa-rupanya kakyong sedang membuat senarai tugas. Bertungkus lumus anak-anak bekerja. Kak Yong dan Kak Ngah menyapu sampah...K.Chik Iman menyusun buku...Abe Ammar dan adik Abbad mengutip mainan...

Usai Maghrib kami bertolak menuju ke airport untuk mengambil abi. Niat ummi mahu membelanja anak-anak makan malam di KFC di airport. Macam-macam pesanan umi titipkan untuk anak-anak berlima ini. Alhamdulillah abi...Kak Yong betul betul menjaga amanah abi..Kak Yong tidak bermain sebagaimana adik-adik yang lain bermain..Kak Yong jaga adik-adik bermain.. Kak Yong jaga adik Abbad waktu main gelongsor... Kak Yong jaga Abe dan KakChik dari bergaduh..Ummi hanya pandang dari jauh.. Sesekali ummi bersuara mengingatkan Kak Ngah dan KakChik yang sedang galak bermain..

Inilah anak sulung kita abi..kak Yong...umur belum lagi 8 tahun..tapi sudah tahu tanggungjawab..

Terima kasih kak Yong
Terima kasih kak Yong sebab tolong ummi
Terima kasih kak yong sebab jaga adik-adik..

Ummi sebak dan terharu dengan kak Yong...

Ummi sayang KakYong...

Sunday, September 13, 2015

Catatan buat abah...

Catatan buat abah...

Sudah lama aku tidak pulang ke rumah melawat abah dan ummi lantaran kesibukan menguruskan rumahtangga bila tiba hujung minggu. Sudah lama juga aku tidak menelefon abah dan umi bertanyakan khabar. Satu hari usai mengerjakan solat Asar tatkala aku sedang menadah tangan memohon doa dari Sang Pencipta bayangan abah terlintas di fikiran.Aku panjatkan doa sesungguh hati buat abah dan umi. Hati jadi sebak tetiba bila mengenangkan abah. Air mata mula mengirai di tubir bila otak mula membayangkan hidupku tanpa abah andai abah dijemput pergi. Aku menangis tersedu kenangkan abah. Segala kenanngan dengan abah mula menjelma satu persatu.Air mataku makin menderas. Badanku terhinjut-hinjut menahan tangis sampai mengejutkan sang suami yang sedang di sisi..itulah aku...bila rindu pada abah pada umi bertenggek akan kuhambur air mata..Sang suami diam tanpa kata..cuba untuk memahami mungkin asbab aku menghamburkan air mata tiba-tiba...Rindu...sungguh aku rindu abah dan umi...walau aku tidak betah mengungkapkan kata rindu buat abah dan umi...

Abah...sosok tubuh yang sederhana..riak wajah yang serius..wajah yang bekeng...Garang? memang abah terlalu garang dengan anak-anak..dengar dehemnya sahaja sudah cukup untuk buat kami adik beradik kecut perut..Bunyi motor dari kejauhan pulang dari masjid sesudah Subuh sudah cukup untuk mengejutkan kami dari lena yang panjang..nahaslah kalau ada yang masih belum bangun dari tempat beradu tatkala abah membuka pintu rumah pulang dari masjid...abah tidak perlu berkata sepatahpun...masihku ingat lagi suatu pagi aku lambat bangun...abah membuka pintu bilikku dan aku masih lagi lena di atas katil..tanpa sepatah kata abah membaling sebiji bantal ke arahku...kepuk! bantal yang dibaling terkena kepalaku lantas aku terus bangun dari tempat beradu...Abah jua tidak perlu berleter panjang...jelingan mata abah sudah cukup menggentarkan hati kami adik beradik...selalu abah berpesan waktu Maghrib jangan pasang televisyen...itu waktu Maghrib..kena bersedia untuk solat...tapi kuingat lagi lantaran ralit melihat cerita bersiri Miss Comet yang siarannya habis Maghrib, sanggup kami berpakat untuk 'silentkan' tv...semata takut dimarah abah..namun kami silap..di tengah ralit menonton abah menghampiri lalu memandang kami..semacam terkena renjatan eletrik terus tv kami matikan dan litang pukang berlari masuk ke bilik air takut dirotan abah..

Abah...jarang sungguh untuk melihat abah senyum ketawa dengan kami...tapi abah pandai hiburkan hati kami...abah pandaI berdikir..suara abah sedap sangat...pernah abah bergendang bersama kami..abah suka menyanyi...tambah lagi bila abah mendodoi adik kecil kami yang sedang menangis..abah menyanyi macam lagu..selawat zikir...sungguh merdu suara abah.

Sekali abah meninggi suara memarahi kenakalan kami adik beradik sudah cukup untuk membuat kami diam serta merta..Abah garang sungguh masa mengaji..habis Al quran basah lencun dek air mata kami yang dimarahi abah..Angah suka mengelat semasa mengaji...Kami memandang Al Quran seolah olah pandangan itu tembus ke dalam alQuran..rotan peneman setia abah dikala mengajar kami adik beradik...tapi aku akur..dek kerana rotan itulah kami adik beradik berjaya khatam al quran awal...Abah suka berkongsi cerita Al Quran..bilamana kami sedang mengaji abah akan ceritakan maksud ayat itu..kadang kadang abah lagukan ayat Quran ikut tarannum...sedap sangat suara abah...

Abah cukup prihatin soal sakit anak-anak...pantang abah melihat kudis yang tumbuh di tubuh kami adik beradik..pantas abah mencari ubat untuk disapu...bila anak-anak mula demam.terus dicari ubat cortal...abah akan menunggu sehingga ubat itu berjaya ditelan..jika tidak mahu saja dijerkah abah kalau tidak mahu makan ubat...masih segar lagi di ingatanku sewaktu di tingkatan 3...suatu petang aku demam panas yang sangat...warden menelefon abah dan memberitahu abah untuk membawaku pulang ke rumah...petang itu waktu dirumah aku teringin ke bilik air...dengan kepala yang terlalu sakit aku melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik air di bawah..aku jatuh terjelepuk..pandangan mataku berpinar...aku muntah-muntah...aku dipimpin umi menuju ke bilik...di tengah malam abah datang ke bilikku...diletakkan tangannya yang kasar itu ke dahiku..mahu dirasa kuat manakah panasnya...abah membetulkan selimut yang menutupi tubuhku..lalu abah mencium dahiku...terus air mataku mengalir deras.. terharu dengan kasih sayang abah...benda yang sama juga dibuat abah...usai sahaja aku melahirkan anak sulungku Nuha Aneesa...kelahiran yang ditunggu selama 3 hari...aku selamat melahirkan anakku jam 11mlm..namun anakku terpaksa dimasukkan ke nicu kerana kepalanya yang sedikit benjol dek tersekat terlalu lama...aku hilang daya dan terlalu lesu selepas selamat bersalin...masih kuingat setelah aku dimasukkan ke dalam bilik oleh misi...abah masuk ke dalam bilikku dan dia melihat aku yang dalam ketidakupayaan...dia menggosok kepalaku lalu menghadiahkan ciuman di kepalaku...walau masih samar dan keletihan amat air mataku bergenang kerna kutahu abah sayang padaku...

akan disambung....

KISAH SUSU IBU...KASIH IBU YANG TIDAK TERNILAI

Bulan Ogos sinonim dengan bulan penyusuan susu ibu sedunia. Pelbagai acara dibuat untuk menyambut bulan penyusuan ini oleh pelbagai pihak hospital wajibnya dan tidak ketinggalan juga kumpulan sokongan susu ibu. Pihak televisyen dan radio juga tidak berkecuali…dianjurkan pelbagai rancangan tv dengan menemubual beberapa ahli penel yang arif tentang penyusuan.

Tahun ini bulan penyusuan disambut dengan kontroversi DNA. Banyak pihak tampil ke hadapan memberikan pendapat dan pandangan masing-masing…tidak kurang hebat juga cercaan dan tohmahan yang dilemparkan di media sosial. Aku mengambil sikap untuk berdiam diri tidak mahu mengeluarkan sebarang komen kerana diri sendiri pun tidak menyaksikan rakaman tersebut. Ini bukan kali pertama dalam umur hidupku aku mendengar kisah DNA susu lembu ini yang telah menjadi kontroversi seketika.

 Masih kuiingat lagi sewaktu dalam kelas Islamic Criminal Law di tahun kedua pengajian Sarjana Muda Undang-Undang, pensyarahku ketika itu seorang Assoc Profesor berbangsa Arab melemparkan soalan ke dalam kelas kami yang membuatkan telingaku rabak…soalannya diajukan dalam Bahasa Inggeris pelat kenapa banyak kejadian jenayah sekarang ini..merompak..mencuri…bunuh…Bising bilik kuliahku bilamana pelajar sibuk melontarkan idea masing-masing…namun tiada satupun yang betul. Semua salah!!! Jawapannya ialah kerana ramai orang sekarang minum susu lembu…susu lembu yang menjadi darah daging. Cuba kamu perhatikan tabiat lembu…kamu minum susu lembu kamu ikut perangai dia..ikut perangai binatang…tak dengar cakap ibu bapa…Bayi sekarang tidak minum susu ibu…lahir sahaja diberi susu lembu…ZASSSSSS!!!!! Terasa telingaku terbakar dan hatiku bernanah. Mahu sahaja aku lontarkan kemarahanku..ingin sahaja kujerit…Doktor…saya juga minum susu lembu…saya dibesarkan dengan susu lembu tapi saya tidak berperangai seperti itu….Kerana kata-kata keramat itu aku mula menanamkan azam bahawa anak-anakku nanti akan kususukan dengan susu ibu walau bagaimana keadaan sekalipun kerana aku berpegang dengan kata-kata pensyarahku…

Tahun berganti tahun dan aku mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan dan berkahwin dengan pemuda pilihan hatiku sendiri. Aku menyampaikan hasrat kepada suamiku untuk menyusukan zuriat kami dan Alhamdulillah hasratku disambut baik oleh suamiku. Apabila aku mula mengandungkan zuriat kami yang pertama, aku mula mencari info berkaitan susu ibu. Segala majalah, artikel dan website akan kubaca demi memenuhi cita-cita dan impian kami bahawa anak-anak mesti disusukan dengan susu ibu. Melalui pembacaan ku barulah aku mengetahui bezanya susu ibu, susu formula dan susu lembu.

Suamiku juga bersungguh-sungguh mencari info berkenaan susu ibu. Setiap artikel yang dibaca akan disimpan dan akan ditunjukkan kepadaku apabila kami berjumpa di waktu hujung minggu. Ini kerana aku bertugas di Kuala Terengganu dan suamiku bekerja di Kota Bharu. Kami hanya berjumpa setiap hujung minggu. Alhamdulillah syukur punyai suami yang sangat menyokong. Masih kuiingat lagi laman susuibu.com wajib aku layari setiap hari. Kebetulan pula seorang staf di pejabatku baru sahaja lepas cuti bersalin dan dia sememangya menyusukan anaknya dengan susu ibu. Melalui dia aku belajar banyak perkara mengenai susu ibu. Sungguh…aku amat mengagumi dia. Huda…terima ksih atas inspirasi ini..takkan kulupa sepanjang hayatku.

Banyak kisah suka duka yang aku lalui sepanjang menyusukan anak-anakku. Dari seorang hinggalah ke 5 orang sehingga kini. Masing-masing punyai cerita tersendiri.Namun aku bangga dengan diriku kerana akulah ‘provider’ kepada mereka. Apabila membelai setiap helai rambut mereka sentiasa di hati ini syukur ya Allah..rambut ini tumbuh hasil dari susuku. Setiap jari jemari mereka darah daging mereka jua dari susu ku. Alhamdulillah syukur padamu Ya Rabb.

Masih kuingat lagi di minggu-minggu akhir kehamilanku, keluarga mertua memintaku untuk menjaga anakku kerana anakku ini merupakan cucu sulung. Tambah lagi anakku yang bakal lahir adalah cucu perempuan. Aku termenung berfikir panjang kerana aku telah survey nursery untuk aku letakkan anakku nanti. Mereka memujukku dengan macam-macam cerita yang tidak enak perihal nursery. “Percaya ke orang jaga anak tu”…”tak sama datuk nenek dia jaga dengan orang jaga,”. Suamiku juga memujukku supaya meninggalkan anak bersama keluarganya kerana dia takut aku tidak dapat menguruskan anak sendirian di Kuala Terengganu sedangkan dia di Kota Bharu. Marah juga aku ketika itu kerana memang impianku untuk menyusukan anakku. Sekiranya ditinggalkan di kampung, sah la anakku tidak dapat menyusu sepenuhnya. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya kuakur dengan kehendak suami dan keluarganya untuk bayiku nanti dijaga di kampung dan aku mengambil keputusan untuk BERULANG setiap hari dari Bachok ke Kuala Terengganu. Maka bermulalah episode baru dalam kehidupanku.

Sungguh tidak kunafi banyak rintangan cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui demi sebuah cita-cita untuk menyusukan anak sepenuhnya. Minggu pertama selepas kelahiran lagi aku sudah tewas. Walaaupun ilmu penyusuan sudah tersemat dalam kepala namun gagal juga aku. Minggu pertama pantang (pantang di rumah mertua) anakku sudah  diberi formula lantaran susu yang belum keluar banyak. Tatkala aku sudah bersedia untuk menyusu anakku, mertuaku menghulurkan botol susu yang siap dibancuh. Aku memendam rasa yang amat. Hendak ditolak takut mertua kecil hati. Berulang kali aku mengingatkan suamiku bahawa aku ingin menyusukan anakku dengan susu ibu. NO FORMULA. Aku mula mengepam untuk membuat stok susu namun tidak banyak yang boleh dibuat stok kerana peti rumah mertuaku satu pintu. Mana mungkin stok susu bertahan lama. Ini juga dugaan dan cabaran. Suamiku juga bersungguh hati menerangkan kepada ibunya tentang hasratnya untuk anak kami diberi susu ibu sahaja. Aku membiarkan sahaja suamiku memberitahu ibunya. Soalan yang bermain di pemikiran ibu mertuaku ketika itu cukupkah susu untuk anak nanti. Kekadang suamiku juga memberikan beberapa artikel dari majalah kepada ibunya untuk memahamkan tentang penyusuan susu ibu.

Cabaran penyusuanku tidak berhenti di situ sahaja. Malah ianya makin mencabar apabila aku mula bekerja. Bayangkan seawall 4.00 pagi aku sudah bangun bersiap untuk ke tempat kerja. Aktiviti pagi hariku bermula dengan mengepam susu. Kemudian aku bergegas bersiap kerana suamiku akan menghantarku ke tempat menunggu bas di Pasir Tumbuh. Bas bertolak dari Kota Bharu tepat jam 5.00 pagi dan akan sampai di Pasir Tumbuh lebih kurang 5.12 pagi. Bayangkanlah aku meninggalkan anakku tatkala dia masih lena dibuai mimpi. Beginilah rutin harianku setiap hari. Setiap hari mengusung beg pam lengkap dengan pam spektra beserta icepack tanpa gagal. Kadang aku terlewat juga bangun dan terlepas bas. Bas tidak akan menunggu sama sekali. Kadang-kadang sampai ke Setiu suamkiu mengejar bas. Kadang-kadang kupandu sendiri kereta dari Bachok ke Kuala Terengganu.

Sampai sahaja di pejabatku perkara pertama akan dilakukan adalah mengepam susu. Aku ada geng ibu menyusu. Jadual menyusu kami sama di ofis. Jam 10 pagi, jam 1 tengahari dan jam 4.15 petang. Sambil mengepam sambal kami bercerita macam-macam cerita. Cerita perihal anak. Cerita perihal penyusuan susu ibi. Sungguh kami memang obsessed dengan susu ibu.Memang indah momen itu. Terima kasih Huda, Soleha…you were great friends of mine.

Tepat jam 5.00 petang aku sudah terpacak menunggu bas di hadapan JPJ Kuala Terengganu. Masih kuiingat lagi aku selalu disindir oleh penumpang lelaki yang mengusikku kerana hanya aku seorang yang memikul beg besar sedangkan penumpang yang lain hanya dengan tas tangan sahaja. Namun aku dengan bangga akan menjawab “saya membawa bekal untuk anak saya…rezeki untuk anak saya,”. Bila diberitahu bahawa isi beg adalah susu ibu masing-masing melopong hairan. Pernah aku ditanya kenapa begitu gigih kenapa tidak diberi sahaja susu formula. Namun aku hanya memberikan senyuman sahaja ke pada mereka.

Jam 8.30 malam suamiku sudah sedia menunggu ku di Melor. Biasanya aku sampai di rumah sekitar jam 9 malam. Kadang anakku sudah pun tidur. Kalau rezekiku baik, anakku masih belum tidur. Kalau difikirkan sekali terasa sangat sedih kerana setiap pagi aku turun dari rumah ke tempat kerja anakku masih belum bangun dan pulangku di malam hari kadang anakku sudah tidur. Kadang aku rasa menyeesal kerana anakku tidak dapat kulihat perkembangannya setiap hari. Sampai sahaja di rumah, suamiku akan mengambil beg pamku dan dia akan menguruskan segalanya. Dari membasuh peralatan pam sehinggalah membahagikan susu mengikut keperluan anak setiap hari. Malah suamiku jua akan memastikan bahawa bekalan air soya dan kurma tidak pernah putus dalam peti dan dia juga akan memastikan bahwa aku akan meminum soya atau susu tersebut sebelum tidur. Lantaran kepenatan seharian aku selalunya akan tidur awal kerana jadual harianku akan bermula jam 4 pagi.

Aku pernah ditanya suamiku kenapa aku begitu gigih mengepaam susu dengan keadaanku yang penat bekerja dan penat berulang dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu setiap hari dan inilah jawaapanku’ “ abi…kalau saya memberikan susu tin kepada anak kita maka hubungan saya dengan anak kita hanyalah ibu dan anak semata..tiada keterikatan antara saya dan anak dan saya hanyalah ibu pada nama sahaja. Saya awal pagi sudah bangun ke tempat kerja dan anak masih tidur dan pulang malam pun anak sudahpun tidur. Biarlah susu-susu yang saya tinggalkan dalam peti itu yang menghubungkan saya dengan anak saya. Biarlah dengan susu-susu yang diperah itu menjadi keterikatan saya dengan anak saya…walaupun ianya Nampak biasa bagi setengah orang namun ia punyai kesan emosi bagi saya. Susu yang diperah itulah tanda kasih saya sebagai ibu”

Hasrat hati untuk menyusu penuh tidak kesampaian kerana dalam usia 9 bulan aku terpaksa juga mencampurkan formula. Badanku yang keletihan kerana setiap hari aku terpaksa melalui perjalanan panjang menyebabkan susuku merudum. Puas ku ikhtiar membeli supplement dan sebagainya. Namun kutewas jua akhirnya. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku diberi peluang untuk menyusu anakku selama 9 bulan secara penuh.Namun aku bangga kerana dapat memahamkan ahli keluarga sekelilingku perihal susu ibu malah ibu mertuaku sendiri akan meminta sanak saudaraku yang baru bergelar ibu untuk belajar menyusu denganku...


Inilah cabaran dan dugaanku. Kini dengan lima cahayamata sudah pasti kisah penyusuan susu ibu punyai lima kisah yang berbeza. Akan kuceritakan satu persatu untuk tatapan generasiku suatu hari nanti. Terima kasih Ya Allah.

Tuesday, January 20, 2015

Penatkah jadi ibu



Penatkah menjadi ibu...lelahkah menjadi seorang mama...Monolog sendiri tika lewat malam tatkala memandang wajah mulus 5 anak syurga yang sedang tidur...tidur yang pelbagai gaya...kepenatan seharian di sekolah mencari ilmu..wajah polos itu kusorot satu persatu..maafkan umi sayang atas kekurangan umi dalam membesarkan kalian...

Penat? Ummi akur akan kepenatan itu..seharian di pejabat dan pulang ke rumah menghadap pula tugasan rumah..namun syukur kalian punyai abi yang sangat rajin..tidak betah sama sekali melakukan kerja rumah...andainya umi sibuk di dapur abi pula sibuk di luar siapkan anak-anak...mandikan dan pakaikan baju untuk menghadapi malam pula...begitu juga sebaliknya...andai umi siapkan anak abi pula tanpa berlengah di dapur membantu umi mana yang perlu...

Kadang terlintas juga di fikiran untuk mencari pembantu rumah...namun keadaan sekarang tidak mengizinkan..faktor ekonomi juga menyumbang..selalu juga di fikiran alangkah bagus punyai pembantu...usai solat Maghrib boleh mengaji bersama anak dan mengulangkaji bersama mereka...Ya..anak-anak butuh perhatian abi dan umi tika ini...namun ianya hanya berlegar dalam fikiran sahaja...

Penat dan letih? ya..memang penat dan letih tapi umi akur akan kalian adalah amanah yang harus dijaga umi dan abi..puas diusir bisikan syaitan yang sesekali menyapa..tapi ummi tetap tega untuk terus menjunjung amanah ini..terus ummi mencari inspirasi untuk kuatkan diri..ummi mencari kisah-kisah ibu yang berjaya mendidik anak untuk dijadikan panduan..jelas..ianya kembali kepada diri ummi sendiri...

Maafkan ummi anak-anak andai ummi kurang waktu untuk bermanja denganmu...rengekan si kecil buat si kakak merajuk...rajuk yang berpanjangan seolah umi sudah tidak sayangkan kalian...

Maafkan umi juga anak..terkadang umi gagal siapkan sarapan untuk bekalan ke sekolah..hanya roti gardenia yang mampu dihulur...maafkan umi juga anak atas kegagalan umi dalam menjaga makan minummu...

Ummi cuba untuk menjadi superumi..dan masih lagi bertatih ke arah itu...

Ampunkan ummi...

Tuesday, August 27, 2013

SKANDALLLLL......OHHH TIDAKKKKK

Nauzubillah....Ya Allah Peliharalah aku dari segala ancaman dunia...ameen...

Hari ini macam biasa umi breakfast di kantin pejabat..makan semeja dengan beberapa orang staf...banyak cerita yang dikongsi bersama..makan sambil bergelak ketawa...sungguh seronok..terlepas beban seketika..namun yang tidak seronok bila satu persatu cerita mula keluar...Skandal isteri dengan suami orang..skandal suami organg dengan isteri orang...Ya Allah ampunilah hamba-hambamu ini...

Selama ini ummi hanya banyak membaca kisah-kisah sebegini dalam akhbar, majalah , facebook dan sebagainya...kali ini live...wahhh sangat tidak seronok untuk mendengar cerita-cerita sebegini...Ya Allah ampunilah kami..hambamu yang lemah ini..Tambahan pula bila ianya melibatkan orang yang kita kenali...

Ya Allah..Lindungi kami dari fitnah dunia...Buat para isteri sekalian...usai saja aqad suami diterima maka kita menjadi milik suami kita selagimana hubungan perkahwinan itu terbina...Kita bukan sahaja menjadi isteri kepada suami kita...ingatlah kita ini adalah amanah untuk suami..tanggungjwab yang harus dipikul...Kita bukan sahaj menjadi miliknya secara fizikal namun segala-gala menjadi miliknya...maka ruh ketaatan kecintaan kepada suami dan kehormatan suami harus diutamakan selagi mana ianya tidak bertentangan dengan jalan Allah...Maka jagalah diri wahai sang isteri...jagalah maruah diri..jagalah maruah suami...dan juga jagalah dosa pahala suami...ingatlah isteri...kita ini di bawah tanggungjawab suami...janganlah biarkan suami menderita dek dosa-dosa yang yang kita cipta untuk mereka...

Ya Allah...beratnya ujianMu...

Wednesday, August 14, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013



Alhamdulilah thumma alhamdulillah.. .masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin...baru berkesempatan memvakum habuk-habuk yang menebal..nak sapu tak boleh..resdung...hihih..alamatnya bersinlah sepanjang hari...

Alhamdulillah raya kali ini disambut macam biasa..macam raya yang lepas..cuma persediaan raya tahun ini tidaklah semeriah yang dulu..hanya pakaian anak yang disediakan..itupun kurang jumlahnya dari tahun yang lepas..cuma rasa seronoknya raya kali ini bila dapat beraya dengan hero kami Ammar Mursi...sudah boleh bertatih tika di usia 11 bulan...Rasa teruja bila melihat Ammar berjubah di pagi raya...Oh ye..tema kami sekeluarga tahun ini adalah JUBAH...hihih..padahal baju kurung anak-anak tidak sempat dijahit..k.yong, kngah dan kchik teruja dengan jubah mereka masing-masing..Ummi pun sama..mengenakan jubah merah hati yang abi beli di Kuala Lumpur...pandai abi pilih..it suits me well...

Pagi raya di rumah Ummi dan Abah di Gong Kepas...seperti biasa aktiviti bergambar adalah suatu yang wajib...Masih lagi kekurangan ahli...huhuh...Ayah Chik Habib beraya di India bersama Ummi Chik dan baby Zara Auliya..tahun ini Tokmi dan Tok Abah menambah 2 cucu..sorang lagi bakal lahir bulan 9 ini..doakan ye...Seorang lagi yang tiada Ayah Mad Farid..beraya di Kedah di rumah mertua...Entah raya bila akan complete semua...

Ok..stop di sini dulu...masih lagi dalam mood raya..n mood hmmmmmm....oklah nanti story mory later...

Monday, September 17, 2012

Alhamdulillah...bertambah lagi keluarga kami

Alhamdulillah ..kelahiran yang ditunggu2..buah hati kami yang ke empat selamat menjengah ke dunia 16 Julai 2012 yang lalu..masih belum berkesempatan untuk menukilkan kisah kelahiran.. AMMAR MURSI BIN FIRDAUS...pelengkap keluarga kami..hero..teruna dan jejaka yang dinanti...tunggulah bila keadaan mengizinkan nanti...kisah kelahiran Iman masih lagi tersimpan dalam kotak draft..juga menunggu untuk disudahkan..ummi kini sentiasa berhambat dengan masa...tambah lagi dengan adanya ahli baru...semuanya perlu dirancang dengan lebih teliti..azam ummi dan abi untuk menjadi abi ummi yang terbaik di mata anak-anak..ingin sahaja berkongsi cerita..ragam anak..keletah mereka..setiap satu punya cerita tersendiri..Sungguh..kekadang rasa surrender..huhuhu..menyerah kalah..namun cuba dikuatkan semangat...mohon dipermudahkan segala...ameenn

Monday, July 09, 2012

koreksi diri...







Masih lagi menunggu ketibaan baby baru..saban hari ummi membisikkan kata-kata buat si anak yang bakal lahir..doa dipanjatkan agar kelahiran dipermudahkan...sungguh kehamilan kali ini sungguh mencabar...berat si ummi yang semakin mencanak naik...setiap hari mengadu kepada abi bahawa ummi sudah tidak larat untuk mengusung perut ke sana ke mari..taulan sekeliling memandang ummi dengan penuh kesian...raut wajah yang menampakkan ketidaklaratan ummi...penat..letih..sakit..cuma Allah yang mengetahui.. Wahai anak seandainya dikau mengetahui jeerit perih payahnya si ibu mengandungkanmu tentu dikau tidak sanggup untuk  melukakkan hati siibu walau setitik noktah...


Hari ini diterpa rasa syahdu yang amat sangat...bila kyong turut sama mengalunkan doa dhuha yang kebetulannya berkumandang di radio IKIM...terasa sangat diri ini kerdil..semakin jauh dari Allah..sembahyang setiap hari...namun setakat mana sembahyang itu dinilai wallahua'lam...dgn keadaan diri ini yang semakin tidak larat..ditambah lagi urusan anak-anak..rumahtangga dan sebagainya...dalam diam umi koreksi diri bersama air mata yang mengalir.. Ya Allah sudah jauh aku dariMu...terima kasih Ya Allah atas ingatan yang sekecil ini...


Ya Allah...
Sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu, 
Kecantikannya, kecantikanMu,
Keindahannya, keindahanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
kekuasaannya, kekuasaanMu
perlindungannya, perlindunganMu.

Ya Allah...
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah.


Berkat waktu dhuha, 
kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku
segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.