Tuesday, July 27, 2010

Celik Undang-undang

Saban hari bergelumang dengan kes-kes mahkamah membuat saya termenung sendirian...masyarakat kita seolah-olah mengenepikan undang-undang...malah mungkin menganggap undang-undang itu tiada apa-apa...tapi bila dah terkena apa-apa mulalah menggelabah...setiap hari menatap kes-kes kebankrapan melihat akan kejatuhan bangsa sendiri...dan juga agama...kes-kes kebankrapan di kalangan masyarakat membuatkan saya takut...seawal 20an sudah dikenakan tindakan kebankrapan...adusss...terlalu muda untuk bergelar seorang bankrap sedang perjalanan masih jauh lagi di hadapan...hari ini teringin untuk berkongsi tentang kes kebankrapan...apa itu bankrap...macammana boleh kena bankrap..kesan2 bankrap...

BANKRAP secara mudahnya ialah Mahkamah akan mengisytiharkan seseorang itu menjadi bankrap atau muflis apabila dia tidak lagi mampu menjelaskan hutang dengan pemiutang dan hutangnya melebihi rm30,000.

Terdapat 2 jenis bankrap :-

1) bankrap sendiri - individu tersebut yang memohon untuk Mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai bankrap apabila tidak lagi mampu menjelaskan hutang.

2)Dibankrapkan - yang mana pemiutang ( Judgment creditor) yang membuat permohonan ke Mahkamah melalui Petisyen Pemiutang untuk membankrapkan penghutang (Judgment Debtor) apabila penghutang gagal untuk melunaskan hutang

KESAN APABILA DIISYTIHARKAN BANKRAP


1- tidak lagi boleh membuat pinjaman
2- agak susah bagi yang bekerja kerajaan
3-tidak boleh keluar negeri....boleh keluar hanya dengan kebenaran (cth: ke Mekah)

Perasan tak kalau nak minta kerja mesti ada syarat yang pemohon bukanlah seorang yang bankrap/muflis..

BAGAIMANA BOLEH JADI BANKRAP

Saya terangkan dalam bentuk penceritaan...senang nampak situasi dan insya Allah sebarang penggunaan istilah undang-undang akan cuba dikurangkan untuk senang difahami...
Ceritanya begini..katakanlah Ahmad (bukan nama sebenar) membuat pnjaman sewa beli kereta Perdana dengan bank ZZZ dan isterinya Minah sebagai penjamin kepada pinjaman sewabeli kenderaan tersebut...setelah beberapa bulan menggunakan kereta Perdana tersebut, tiba-tiba Ahmad gagal untuk melunaskan bayaran bulanan...kebiasaannya pihak bank akan call dulu if tak bayar kereta dalam masa 2 bulan..dan ahmad still lagi gagal untuk menjelaskan bayaran bulanan kereta tersebut. Oleh kerana still tiada bayaran, bank ZZZ menghantar Notice of Demand ( surat tuntutan ) melalui syarikat peguam yang dilantik kepada Ahmad menuntut Ahmad untuk menjelaskan bayaran tertunggak...dan di akhir surat tersebut ada dinyatakan bahawa perlu diselesaikan dalam masa 14 hari...haaa kalau sapa-sapa ada terima surat tu mesti ada ayat tu..n if tak selesaikan, pihak Bank akan meneruskan dengan tindakan undang-undang....

Walaupun surat tuntutan telah dihantar, Ahmad wat derk je...still tak buat payment...tunggakan bulanan makin bertambah...oleh kerana tiada juga bayaran yang dibuat peguam bank menghantar Notice of Termination ( surat penamatan) pinjaman yang mana menyatakan bahawa perjanjian telah ditamatkan dan bank menuntut keseluruhan pinjaman...pada peringkat ini, Ahmad sepatutnya menjelaskan tunggakan tersebut...tapi Ahmad still buat tak tahu dan tidak membuat bayaran....

Tindakan seterusnya diambil oleh pihak peguam iaitu menghantar Saman dan Pernyataan Tuntuan...menuntut Ahmad ke Mahkamah...walau bagaimana pun Ahmad tidak pergi ke mahkamah kerana takut @ macam-macam ada....oleh kerana Ahmad tidak hadir ke Mahkamah, peguam telah mengambil Penghakiman Ingkar ( Ingkar kerana tak hadir) yang mana Ahmad kena membayar keseluruhan pinjaman tersebut...haaa kan dah jadi masalah....dari 2 bulan tak bayar dan seterusnya dah kena bayar untuk keseluruhan pinjaman.....

Si Ahmad masih lagi belum membuat bayaran...tindakan seterusnya yang diambil oleh pihak peguam bank ialah memohon ke Mahkamah Tinggi untuk mengambil tindakan kebankrapan iaitu melalui notis Permintaan untuk mengeluarkan Notis kebankrapan...setelah mendapat kebenaran mahkamah, peguam akan menghantar Notis Kebankrapan tersebut kepada Ahmad menuntut untuk mejelaskan hutang dan juga faedah...(haaaa kan dah nasib tak baik...faedah dikira dari tarikh mendapat penghakiman tadi, ye)...walau bagaimanapun Ahmad masih lagi tidak membuat bayaran.

Notis Kebankrapan ini hayatnya adalah 6 bulan...sekranya masih tiada lag bayaran yang dilakukan, maka tindakan seterusnya ialah peguam meneruskan dengan Petisyen Pemiutang...di stage inilah permohonan untuk membankrapkan Ahmad dilakukan sewaktu hari pendengaran Petisyen Pemiutang di Mahkamah...Ahmad, walaupun telah diserahkan Petisyen pemiutang tersebut kepadanya masih tidak menghadirkan diri ke mahkmah....oleh kerana Ahmad tdak juga muncul, maka Perntah Penerimaan dan Perintah Penghukuman iaitu dihukum bankrap direkodkan ke atas Ahmad.....maka bankraplah Ahmad....

begitulah senario yang berlaku...untuk sahabat-sahabat sekalian, sekiranya ada saudara-mara yang menerima sebarang notis dari peguam atau phak mahkamah, bertindaklah segera...cubalah berbincang dengan pihak Bank untuk sebarang penyelesaian....

kes ini juga sama dengan kes-kes kad kredit....moga kita dijauhkan...ammennnn

Thursday, July 15, 2010

KELAS PENYUSUAN SESI JULAI 2010

Kelas Penyusuan Susu Ibu: Cabaran dan Halangan Penyusuan secara Eksklusif di kalangan Ibu Berkerjaya"

Kelas Penyusuan Susu Ibu: "Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Berkerjaya & Bagaimana Persiapan Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan"

Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)
Tempat : Mamibabyalley ,Kubang Kerian, Kelantan
Jam : 9.00 pagi - 1 tghr
Penceramah : Puan Farah (Kaunselor Laktasi/Sarakids), Puan Nurul (Kaunselor Laktasi/MamibabyAlley)
Yuran Penyertaan : RM50 individu/RM80 bersama pasangan
Bayaran boleh dibuat ke 553104414205 (Maybank Account). Sila email ke admin@mamibabyalley.com bukti pembayaran.
Sila hubungi 012-9696746 atau email ke admin@mamibabyalley.com untuk sebarang pertanyaan
Pendaftaran dibuka dan terhad kepada 20 org sahaja.
tarikh tutup penyertaan ialah pada 29hb Julai 2010

Tuesday, July 06, 2010

uhhh...penatttt

Program pertama setelah bergelar Kaunselor Laktasi...Seminar Infertiliti on 4th July di HUSM...saya telah diberi peluang oleh Dr Nik untuk membentangkan topik Induced Lactation & Relactation...agak gabra dan berpeluh juga..a week before the programme dr Nik call " Huda, you boleh tak bagi talk pasal Induced Lactation pada hari seminar tu..replace tempat Dr Tengku Alina...Dr Tengku kena gi kursus kat Perth,"..."hmm...ok..insyaAllah..i'll try Dr...", alhamdulillah berjaya juga disampaikan sedikit sebanyak perkongsian ilmu...Gabra? yela sebab among of the participants are the specialists and the doctors also nurses...cuak gila sebab saya ni bukannya from medical background..Bermalam-malam membuat research dan juga bertanya kepada kawan-kawan kaunselor laktasi yang lain..credit tu Farah (Sarakids) and Linda (BabyTodd) atas tunjuk ajar and also some tips for me...mmg kena persediaan yang rapi sebab yela expectation from the audience mesti tinggi..dan juga risau soalan 2 yang bakal ditanya akan menggegar otak..huhuhu...tapi alhamdulillah dah lepas....lega den...in fact ada seorang pakar ONG di situ mengatakan kekaguman terhadap saya sebab mampu bagi talk sebegitu...saya cuma gelak saja...dan saya bagitau "dr, saya takdela bagi banyak sangat..lagipun saya ni takda background medic..even sains pun tidak...sikit je saya bagi...saya biasa2 je..kalau dr nak tau ramai lagi yang kat luar sana lagi knowledgeable pasal benda ni dari saya...(teringat akan diskusi kwn2 di forum SusuIbu dan juga blog kawan-kawan..ramai lagi blogger yang hebat2) "...huhuhuh.....

and the second day which was on 5th July was the Seminar Reproduksi....ada kaitan dengan breastfeeding...dan Seminar hari itu diakhiri dengan slot saya.."Demonstrasi Penyusuan Susu ibu bagi ibu yang bekerja"...the topic which was assigned on me..hmm no problem..sebab kita memang praktis...lebih kepada sharing experience...tunjuk peralatan penyusuan in live...how to handle EBM...how to manage the stress of being a mak yang menyusu..etc..also i did some demo how to breastfeed in public..using baby wears etc..alhamdulillah respond dari peserta agak baik...jumlah peserta dalam seminar yang kedua ini lebih ramai almost 150 orang..and i enjoyed myself on the stage..sharing experience with all of them...and i ended my session with Chicken Dance...sangat2 menghiburkan....and i was so happy...

Beside being a presenter, saya juga ada membuka gerai jualan di situ...alhamdulillah respon yang diterima cukup baik...alhamdulillah jua BREASTFEEDING ni makin mendapat tempat di hati orang-orang Kelantan...kini daku semakin bersemangat untuk membudayakan breastfeeding ni di bumi Kelantan...oghe Kelate...maghila kito...huhuhhu



bersemangat bercerita...huhuh



gabra time ni....






among of the participants...




gerai yang dibuka..million thanks to my cuzzie Zaimah for the help..terkejut melihat orang menyerbu...huhuhh


Hmm hari ni juga menjadi sejarah buat Nuha Aneesa..5/7..Nuha buat kali pertama dihantar ke nurseri...biarlah dia belajar bersosial..belajar berkawan-kawan..walaupun banyak cerita-cerita negatif mengenai nurseri kuserahkan saja padaNya...bagiku Nuha sudah cukup besar untuk belajar bergaul...dan alhamdulillah performance Nuha first day di nuseri agak cemerlang kukira..mengikut kata kak ani..Nuha menangis sekejap saja selepas ditinggalkan...lepas tu dia dah boleh bawa diri..cuma tak tahan sebab Nuha hanya mau pada kak Ani sorang..pengasuh lain dia taknak..takpe nak..slow2..banyak hari lagi..Insya Allah Nuha boleh suaikan diri...kata kak Ani semuanya taknak di nuseri..ajak makan katanya nak makan di rumah...ajak mandi..nak mandi kat umah..ajak tukar diaper ckp nak tukar kat umah...ajak tidur pun nak tidur kat umah...pada abi..sabar ye bi..biasala dalam proses nak belajar...abi cakap nak cuti nak teman Nuha kat nurseri...huhuhu.."ku bilang pada abi..takyah teman2...biasala anak nangis..kat tempat baru..let her to be independent...maklumlah Nuha ni anak abi...abi tak sanggup kot tgk kak Yong Nuha nangis-nangis..huhuh...ramai sedara bertanya kenapa dihantar ke nurserri..biarlah dia bermain di rumah..tokmi,tokayah,tokki n mokki (kedua2 moyang Nuha) masih ada..teman bermain..tak kesian kat orang tua ke..sunyila dorang tanpa Nuha...Sebenarnya aku lagi kesian pada si kecik Muna..dahla dengan keadaan kulit yang begitu..juga aku kesian sekali pada Tok Mi..penat menguruskan kedua-anak ku...lalu kami mengambil keputusan untuk menghantar Nuha ke nurseri..biarla dia di situ...moga Allah permudahkan segalanya...Ameen














Friday, July 02, 2010

Stok EBM baru sikit...

huhuh...Rabu ni ummi dah nak masuk kerja..tapi stok EBM masih belum penuh peti..huhu...risau eh ummi...saya masih rsau lagi ni..meninggalkan Muna untuk kembali bekerja setelah 3 bulan bercuti panjang..ehh napa 3 bulan? dah start ke cuti bersalin 3 bulan tu..nopee...huhuhh..saja saya mengambil cuti tanpa gaji sebulan..bukan apa..dengan keadaan Muna yang sangat sensitif membuatkan saya amat ragu2 untuk meninggalkannya...kesan dari Exchange Transfussion hari tu kulit Muna sangat sensitif....sekarang ni the whole body jadi merah-merah, berair..gatal..kesian melihat Muna..akan tetapi keadaan Muna berubah jauh sekali bila berada di dalam suasana ber aircond...tidak lagi menggaru..tidak berair dan kulitnya tidak lagi kemerah-merahan...alamak...adik nak duk dalam aircond ye..huhuhu...hmm ntahlah..dah bermacam-macam krim disapu..semua tak jalan malahan lagi teruk adala...sudahnya skrg ni satu apa pun tak disapu...mandi tak bersabun...saya mandikan Muna dengan air teh...Bedak pun tidak dipakaikan...hanya tepung ubi kayu yang dilumur...alhamdulllah ada perubahan....agaknya Muna allergi chemicals...semalam baru je sampai losyen dan bedak jenama MEI MEI..yg organic punya..hmm harganya boleh tahan...nampak Muna cam ok je...hope so...



hmm..lagi satu yang membimbangkan saya ialah Muna tak nak minum EBM menggunakan botol..even sudu, cawan and syringe pun tak jalan...aduhaiii anak ummi...bikin ummi susah hati sangat-sangat...sebelum ni alhamdulillah..tak ada masalah...Muna mnum EBM melalui botol...cuma hari tu selepas pulang dari Cameron, Muna terus refused bottles...even sudu n cawan..so what to do? sbelum ni saya tinggal Muna seharian sibuk di kedai tidak ada masalah..malah Muna pernah menghabiskan 7 bekas dadih berisi 3oz EBM..means 7 x 3oz = 21 oz....sekarang ni langsung takmau....cawan pun bertukar ganti...sudu pun sama..syringe juga...yang agak menggelikan hati si cinoet Muna ni akan luahkan balik EBM yang dia minum...so skrg ni i got 4 days more to train Muna....kesian kat tokmi...tak duk diam jadinya..hmm..please help me..ada cara lain lagi tak...




Sekarang ni EBM yang terkumpul pun tak banyak..ummi baru kumpul 27 bekas..campur-campur bekas dadih n storage bags...so total EBM yg baru terkumpul is 27 x 3oz : 81 oz..hmm..kena kerja keras lagi ni..lagipun bulan puasa dah tak lama lagi dah...Caiyok.caiyok...Ya Allah permudahkanlah jalan ku ini...ameen